.....

Showing posts with label PERINGATAN. Show all posts
Showing posts with label PERINGATAN. Show all posts

Friday, November 1, 2013

Perubahan Memerlukan Pengorbanan

'HANCURKAN DINDING ITU!
Kita mampu berubah.Jangan sesekali kita memberi alasan menyatakan kita tidak mampu.ALLAH tidak memungkiri janji-janjiNYA.ALLAH tidak menguji manusia dengan sesuatu yang tidak mampu manusia lalui dan menyelesaikannya.Cuma mahu atau TIDAK,terpulang pada manusia itu sendiri.
ALLAH tidak zalim.Sebenarnya,yang zalim itu kita sendiri.
Mulakan PERUBAHAN!Jangan tangguhkan niat lagi wahai HATI.Mulakan dengan NIAT dan MATLAMAT yang JELAS!Berubahlah walaupun sedikit.
Berusahalah menTARBIYAH diri wahai hati.
Selangkah kita mendekatiNya,seribu langkah DIA mendekati kita.Hancurkan DINDING PENGHALANG di hadapan kita.
SESUNGGUHNYA DINDING PENGHALANG ITU TIDAK WUJUD,IA HANYA ILUSI KITA YANG LAMA.'

 
Perubahan ke arah kebaikan memang memerlukan pengorbanan yang besar dan jiwa yang teguh dan jitu.Amat perit saat kita mulakan langkah yang pertama dan menghadapi ujian-ujian dalam langkahan demi langkahan itu,tetapi ingatlah,ALLAH BERSAMA KITA.Tiada yang lebih mulia pabila ALLAH bersama-sama kita kerana serentak dengan itu, para malaikat turut berlumba-lumba meringankan beban kita.

Duhai hati,kukuhkanlah tapak IMANmu agar tidak jatuh dek panahan-panahan NAFSU.
Kembali ke jalanNya terasa indah dan nikmat walaupun ujian semakin menebal..

Pengorbanan yang dilakukan memberi impak yang besar dan membuahkan hasil yang MEMBAHAGIAKAN.^_^

Monday, January 7, 2013

2013

bismillah...alhamdulillah...

akhirnya 2013 menerpa sang makhluk di bumi...SELAMAT DATANG sofea ucapkan ke gerbang baru,tahun 2013...(maafla lambat seminggu..hehe..)

hmm...orang suka sebut mengenai AZAM tahun baru ...setiap kali masuk tahun baru mesti nak cakap tentang azam...tak pa...tahun baru,mestila nak semua pun baru kan???



moga tahun 2013 ni lebih terisi dengan perkara-perkara yang lebih mendekatkan diri padaNya...yang lalu,biarkan berlalu..PANDANG BELAKANG UNTUK KITA AMBIL PENGAJARAN DAN TOLEH SEMULA UNTUK MENGORAK LANGKAH MENUJU KEJAYAAN...Dan ketahuilah KEJAYAAN sebenar ialah MEMPEROLEH REDHA ALLAH...

setakat ini saja dari sofea...wallahua'lam...sayang semua:)

Saturday, December 17, 2011

SEKALI AIR BAH, SEKALI TANAH BERUBAH

adopted from : ILUVISLAM

Air? Setiap hari kita pasti meneguknya. Cuma yang berbeza adalah perisa dan warnanya. Bila tekak sudah kembali sejuk, dan dahaga sudah hilang kita sering lupa asal usul air yang diminum itu. Air yang kita teguk itu sebenarnya diturunkan daripada langit sebagai hujan oleh Allah S.W.T kemudian ia melalui pelbagai proses kitaran alam semulajadi untuk kepentingan alam ciptaan-Nya.

Begitulah ciptaan Allah yang serba unik. Sama juga seperti api, air boleh menjadi kawan dan boleh juga membawa kemudaratan pada masa-masa tertentu.

Air yang bersih dijadikan minuman oleh manusia. Air yang kelihatan ringkas tersebut sebenarnya merupakan satu ciptaan yang sangat istimewa buat seluruh alam termasuk manusia. Ia mampu membekalkan oksigen kepada tubuh badan manusia dan menghilangkan rasa haus tekak kita.
Selain itu air juga berfungsi menghidratkan semula tubuh anda setelah bergerak aktif. Air juga berfungsi sebagai laluan untuk pergerakan zat-zat makanan dan ia turut membantu untuk mengangkut sisa-sisa proses kehidupan sel di dalam badan.

Air yang diturunkan oleh Allah S.W.T sebagai hujan pula berfungsi menyuburkan tanam-tanaman dan menjadi minuman untuk haiwan-haiwan. Air yang sedia ada di muka bumi melalui proses penyejatan, lalu ia diturunkan kembali sebagai hujan dan mengalir daripada tempat yang tinggi dan kemudian membentuk sungai yang panjang dan lebar.

Disebabkan air, hidupan laut mempunyai habitat yang sempurna dan boleh bergerak bebas. Di hujung sungai terdapat muara, terbentuk di sebelah pantai yang menjadi kawan kepada lautan. Dengan air juga, wujudnya pulau-pulau yang indah di kelilingi keindahan kebiruan. Kata orang, indah pantai kerana airnya. Tidak akan wujud istilah pantai sekiranya tidak dilengkapi air laut.

Lautan yang luas ini pula menghubungkan satu benua dengan benua yang lain dan menjadi laluan penting untuk manusia berhubung sesama manusia di kawasan lain. Begitulah hikmahnya Allah menjadikan lautan sebagai penghubung, manakala manusia itu berbeza sama sekali paras rupanya.

Air juga boleh berubah sifatnya menjadi ais yang pejal. Allah itu Maha Bijaksana. Dia menjadikan udara yang sejuk agar dapat membekukan air menjadi ais. Dengan adanya ais, air yang panas boleh bertukar menjadi sejuk dan menyegarkan. Ais juga turun dalam bentuk salji di sesetengah kawasan yang ditakdirkan Allah. Salji yang turun menjadikan pemandangan lebih indah dan menarik. Iklim yang sejuk ini juga menjadi habitat kepada penguin dan beruang kutub untuk hidup dan mencari makanan.

Namun, air yang banyak memberikan manfaat ini juga mampu berubah sifat menjadi ganas. Pepatah mengatakan, "Sekali air bah, sekali tanah berubah".

 Contohnya, hujan yang terlalu lebat, akan mengakibatkan banjir kilat dan banjir yang berpanjangan. Air banjir inilah yang telah mampu menenggelamkan seluruh kaum Nabi Nuh A.S yang ingkar pada perintah Allah S.W.T termasuk anak dan isteri baginda pada ketika zaman kenabian baginda dahulu. Pada masa yang sama juga air itu telah menjadi penyelamat kepada orang-orang yang beriman dan Nabi Nuh A.S kerana ia telah melayarkan bahtera Nabi Nuh A.S.

Hari ini, kita telah menyaksikan pelbagai musibah yang Allah S.W.T turunkan melalui air. Musibah-musibah ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita agar usah lalai dan leka dengan dunia sehingga lupa pada Allah Yang Esa. Marilah kita sama-sama berusaha menjadi hamba Allah yang bertaqwa kerana kita telah menyaksikan bagaimana air yang begitu kuat berupa Tsunami mampu menghayutkan dan menenggelamkan Kota Acheh, Kota Muda, Sri Lanka, Fukushima, Miyagi dan lain-lain tempat didunia. Mahukah kita sekiranya Allah menurunkan bala yang sedemikian rupa ke atas negara kita?

Selain itu, salji yang turun dari langit juga mampu mengakibatkan kemudaratan. Salji yang turun tanpa henti dengan lebat boleh menyebabkan cuaca sejuk yang melampau dan ini boleh mengakibatkan kematian dan kemusnahan alam. Salji yang membeku dan terapung di atas permukaan lautan juga boleh menjadi penyebab kepada karamnya sesebuah kapal dan lain-lain lagi.

Lihat, betapa sesuatu yang dianggap kecil mampu memberi impak yang sangat besar kepada seluruh alam baik impak positif mahupun impak negatif. Sungguh, Allah menjadikan sesuatu itu dengan penuh hikmah agar kita berfikir tentang kekuasaan-Nya.

Lihatlah dengan mata hati. Fikirlah dengan Iman dan taqwa. Dengan itu, insya-Allah kita akan beroleh teladan.

"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"- (Surah al-Anbiya ayat 30)

"Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." - (Surah an-Nur ayat 45)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaran-Nya dan kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan) dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya." - (Surah ar-Rum ayat 24)

Saturday, November 5, 2011

akhirnya....

bismillah...alhamdulillah..
sudah lama blog ini tidak disentuh,dicantikkan mahupun dibelek..Allah jua tempat kita kembali...alhamdulillah...syukur tak terhingga kepada Ilahi kerana masih memberi saya peluang untuk pulang ke rumah...sudah lama wajah-wajah tenang itu tidak ditatap,dicium...rindunya!!!

semoga Allah meredhai setiap perjalanan hidup kita...kali ni MATRI kasi cuti akhir tahun awal sangat!!!alhamdulillah....seronok memang seronok tapi...risau jugak...risau kecundang dalam arus jahiliah ni....Ya Allah,tetapkanlah hatiku di atas jalan MU....

kalo Yahudi dah jadualkan pelbagai aktiviti untuk rosakkan MUSLIM,takkan saya nak biar diorang golongkan saya dalam menjadi mangsa-mangsa diorang????TIDAK!!!saya mesti penuhkan jadual harian saya dengan sebaiknya!!!dan bukan buat ja,saya akan cuba disiplinkan diri untuk melaksanakan jadual tersebut...

adakah pembaca yang lain mahu menjadi FOLLOWER YAHUDI??kalo tak mahu,apa tunggu lagi, jom penuhkan masa-masa yang Allah bagi kepada kita secara percuma ni dengan baik!!kikiskan sedikit demi sedikit karat-karat jahiliah dalam diri kita...ini juga dinamakan JIHAD!!!JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU...



 jom lakukan sekarang!!!jangan membazir masa dengan satu perkara yang tidak diredhai Allah...wallahua'lam~

Sunday, October 9, 2011

ILMU ITU LUAS

bismillah..
alhamdulillah..
Allah masih memberi kepada saya untuk terus bertafakur di bumi Allah ini..
Selawat dan salam buat rasul da'wah dan rasul tarbiyah RASULULLAH SAW...

dunia hari ini semakin sempit dengan ilmunya yang luas
Allah itu Maha Kaya kan?semua yang kita ketahui sekarang dan yang tak tahu,semuanya HAK ALLAH...manusia sangat dhaif untuk memiliki apa-apa atas hamparan DUNIA ni...jika kita digelar seorang GENIUS pun,ia belum boleh menandingi ilmu Allah yang lain...contohnya,dia pandai bahagian perubatan,tapi tak jamin dia juga mahir dalam bidang kejuruteraan...

sehebat mana pun seseorang manusia tu,ingatlah bahawa Yang Menciptakan kita sangat HEBAT!TIADA BANDINGANNYA!bukti??tak perlu tengok jauh2..dalam2...tengok diri kita sendiri dan makhluk sekeliling kita sudah cukup.

DIPLOMA,IJAZAH,MASTER,PhD atau apa-apa saja yang kita miliki tak menjaminkan kita untuk memasuki gerbang SYURGA.FIKIRLAH SEJENAK!manusia hari ini suka sangat berlumba-lumba dalam mengejar ilmu.tapi dalam masa yang sama adakah kita juga mengejar syurgaNya?!

YA!kita harus belajar sebab
THOLABUL ILMI FARIDHOTUL 'ALA KULLI MUSLIM
..tapi kita belajar kerana apa?kerana mahu digelar PROFFESOR?mahu disegani seluruh dunia?mahu dipuja seperti FIRAUN LA'NATULLAH?

Jom sama-sama perbaiki niat kita.orang kata kita sudah habis belajar,tetapi kita mesti ingat.!BELAJAR DARI DALAM RAHIM IBU SEHINGGA KE LIANG LAHAD.
jadi,tiada NOKTAH untuk belajar sehingga MAUT menjemput kita.orang kata,dah tak mahu sambung belajar,nak terus kerja...dalam ALAM PEKERJAAN pun,kita masih belajar.siapa kata kita dah berhenti belajar??

saya mengajak sekali lagi jom sama-sama perbahrui nita kita dalam belajar!naikkan syu'ur ISLAM!!Pelajar MUSLIM dia tak akan belajar untuk habiskan masa muda,tetapi belajar masa muda untuk menjadi pemimpin masa hadapan.
ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARIPADANYA!

jangan cemarkan imej ISLAM dengan akhlak yang songsang..sekian coretan dari saya.mohon ampun andai tersalah kata...buang yang keruh,ambil yang jernih...semoga kita menjadi pelajar MUSLIM yang cemerlang dari sudut AKHLAK,AKADEMIK dan AQIDAH.insya-Allah ^_*

P/S: apabila matlamat jelas,baru belajar pun tak boring..

Saturday, September 24, 2011

Jangan Berputus Asa

"Ah!! Tensionnya!"

"Banyaknya masalah"

"Ada tak orang yang hidup tiada masalah?"

Satu demi satu persoalan mengetuk gegendang telinga saya, jika persoalan-persoalan itu mampu memberi kesan kepada gegendang telinga, pastinya gegendang telinga saya sudah berlubang sekarang! :)
Adakah manusia yang tidak punya masalah?
Bertanya persoalan yang seperti itu, seolah-olah kita bertanya:  Adakah manusia hidup yang tidak bernafas?
Benar. Masalah sudah amat sinonim dengan diri seorang insan kerdil lagi hina bergelar manusia. Sedangkan Nabi dan para sahabat juga dicubit sayang oleh Allah, inikan pula kita manusia biasa...
Persoalannya bukan adakah manusia yang tidak ada masalah tapi lebih kepada bagaimana kita menghadapi permasalahan yang ada.
Jika kita cuba lari dari masalah percayalah masalah itu tidak akan pergi.
Berhadapanlah dengannya.

"Sebenarnya... Hidup bila tidak ada masalah jadi mendatar, jadi tidak ada kenangan yang hendak dikenang.. Jadi hambar." Sahabat yang saya kasihi melontarkan nasihat.

"Tapi kan bila ada masalah jadi susah hati, jadi sedih..." Saya menyambung.

"Memanglah, mana ada orang ada masalah suka hati je..."

Saya ketawa. Benar, masalah itu menjadikan hati menjadi murung tapi di sebalik kemurungan itu akan terselit pula kebahagiaan.
Apabila masalah itu telah selesai, percayalah kita pasti mampu tersenyum malah tertawa sewaktu mengenangkannya.

Maka,jangan sesekati berkata: "Oh Allah! Aku ada masalah yang besar!" Tapi berkatalah:
"Oh Masalah,  Aku ada Allah yang Maha Besar!"
Allah Pasti Akan Membantu

"Macam mana ni..." Matanya berair, berserta esakan yang perlahan. Hujung tudungnya diambil sedikit buat mengesat air mata yang kian mengalir. Saya gusar. Melihatnya mengalirkan air mata membuat saya tidak keruan.

"Sabar..Sabar.."

Sergahan ustaz tentang hafazan kami membuatkan hati sahabat-sahabat sekelas menjadi kecut. Ah, takut ujian yang diberi tak dapat dijawab dengan baik, takut hafazan tersekat di tengah-tengah.
Memandang sahabat yang sedang menangis itu, entah kenapa secara tiba-tiba saya berasa sedikit tenang, seolah-olah terdengar-dengar janji Allah ;

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa," (Al-Hajj :22)

"Ok, cepat cepat!" Ustaz memanggil.

Sahabat saya nan satu itu ke hadapan, bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Beberapa minit berlalu....
Surah An-Naba' dan An-Naziat berjaya dilepasi.
Berjaya pula dia mendapat 10/10.
Oh Allah, betapa Engkau tidak pernah mengecewakan hambaMu yang berusaha!
Jangan berputus asa

"Saya rasa masalah saya ni dah tak ada jalan penyelesaian dah. Buntu."

Ingatkah kita pada firmanNya ;

"jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Jangan sesekali berputus asa. Masakan Allah menimpakan ujian dengan sia-sia, masakan Allah sengaja membuat kita sakit dan bersedih.
Sedangkan setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati, masakan masalah yang kita hadapi langsung tidak punya jalan penyelesaian.

"Saya dah puas cuba macam-macam, tapi...tapi..begini juga."

Nah, lihat kembali dalam diri.. Segala keputusan yang diambil, adakah dikembalikan kepada Allah. Maksud saya, adakah kita redha, adakah segala keputusan dan tindakan yang kita ambil kita bertawakal kepada Allah atau kita merasa yakin dengan diri kita sendiri?
Hakikatnya...Allah timpakan ujian agar kita memuhasabah diri. Allah beri sakit untuk kita menghapus dosa, Allah beri kesusahan agar kita kembali padaNya.
Jika kita menyombong diri...termasuklah kita dalam kalangan orang yang rugi.
Jika kita tidak kembali pada Allah... Terbengkalailah masalah kita dengan seribu persoalan.
Kembalilah... Allah menantimu.
Berusaha dan kemudian serahkan urusanmu pada Allah.
Sungguh, Dia lebih Mengetahui!
Bangunlah, Bangkitlah, Berdirilah..Walau kamu terasa payah, walau kamu terasa seksa.. Kerana hakikatnya Allah akan membantumu. Pasti! Jangan diragui.


Get More Islamic Testi Here!


Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Al-Imran : 159)

Thursday, September 15, 2011

Erti kata " Bertanggungjawab"

Kita sering menggunakan perkataan "tanggungjawab" dan "bertanggungjawab" dalam perbualan dan amalan harian kita. Namun pernahkah kita renung sejenak maksud "tanggungjawab" dan "bertanggungjawab" dalam erti kata yang sebenarnya?

Dalam sebuah buku "Will POWER" yang ditulis oleh Dr. George Weinberg menyatakan bahawa maksud "bertanggungjawab" ialah "taking responsibility for every detail of your life"(mengambil tanggungjawab setiap butir dalam kehidupan) dan " People become leaders by being responsible in even the smallest moments of their lives. They establish themselves not in major crises, as one might think, but by the cumulative effect of how they act in everyday life" ( Manusia akan menjadi pemimpin jika dia bertanggungjawab walaupun dalam perkara kecil dalam hidupnya. Mereka menjadi terkenal  bukan  menyelesaikan krisis besar, yang menjadi satu kelaziman, tetapi kesan yang berpanjangan dengan cara bijak mereka bertindak dalam kehidupan harian).

Kata-kata ini mengingatkan saya ketika belajar sebuah institusi pengajian tinggi apabila saya menyatakan hasrat untuk menjadi seorang wartawan atau kolumnis. Seorang rakan senior berkata kepada saya " to be a reporter or a journalist, you must be responsible for every words that you write, every conjunctions that you use, whether it is a "full-stop" or a "comma" you put, you are fully responsible for everything you write".

Oleh itu, sifat "bertanggungjawab" ini bukanlah satu perkataan retorik yang boleh dikatakan atau ditulis tanpa rasa bertanggungjawab atau melihat kesan baik buruknya tetapi ia perlu kepada tanggungjawab iman kita di depan Allah SWT.

Tanyalah diri kita sejauh mana kita bertanggungjawab setiap perkataan:
  1. Dalam perbualan harian kita?
  2. Dalam perbualan dengan keluarga kita?
  3. Dalam perbualan dengan rakan kita?
  4. Dalam perbualan dengan saudara kita?
  5. Dalam tulisan kita?
  6. (Yang besar sekali) dalam solat dan doa kita?
 Jangan ada seluruh atau sebahagian kata-kata kita selama ini mengajak kita ke jurang api neraka.