.....

Showing posts with label PERKONGSIAN. Show all posts
Showing posts with label PERKONGSIAN. Show all posts

Friday, November 1, 2013

Perubahan Memerlukan Pengorbanan

'HANCURKAN DINDING ITU!
Kita mampu berubah.Jangan sesekali kita memberi alasan menyatakan kita tidak mampu.ALLAH tidak memungkiri janji-janjiNYA.ALLAH tidak menguji manusia dengan sesuatu yang tidak mampu manusia lalui dan menyelesaikannya.Cuma mahu atau TIDAK,terpulang pada manusia itu sendiri.
ALLAH tidak zalim.Sebenarnya,yang zalim itu kita sendiri.
Mulakan PERUBAHAN!Jangan tangguhkan niat lagi wahai HATI.Mulakan dengan NIAT dan MATLAMAT yang JELAS!Berubahlah walaupun sedikit.
Berusahalah menTARBIYAH diri wahai hati.
Selangkah kita mendekatiNya,seribu langkah DIA mendekati kita.Hancurkan DINDING PENGHALANG di hadapan kita.
SESUNGGUHNYA DINDING PENGHALANG ITU TIDAK WUJUD,IA HANYA ILUSI KITA YANG LAMA.'

 
Perubahan ke arah kebaikan memang memerlukan pengorbanan yang besar dan jiwa yang teguh dan jitu.Amat perit saat kita mulakan langkah yang pertama dan menghadapi ujian-ujian dalam langkahan demi langkahan itu,tetapi ingatlah,ALLAH BERSAMA KITA.Tiada yang lebih mulia pabila ALLAH bersama-sama kita kerana serentak dengan itu, para malaikat turut berlumba-lumba meringankan beban kita.

Duhai hati,kukuhkanlah tapak IMANmu agar tidak jatuh dek panahan-panahan NAFSU.
Kembali ke jalanNya terasa indah dan nikmat walaupun ujian semakin menebal..

Pengorbanan yang dilakukan memberi impak yang besar dan membuahkan hasil yang MEMBAHAGIAKAN.^_^

Monday, May 6, 2013

cerita 3

assalamualaikum..

jom kita sambung cerita akhir....hayya!hayya!

7)nasyid JEJAK-Izzatul Islam-

sepanjang kat sana,ana memang banyak buat perbandingan dan asyik tanya diri ana KENAPA TU,KENAPA NI,KENAPA,KENAPA dan KENAPA??sampai satu tahap tetiba ja teringat kengkawan kat Kem JDK...teringat nasyid sama2...ada sekali masa free,ana tulis lirik penuh NASYID JEJAK ni...dan nasyid sorang2...setiap hari ana nyanyikan(rindu sangat2 kat kengkawan,faci2 n urusetia kat sana)lupa pulak,buat pengetahuan semua NASYID JEJAK ni merupakan lagu tema Kem JDK(Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan)...setiap hari ana bukak lirik yang ana tulis tuh...!!<macam surat cinta plak!!hehe>tapi ada satu hari nih..ana p jumpa USTAZAH sebab nak bincang beberapa masalah kat sana(tanggungjawab sebagai ketua wirawati muslim)..waktu tu ana x bawa kertas lain selain kertas tuh(memang sentiasa la dengan ana kertas lirik tuh...!!)bila habis ja bincang,USTAZAH nak take note..dia mintak ana kertas..ana x dak kertas selain kertas tu..waktu tu BERAT HATI sangat nak bagi kertas tu...(kat belakang kertas tu BLANK..)ye la,macam pengubat rindu ana kat kengkawan...hukhuk*batuk siket*tapi bagi jugak ustazah amik kertas tu..

kalo semua nak tau,ana ni kurang siket bab2 lagu ni..x la up to date sangat lagu2 macam kengkawan lain..first time ana dengar lagu JEJAK tu kat Kem JDK la..bila first time nih,senang la nak ingat peristiwa yang berlaku..nyanyi sama2..dengan gaya yang pelbagai rupa..so,lagu ni memang mengingatkan ana pada Batu Ampar(di mana berlangsungnya Kem JDK)memang mengimbau kenangan bersama mereka(siapa yea..??ZAINABONG!!haha...)rindu yang teramat kat korang semua!!jom layan jap lagu JEJAK...


8)DIBERI WARNING

waa...sedih sangat bila cakap pasal nih....hari apa yea???ntah,lupa dah ana!ana n kengkawan p SOLAT..balik2 ja,terus dorm ana diam...sebelum ana pi solat tu,memang riuh la!ana pun x kata apa la..masuk dorm trus ke katil...pastu tetiba ada sorang kawan ana gtau,WEY CHARLIE!MAMA NAK JUMPA KITA SEMUA!!!SEKARANG KAT BILIK REHAT!!!ana pun apa lagi..
AWAT WEYH???(tanya kawan sebelah katil)
GADOH TADI!!(dia jawab)
SAPA DENGAN SAPA??
AKU DENGAN _ _ _(nama kawan ana lagi sorang)
oppss!!dalam hati..(alamak!!silap pulak!!p tanya dengan orang yang bergaduh!!adosh..)terdiam jap ana..terus kemas2 telekong n gerak ke bilik rehat..tak mo la tanya lebih2...kang dengan ana plak dia meradang...(amik langkah selamat..)dah habis kami disoal jawab..petang tu pulak kami ada perjumpaan dengan cikgu2 CHARLIE(CHARLIE nama kompani/kumpulan ana..)bila dah habis kena tegur dengan cikgu2,semua gerak ke tempat yang nak tuju(ada yang nak p makan,ada yang nak p mandi n banyak la lagi..)tetiba ana dok tengah jalan2 tu,sorang cikgu ni panggil ana..ringkas je ea..

USTAZAH!APA YANG DAH JADI??AWAT HANG TAK PI TOLONG DEPA TADI??DEPA GADOH PASAI APA??HANG SEBAGAI KETUA WIRAWATI MUSLIM,KOMPANI HANG PATUT JADI CONTOH,BUKAN MACAM NI...

CIKGU,SAYA TAK TAU APA..SAYA PI SOLAT TADI..MASUK2 DORM,SEMUA MACAM DIAM JA..PASTU MAMA PANGGIL KAMI..

TAK PA..PASNI HANG KENA JAGA DEPA ELOK2!!CIKGU TAK MAU DENGAR DAH KOMPANI CHARLIE GADOH2 MACAM NI..!HANG KENA TUNJUK CONTOH YANG BAIK..KALO TAK,MACAM MANA HANG BOLEH JADI KETUA WIRAWATI MUSLIM??

dalam hati waktu tu geram sebab ana yang dipersalahkan!bagi ana,yang lebih utama dalam hal ini semestinya IC SKUAD,bukan ana!!jawatan dia lebih kearah menjaga anak2 buah..tapi beberapa hari tu,ana cuba berfikiran rasional balik...betul apa yang diperkatakan oleh cikgu..dan alhamdulillah,sejak hari tu,ana cuba untuk rapat dengan semua kengkawan..dari situ,ana mula mengajak depa solat sama2,mula bergaul mesra termasuklah dengan NON-muslimS..semua yang berlaku,memang Allah nak tunjukkan kebesaranNya..subhanallah..makin hari,makin rapat ukhwah antara kami..

9)kompani DELTA da Best!!
kenapa tak puji kompani sendiri???hmm...tak perlu kowt..hehe..nanti diri sendiri yang lebih2..haha..setiap kompani ada kelebihan dan kelemahan tersendiri...kenapa ana cakap diorang ni THE BEST????sebab TUNGGAL kenapa ana tabik SPRING kat depa ni.......diorang always SOLAT BERJEMAAH....sedangkan depa tak kenal pun sebelum2 ni antara masing2..tapi yang ana lagi respect tu,depa boleh buat SOLAT BERJEMAAH hampir setiap waktu..rasa malu sangat dengan diri-sendiri..KENAPA AKU X BOLEH BUAT MACAM MANA DEPA BUAT???SEDANGKAN DEPA BUKAN BUDAK SEKOLAH AGAMA..!!AKU YANG BUDAK AGAMA NI X MAMPU NAK BUAT MACAM TUH!!bukan 2 orang tau yang solat tuh..!!lebih kurang dalam 5-6 orang..ramai la tuh..!!ingat senang nak berkumpul sekali nak solat awal waktu secara berjemaah?????subhanallah....suka sangat ana dengan depa...moga terus istiQamah ea dalam melakukan ibadah tersebut..

10)KOMPANI CHARLIE aka SKUAD HARIMAU BINTANG


 yeah...!!!inilah kompani ana...ni juz WIARAWATI jer...wira x perlu rasanya masuk menyempit dalam pictureS nih...

walaupun penah gadoh,berselisih faham,merajok, dan banyak lagi lah...tapi WE ARE ONE!!my BUDDIES....diorang terbaik,walaupun kelemahan ada di mana-mana,diorang tetap kuat!!!tetap bersemangat........itulah sebenarnya yang kami mahukan...TETAP BERSAMA SETIAP MASA..!!
rasanya ni semua masih cukup bilangannya...34 orang..masih belum ada yang keluar..

akhir sekali,ingin ana ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada wira-wirawati,jurulatih2,cikgu2 master-skill,wardenS,barisan MEDIC,staf-staf PLKN Tasoh,mak cik-mak cik CLEANER yang sporting dan semua yang melibatkan diri dalam usaha menjayakan PLKN TASOH KUMPULAN 2 SIRI 10/2013...mohon maaf atas segala kesilapan,kekhilafan dan kesalahan yang telah WIRAWATI NUR AWATIF MOHAMAD ISMAIL bernombor badan 631 selama 21 hari di sana..halalkan segala ilmu,makanan dan minuman yang telah diberi dan dicurahkan kepada saya...

ok,rasanya setakat ini dulu DIARY PLKN ana sepanjang menjalani proses sebagai WIRAWATI...mohon maaf,ana tak boleh nak cerita lebih2...maaf atas kelemahan diri..mohon doa dari kalian...:)

wallahua'lam~
TAMAT
alhamdulillah...:)

Sunday, May 5, 2013

cerita 2

subhanallah,alhamdulillah,ALLAHUAKBAR...
moga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat buat pembaca semua..
minta maaf yer,sengaja saya update lambat(sebenarnya nak bagi kengkawan PLKN balik sana dulu..hehe..semalam diorang kena lapor diri dah,jadi...INILAH MASANYA;):) )
dan ingin saya ingatkan di sini,cerita-cerita tentang PLKN ni,bukan hanya suka-suka atau tempat untuk saya kutuk-mengutuk yea..saya hanya INGIN BERKONGSI KENANGAN...
BE POSITIVE!

shall we continue??let's read..;)

4)stokin HADIAH PEMBERIAN MAS diminati ramai!

sebelum tu,ana nak ucapkan JAZAKILLAHU KHAIR buat Nur Maturah Jamilah Binti Ahmah Fisal..thanks MAS kasi ana hadiah 'stokin' tu..taw tak,ana hepi sangat bila nt bagi kat ana sebab ana memang tercari-cari stokin camtu..;);)....
disebabkan stok stokin belum sampai kat tapak plkn,jadi kami semua dibenarkan pakai stokin sendiri dulu(bagi yang bawa la,yang tak bawa...tunggu la sampai stok ada)ana pun apa lagi,pakaila stokin yang Mas bagi kat ana..nak tengok??hmm...

semua ada 3 pasang stokin (kelabu,kuning dan hijau)

satu dah la yer gambar..segan nak tunjuk semua..hee..tapi ana jarangla pakai stokin kuning yang macam dalam gambar tuh!!seganla kalo masuk kelas,menjadi perhatian..TARA yang kelabu un,da ad bunyi2 dari kengkawan..first time ana pakai stokin camni kan..waktu masuk kelas tuh,ada sorang kawan ana ni cakap "eh atief,KASUT letak luar la!!"ha??dalam hati,otak semua ligat dok pikiQ,KASUT LETAK LUAR???apa yang tak kena nih..??rasanya aku ni da x berkasut bila masuk dalam kelas..secara automatik mata akan pandang bawah tengok kaki..MEMANG AKU TAK BERKASUT..rupa-rupanya baru ana perasan,corak stokin tu sangat unik dan menCONFUSEkan kengkawan ana dalam kelas..hahaha..tambah pulak hari first kelas,ana pakai yang warna kelabu(kasi nampak formal siket)..lagi la pelbagai reaksi.."ATIEF,cantik kasut!"/"atief,taw x aku ingat tadi hang pakai kasut masuk dalam kelas!!terkejut gila!!geram pun ada,da nampak orang bukak kasut,dia pulak dengan selamba pakai kasut dalam kelas!!"/"atief,so cute la stokin U..cantik3!!"bila ana pakai warna lain plak.."banyaknya stok stokin hang atief!"/"fuhh!!!stok stokin mai dah!!"/dan ada jugak kengkawan(especially kumpulan kecik ana)dok berbisik2 tunjuk kat kaki ana..hmm..STOKIN-STOKIN-STOKIN..waktu rowcall pun kengkawan ada tegur.."aiyya atief,so cute ma stokin kamu!!"(sedangkan time tu kena berdiri dalam keadaan sedia tanpa sebarang suara..alhamdulillah tak kena denda)dan yang terakhir skali ada sorang cikgu ni nampak,terus dia cakap "hodoh la hang pakai stokin tuh!!"hahaha..waktu tu memang agak geram tapi actually lawak..sebab ye la,suma pakat puji,bila kena dengan CIKGU,sekali ja kena!alhamdulillah luar kelas n tak ramai yang dengar perbualan antara ana n cikgu..!ye la,ana akui mana la boleh sesuka hati ja pakai stokin warna/i..dah la masuk kelas..(kat sekolah pun,mana boleh kan pakai stokin warna/i??hitam o putih ja kan??)

5)kumpulan kecil ana

alhamdulillah...Allah sebaik-baik  Penyusun..mesti ada hikmahnya di sebalik  apa yang Allah bagi..ana dapat kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 orang wirawati dan 8 orang wira..dalam satu kelas ada 6 kumpulan kecil yang tak sama bilangannya antara wira dan wirawati tapi purata satu kumpulan kecil ialah 10 orang..wirawati kumpulan kecik ana 3 org melayu,sorang chinese..jadi bagi ana x dak masalah bila nak berkomunikasi..sebab majoriti melayu..tapi bila tengok,ALLAH!RAMAINYA WIRA..2X GANDA PULAK TU!!.'ratio'nya wira : wirawati = 2 : 1..

apa2 pun memang kena hati2..bila ana duduk dalam kumpulan kecik tu,op cos la ana akan mencari utk duduk di tengah2 antara kengkawan ana..tapi bila dah lama2 dalam kelas tu,dengan jarak yang memang dekat,kadang2 x sempat jugak ana nak duduk kat celah2 kengkawan ana..dalam kelas tu,ada beberapa modul yang plkn sediakan,jadi setiap modul kemungkinan besar akan dirombak ahli atau guru yang mengajar..utk modul 1 dan 2(yang ana sempat belajar)ahli kumpulan dan tenaga pengajar/jurulatih memang tak dirombak..syukur jugak tak rombak,sebab kalo dah rombak,ana akan ambil masa untuk nak bergaul dengan wira..(ahli baru)lagipun wira kumpulan ana dah boleh accept ana as BUDAK SKUL AGAMA,jadi x dak masalah kalo ada beberapa aktiviti ana kena elakkan diri..bukan x join,tapi kurang memberi respon..;)syukur jugak sebab dalam kumpulan kecik ana tu jugak Allah izin ana sama dengan sorang wira nih..(JANGAN FIKIR BUKAN2!!SEBAB jawatan kami sama..KETUA WIRA/WIRAWATI MUSLIM)jadi andai ada yang perlu kami bincang,tak perlu mencari,tercari-cari mahupun dicari..sebab dalam kelas la yang kami gunakan masa yang terluang untuk berbincang..dan syukur jugak,tak perlu nak berkenal2 dengan wira lain..ya lah,andai Allah izinkan ketua wira muslim x sama kumpulan,x sama kelas dengan ana?memang susahla ana nk bersemuka!kumpulan kecil ana memang semuanya sporting..dan semuanya nak cepat habis..once dapat keja jurulatih bagi,cepat2 ja nak siap..kekadang ana pun x paham,belum sempat apa2,da jerit "SIAP!SIAP!SIAP!"(itu trademark kalo dah habis kerja..)apa2 ja lew..

6)aktiviti menggunakan BOLA KECIL..)

hmm..kalo antunna nak tahu,aktiviti ni biasa2 ja..kami kena pasing2 bola dengan kawan yang bertentangan dengan kami..ana dapat bola dari seorang wira dan kena pas kepada wira yang lain..mula2,cikgu bagi sebiji ja bola..pastu makin lama makin bertambah bola sampai ad 3 biji bola..then cikgu kata,(ARAHAN BARU)pas ke3-3 biji bola mengikut turutan dalam masa 5 saat..waktu tu ana cam nak lari ja..x mo main..ye la bayangkan dalam masa 5 saat kena pas ke3-3 bola..op cos la da x ley ddk jauh macam sebelum ni..mst kena dekat2..pastu wira2 kumpulan ana plak ad idea nak pas ke3-3 bola sekali gus dan pasing ke tangan terus..dalam hati "GILA???"dengan raut wajah yang x senang..cepat2 otak pikir,camna nak buat nih???x kan semata2 bola tu ana nak kena besentuh tangan???OH NO!!TAK LOGIK LANGSUNG..SELAMA NI AKU CUBA JAGA,TAKKAN HANYA SEKELIP MATA AKU DAH KALAH???UJIAN2!!YA ALLAH!!TAWAKKAL!!HANYA ALLAH JA TEMPAT BERSERAH..yup,diorg memang x kesah,tapi bagi ana perkara ni sangat sensitif!otak ligat mencari idea...TING!alhamdulillah...

Allah izin hari tu first time ana pakai handsock kat sana..sebelum ni rasa macam tak perlu pakai,tapi bila saiz baju agak besar,so kena la pakai handsock untuk tutup bahagian tangan..dengan cepat,tangkas dan pasntasnya(waktu tu memang kami kena dalam keadaan ready untuk terima dan pas bola,cikgu tengah countdown,5-4-3,...)jam pun biarkan jatuh..ye la!nak tarik handsock ke depan untuk tutup keseluruhan tangan..alhamdulillah..sempat jugak tarik untuk terima dan pas bola kepada kawan2..lepas dah selesai tu..syukur sangat2..alhamdulillah Allah izin terdetik hati nak pakai handsock hari tuh..Allah tempat berlindung dan memohon segala2nya..Allah ja yang tau apa yang ana rsa waktu tu..waktu kami semua dibenarkan duduk tu,kawan ana tersepak jam tangan ana sampai kena kat sorang wira ni..pastu wira tu cakap.."waa..atief siap buang jam lagi!"sedangkan dia tak tau buang jam bukan sebab semangat nak main,tapi kalot nak tarik handsock tuh!!biarla dia nak fikir apa pun,asalkan ujian kali ni alhamdulillah,berjaya ana tempuh..Allahumma Yassir Wala Tua'ssir;);)

wallhua'lam...insyaAllah akan disambung CERITA 3 yang mana merupakan cerita terakhir..insyaAllah..nantikan ea kawan2..;)

Thursday, November 22, 2012

hakikat sebuah DOA



 Setiap manusia dilahirkan mempunyai masalah. Pelbagai persoalan muncul di depan mata, seakan tiada habisnya. Lebih daripada itu, masalah itu semakin menenggelamkan manusia pada penderitaan yang tidak berkesudahan.
Ramai di antara mereka yang berputus asa. Perintah solat mula ditinggalkan, bersedekah apatah lagi. Bahkan ironinya, ada yang pergi ke tok bomoh, mencuri, menjual diri dan pelbagai bentuk kejahatan lain yang dianggap sebagai solusi untuk menyelesaikan krisis yang melanda diri mereka.
Hidup pun tiada terasa indahnya lagi. Lihat ke kanan masalah, ke kiri masalah, atas dan bawah pun masalah yang seakan-akan datang menghimpit seluruh jiwa dan raga.
Lalu apa yang patut kita lakukan ketika ini? Adakah kita hanya bersembunyi di balik masalah ini? Menjerumuskan diri pada bentuk maksiat yang menjanjikan keuntungan besar dalam masa singkat? Minum minuman keras yang dapat melupakan masalah kita dalam masa sementara? Atau bunuh diri agar masalah yang dihadapi selesai setelah kita mati?
Semua perkara di atas amat mudah terlintas dalam fikiran manusia kerana pada prinsipnya manusia sangat mudah berputus asa. Alangkah meruginya kita kalau fikiran-fikiran seumpama ini kita ikuti.
Koreksi Diri Sentiasa
Di saat manusia ditimpa pelbagai musibah dan masalah, tindakan bijak yang perlu kita lakukan adalah memuhasabah hubungan kita dengan Allah swt. Salah satu bentuk komunikasi yang perlu kita lakukan adalah berdoa.
Doa hakikatnya adalah penuntun kita untuk melakukan perubahan diri. Hidup kita bukanlah sestatis laut mati. Ia sentiasa bergerak dan berubah dari masa ke semasa. Banyak cabaran yang perlu kita hadapi setiap hari. Melalui musibah inilah, Allah akan melihat siapa hamba-Nya yang sebenarnya. Siapakah hamba-Nya yang bagus kualiti peribadinya? Siapakah hamba-Nya yang mahu melakukan perubahan? Dan perubahan inilah yang menjadi esensi dari doa yang kita panjatkan.
Ibnu Ata'illah menukilkan sesuatu yang amat berharga dalam kitabnya al-Hikam :
"Bagaimana engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tidak merubah dirimu dari kebiasaanmu? Kita banyak meminta dan banyak berharap kepada Allah swt, tetapi kerana sibuk meminta terkadang membuat kita tidak sempat menilai diri sendiri. Padahal kalau kita meminta dan akibatnya kita merubah diri sendiri, Allah akan memberikan apa yang kita minta kerana sebenarnya doa itu adalah pengiring agar kita dapat merubah diri kita. Jika kita tidak pernah mahu merubah diri kita menjadi lebih baik, tentu ada yang salah dengan permintaan kita."



Berdoa berjuta sekalipun, kalau kita tidak melakukan perubahan diri, ianya tidak akan berubah kerana sememangnya itulah ketetapan-Nya. Kekuatan seseorang untuk merubah dirinya dapat menjadi salah satu faktor yang menentukan kejayaan seseorang. Jika hidup selalu ditimpa musibah, hutang tidak pernah terlansaikan, pelajaran pun tidak dapat diikuti dengan baik, jelas itu menunjukkan ada yang tidak kena dengan diri kita.
Adakah semua ini kerana Allah tidak memakbulkan doa kita? Cubalah kita muhasabah diri. Tinggalkan kebiasaan-kebiasaan buruk yang selama ini sebati dengan diri kita. Tingkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kita. Jika dulu kita orang yang panas baran, cubalah perbaiki sifat ini dengan mengingat-ingat akibat yang akan berlaku jika kita selalu marah kepada orang lain hatta masalah sekecil manapun.
Firman Allah dalam surah al-Ra'd ayat 11 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib suatu kaum sehingga dia sendiri yang merubahnya"
Allah sendiri telah menjamin akan mengabulkan doa setiap hamba-Nya sebagaimana termaktub dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud :
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
Oleh itu kita kena muhasabah diri. Lihatlah kekurangan yang ada pada diri kita. Jika kita inginkan kejayaan dalam peperiksaan, tapi tidak meningkatkan usaha dalam mengulang kaji pelajaran, jangan salahkan sesiapapun jika kita gagal kelak.
Doa yang kita panjatkan kepada Allah swt ibarat tanaman. Kekuatan kita untuk mahu berubah adalah benihnya. Manakala doa itu sendiri adalah bajanya. Baja akan membuat benih tumbuh, berbuah banyak dan berdaun lebat. Akan tetapi, jika kita hanya menebar baja tanpa sedikitpun benih yang kita tanam, apa yang akan tumbuh?
Jika doa semakin bagus, ini menunjukkan bahawa perubahan telah terjadi dalam diri kita secara perlahan-lahan. Jika kita meminta tiada henti, dalam masa yang sama kita pun bermaksiat, jangan salahkan siapapun kerana doa seperti ini ibarat gema kosong yang hanya memantulkan suara sahaja.
Demikianlah formulanya yang sangat sederhana. Siapapun yang ingin doanya dimakbulkan oleh Allah, jangan perhatikan apa yang kita minta, tetapi perhatikanlah apa yang dapat kita rubah dari diri kita sendiri. Misalnya, hidup kita sentiasa ditimpa masalah, hutang keliling pinggang dan sebelumnya jarang ke masjid dan mengikuti tazkirah agama. Mulailah dari sekarang, jika terlintas dalam fikiran kita
"Takkan lah saya ke masjid supaya Allah langsaikan hutang saya?". Cuba alihkan fikiran seumpama ini
 "Mengapa saya harus malu diundang oleh Allah ke rumah-Nya? Mudah-mudahan setelah hutang saya langsai, saya akan lebih rajin lagi ke masjid."
Doa Tidak Dimakbulkan
Kadang kita berburuk sangka dengan Allah tanpa kita menyedarinya. Sudah banyak kali kita berdoa. Tapi mengapa doa kita tidak kunjung dimakbulkan. Tak kan Allah tidak dengar doa kita sedangkan Allah Maha Mendengar. Mungkin ada yang salah dengan doa kita.
Doa kita tidak akan dimakbulkan jika minda kita tidak percaya apa yang kita minta. Doa kita tidak akan dimakbulkan jika hati kita tidak rasa apa yang kita minta. Doa kita tidak akan dimakbulkan jika komitmen kita tidak dijalankan dengan sepenuhnya.
Apa yang kita minta, apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, dan apa tindakan yang kita lakukan, disitulah kunci makbul. Itulah sunnatullah. Ada sebab, ada akibatnya.
Jika kita minta dengan jelas, seiring dengan apa yang kita rasa, apa yang kita fikirkan, dan komitmen dengan tindakan yang kita lakukan, ianya akan membuka pintu rezeki atau peluang seperti yang kita kehendaki. Kadang-kadang peluang itu datang daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
"Dan dia memberi rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak menjangkakan. Dan sesiapa mempercayakan (tawakkal) kepada Allah, Dia akan mencukupnya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan ukuran bagi segala sesuatu."
(Surah at-Talaq ayat  2-3)
Teringat pada satu kisah penduduk Basra yang pada masa itu sedang dilanda masalah sosial. Kebetulan mereka didatangi oleh ulama besar yang bernama Ibrahim bin Adham. Penduduk Basra pun mengadukan nasibnya kepada Ibrahim bin Adham.
"Wahai Abu Ishak (gelaran Ibrahim bin Adham), Allah berfirman dalam al-Qur'an agar kami berdoa. Kami penduduk Basra sudah bertahun-tahun berdoa, tetapi mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah?".
Ibrahim bin Adham menjawab, "Wahai penduduk Basra, kerana hati kalian telah mati dalam sepuluh perkara. Bagaimana mungkin doa kalian akan dimakbulkan oleh Allah?".
1. Kalian mengakui kekuasaan Allah, tetapi kalian tidak memenuhi hak-hak-Nya.
2. Setiap hari kalian membaca al-Qur'an, tetapi kalian tidak mengamalkan isinya.
3. Kalian selalu mengaku cinta kepada Rasul, tetapi kalian meninggalkan sunnahnya.
4. Setiap hari kalian membaca ta'awuz, berlindung kepada Allah dari syaitan yang kalian sebut sebagai musuh, tetapi setiap hari pula kalian memberi makan syaitan dan mengikut langkahnya.
5. Kalian selalu mengatakan ingin masuk syurga, tetapi perbuatan kalian justeru bertentangan dengan keinginan itu.
6. Kalian takut masuk neraka, tetapi kalian justeru mencampakkan diri kalian sendiri ke dalamnya.
7. Kalian mengakui bahawa maut adalah satu kepastian, tetapi pada kenyataannya kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8. Kalian sibuk mencari-cari kesalahan orang lain, tetapi terhadap kesalahan sendiri kalian tidak mampu melihatnya.
9. Setiap saat kalian menikmati kurniaan Allah, tetapi kalian lupa mensyukurinya.
10. Kalian sering menguburkan jenazah saudara kalian, tetapi kalian tidak mengambil pelajaran daripadanya.
"Wahai penduduk Basra, ingatlah sabda Rasulullah saw, "Berdoalah kepada Allah, tetapi kalian harus yakin akan dimakbulkan. Kalian harus tahu bahawa Allah tidak berkenan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan main-main".
Usaha Dan Doa
Usaha tanpa doa adalah kesombongan dan doa tanpa usaha adalah kebohongan. Doa dan usaha adalah dua hal yang tidak mungkin dipisahkan. Kita tidak boleh hanya berdoa sahaja tanpa melakukan usaha semaksimal mungkin untuk mencapai tujuan kita. Kita juga tidak boleh hanya berusaha sahaja tanpa berdoa dan mengabaikan Allah sebagai penentu sama ada usaha kita berjaya atau tidak.
Sesetengah manusia terlalu sombong, tidak mahu berdoa. Seolah-olah ia dapat menghasilkan sesuatu tanpa pertolongan daripada Allah swt.



Sesetengah manusia terlalu sombong, tidak mahu berdoa. Seolah-olah ia dapat beribadah tanpa pertolongan daripada Allah swt.
Sesetengah manusia terlalu sombong, jarang berdoa. Seolah-olah kekuatan manusiawinyalah yang dapat mewujudkan seluruh asanya tanpa pertolongan daripada Allah swt.
Dan rabbmu berfirman yang bermaksud:
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."
(Surah al-Mukmin ayat 60)
Al-Syaukani rahimahullah berkata, "Ayat ini memberikan pengajaran kepada kita bahawa doa adalah ibadah dan bahawa meninggalkan doa kepada Rabb Yang Maha Suci adalah sebuah kesombongan. Tidak ada kesombongan yang lebih buruk daripada kesombongan seperti ini. Bagaimana mungkin seorang hamba dapat berlaku sombong, tidak berdoa kepada Zat yang merupakan Penciptanya, Pemberi rezeki kepadanya, Yang mengadakannya dari tiada dan Pencipta alam semesta ini, Yang Menghidupkan, Yang Mematikan, Yang memberi ganjaran dan Yang memberi balasan. Maka tidak diragukan lagi bahawa kesombongan ini adalah bahagian dari kegilaan dan kekufuran terhadap nikmat Allah swt."
 Dengan berdoa bererti kita merendahkan diri kepada Allah swt. Ia merupakan sesuatu yang paling mulia di sisi Allah SWT dibandingkan yang lainnya. Allah swt sangat suka kepada hamba-Nya yang merendah diri kepada-Nya dan menunjukkan bahawa hanya Allahlah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Pengatur, Yang Maha Pencipta, tiada sekutu bagi-Nya.
Doa Mendekat Diri Kepada Allah
Allah sentiasa inginkan hamba-Nya dekat dengan-Nya. Pelbagai cara disediakan oleh Allah untuk mendekatkan hamba-Nya dengan-Nya. Antaranya dengan mendatangkan musibah. Tidak ada sedikitpun maksud Allah untuk menzalimi hamba-Nya kerana Maha Suci Dia dari sifat zalim.
Jangan berburuk sangka dengan Allah bahawa setiap musibah yang didatangkan kepada kita menunjukkan Allah sedang marah dan menzalimi kita. Ketika berdoa, yang paling utama adalah bukanlah dimakbulkannya doa kita atau hilangnya derita yang kita alami, tapi adalah meningkatnya kedekatan kita kepada Allah.
Betapa banyak orang yang hidup dengan limpahan harta kekayaan, jawatan yang tinggi, pujian dan penghargaan terus datang mewarnai kehidupannya. Namun semua itu tidak menjanjikan kebahagiaan kepadanya. Itu kerana dia mendapatkannya tanpa doa.
Berbeza halnya dengan orang yang mengenal Allah dalam setiap langkah kehidupannya. Itulah kekayaan yang hakiki.
Jadi hakikat doa adalah bagaimana dengan doa itu kita semakin dekat dengannya. Refleksi dari doa ini nampak pada akhlak yang tercermin dalam kehidupan harian kita yang menjadikan kita lebih baik di masa hadapan.
Ingatlah Allah itu Maha Memberi. Dia tidak lupa untuk memberi. Kita tidak minta diberi makanan, tapi Dia tidak lupa untuk memberi makanan kepada kita. Kita tidak minta diberi pakaian, tapi Dia tidak lupa untuk memberi pakaian kepada kita.
Ibnu Ata'illah menyatakan: "Bukan tujuan utama itu hanya sekadar berdoa. Tapi tujuan yang utama adalah agar engkau mengetahui adab terhadap Tuhanmu."

Saturday, October 27, 2012

UJIAN @ IMPIAN??


“Apa impian kamu apabila dewasa kelak?”
“Sudah tercapai ke impian kamu?”
 Setiap insan di muka bumi ini mempunyai pelbagai impian dan harapan yang tersendiri. Sedar atau tidak, impian inilah yang kadang kala memandu kita untuk mencapai apa yang kita mahu dan memberi semangat untuk seseorang itu meneruskan perjalanan sebagai daie Allah.
Impian yang sering kali kita harapakan kadang kala susah untuk kita laksanakan apatah lagi untuk dicapai. Sedangkan kita telah memiliki satu strategi dan pelan perlaksanaan yang begitu terperinci. Tetapi, mengapa kita masih gagal melaksanakannya? Cuba kita renung kembali, di mana kesilapan kita. Adakah kegagalan ini berpunca daripada kerapuhan strategi kita ataupun kerana sikap kita sendiri?

Namun pada hakikatnya, sebaik manapun strategi yang telah kita susun dan seampuh manapun kekuatan yang kita kumpul, sekiranya kita masih gagal kembali kepada Allah, selagi itulah kita akan berada ditakuk yang lama. Dalam kita merancang pelbagai impian pada masa hadapan, kita kadang kala terlupa landasan yang sepatutnya kita pilih dalam merealisasikan impian tersebut. Sekiranya kita mempunyai impian untuk menjadi kaya, jalan apa yang perlu dipilih? Adakah jalan pintas yang memberikan kebahagian yang singkat atau jalan yang jauh namun memberi satu kepuasan? Semua ini adalah pilihan yang Allah telah berikan kepada kita. Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia tetapi Allah turunkan hikmah serta keadilan terhadap sesuatu yang terjadi. Seperti mana firman Allah :
“Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab Neraka.”
(Surah Shad : 27)
Impian yang telah dirancang dengan begitu rapi itu sering kali gagal untuk dilaksanakan juga. Ikhtiar demi ikhtiar telah kita cuba namun hakikatnya, usaha itu masih belum membuahkan hasil. Allah tidak akan mengkabulkan sesuatu permintaan hamba-Nya dengan mudah tetapi Allah turunkan pelbagai ujian kepada hamba-Nya untuk menguji sejauh mana mereka bersama Allah. Ayuh kita renung kembali sirah perjuangan Rasulullah suatu ketika dahulu. Baginda amat mengimpikan agar Islam terus tersebar ke seluruh pelosok dunia ini. Tetapi, sepanjang Baginda memperjuangkan Islam. Allah menurunkan pelbagai ujian demi ujian terhadap baginda sepanjang merealisasikan impiannya untuk melihat Islam terus berkembanng ke serata dunia. Allah telah berfirman didalam Al-Quran ;
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
(Surah Al ‘Ankabut : 3)
Allah menurunkan ujian terhadap hamba-Nya bukan untuk menggagalkan impian setiap hamba-Nya tetapi Allah curahkan ujian demi ujian ini untuk melihat sejauh mana pergantunggan kita terhadap Allah. Ini adalah tanda bagaimana Allah begitu kasih terhadap kita. Ujian inilah merupakan penghubung yang sangat kuat antara kita dengan-Nya. Kita telah diberikan satu formula yang amat berkesan iaitu ‘Usaha+Doa+Tawakkal’. Ini adalah formula yang terbaik dalam kita memastikan impian kita dapat terlaksana. Adakah kita mempraktikkan kataupun tidak? Lihat kembali diri anda... 

Secara konklusinya, setiap insan dimuka bumi ini mempunyai 1001 impian dah harapan tetapi impian itu tidak akan dapat dikecapi sekiranya kita tidak kembali kepada Maha Pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Setiap impian yang diimpikan itu pastinya akan disulami dengan pelbagai warna ujian daripada-Nya dalam memastikan impian yang bakal kita kecapi suatu masa nanti adalah impian yang benar-benar memberikan kenikmatan dan kepuasan yang tidak terhingga. Dan ingatlah, impian yang seharusnya ditanam dan disemai dalam diri kita adalah untuk menjadi seorang muslim dan mukmin yang baik dan bakal menjadi tetamu Syurga yang kekal abadi kelak. InsyaAllah.....

dipetik daripada ILUVISLAM...

Saturday, September 15, 2012

SCIENCE TOPIC


assalamualaikum..
post kali ini,saya
nak share video yang 
pernah cikgu2 sains 
tunjuk dalam kelas..
moga Allah bantu untuk kita lebih faham
tentang ilmu ni..
enjoy them!!^_^



The Electromagnetic Spectrum Song 








Meiosis Square Dance


SAY IT!
I LOVE SCIENCE!!

Thursday, August 23, 2012

Kembara Ke Dunia Semut




Tahukah adik-adik tentang kebesaran Allah dalam mencipta seekor semut yang merupakan binatang paling kecil di dunia? Tentu adik-adik tertanya-tanya siapa itu semut sebenarnya. Untuk pengetahuan adik-adik, semut merupakan haiwan serangga yang hidup secara bermasyarakat. Cuba adik-adik perhatikan. Apabila semut berjalan, semut akan berjalan secara berkelompok. Semut tidak seperti manusia kerana semut tidak membezakan antara yang kaya dan miskin. Sebagai contoh mari kita lihat kehidupan semut Formica Yesensis, yang hidup di pantai Ishikari, Afrika. Masyarakat semut ini tinggal di 45,000 sarang yang saling berhubung di wilayah seluas 2.7 kilometer persegi. Masyarakat yang memiliki sekitar 1 080 000 ratu dan             306 000 000       pekerja ini dinamakan sebagai “masyarakat super’’ oleh para pengkaji. Para pengkaji mendapati bahawa semua alat produksi dan makanan ditukar dalam masyarakat semut secara teratur tanpa sebarang masalah dalam tempat yang sedemikian luas.

Ratu semut ditugaskan untuk meningkatkan jumlah semut dengan menghasilkan sejumlah telur. Dalam sesebuah masyarakat semut akan terdapat lebih dari satu ratu. Tubuh ratu lebih besar dari tubuh semut yang lain. Manakala tugas semut jantan hanya mengawan dengan sang ratu. Hampir semua semut jantan mati setelah mengawan.

Sang semut juga memiliki disiplin yang sangat mirip dengan ketenteraan. Namun, dalam ketenteraan semut, tidak mempunyai sang perwira tetapi mereka menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Cuba adik-adik fikirkan bagaimana seekor haiwan biasa mampu mempunyai disiplin sedangkan golongan serangga ini tidak dikurniakan akal fikiran seperti kita manusia. Mereka sangat berdisiplin dengan amanah yang diberikan kepada mereka. Setiap kelompok semut mempunyai tugas masing-masing.

Misalnya semut penjaga pintu. Untuk pengetahuan adik-adik, sarang semut dihubung-kan dengan dunia luar melalui lubang kecil yang hanya berukuran seperti saiz seekor semut. Untuk melalui lubang ini setiap semut perlu meminta izin daripada semut yang bertugas sebagai penjaga pintu. Penjaga pintu bertugas menutup pintu dengan kepalanya yang sesuai dengan lubang masuk. Lebih menarik, warna kepalanya sama dengan warna kulit pohon dimana sarang itu berada. Semut yang dipertanggungjawabkan menjaga pintu akan duduk berjam-jam di lubang masuk dan hanya membenarkan semut-semut dalam masyarakatnya sahaja untuk melalui pintu itu.

Istimewanya sang semut adalah kerana persahabatan yang murni antara mereka. Golongan serangga ini sanggup berkorban apa sahaja. Misalnya jika berlaku kekurangan makanan dalam masyarakat semut, semut pekerja akan berubah menjadi semut pemberi makanan kepada semut-semut yang lain dengan partikel makanan yang ada dalam perut mereka. Apabila masyarakat berlebihan makanan, mereka akan ber-tukar menjadi semut pekerja. Ini adalah satu pengorbanan yang cukup tinggi, jauh mengatasi pergorbanan yang boleh dilakukan oleh manusia.

Semut sanggup memberi segala milik mereka kepada semut lain tanpa rasa ragu agar semut lain tetap hidup, sedangkan di dunia hari ini ramai manusia yang mati kelaparan tanpa mendapat bantuan makanan secukupnya.

Firman Allah SWT, “Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.” (an-Naml : 18 )

Semut juga merupakan makhluk yang sungguh luar biasa. Kajian membuktikan bahawa golongan serangga kecil ini memiliki jaringan komunikasi yang luar biasa. Semut mempunyai kaedah komunikasi yang cukup canggih kerana pancaindera mereka sangat peka. Ia digunakan pada setiap ketika. Terdapat 500,000 sel saraf yang termuat dalam dua atau tiga milimeter tubuh mereka. Oleh itu, adik-adik perlu tahu bahawa sekecil-kecil serangga ini, ia tahu meletakkan dirinya di tempat yang sewajarnya.
Adik-adik perlu menjadi seperti semut, walaupun kecil tetapi kualiti kehidupannya sangat bermakna. Semoga adik-adik menjadi seorang kanak-kanak yang kecil fizikal tapi besar mentalnya.

dipetik dari artikel lain..

Sunday, July 22, 2012

sharing from YOUTUBE..

saksikanlah seorang hamba Allah memasang suara azan makkah di beberapa tempat di Switzerland..tersentak orang-orang di sana...





Saturday, March 10, 2012

5 PUNCA MATA CEPAT LETIH


Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca-punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih dan penat.
Antaranya ialah:-



1.Terlalu fokus
Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.



2.Masalah mata
Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.



4.Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.

5.Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

-dipetik dari ILUVISLAM-

Thursday, February 16, 2012

Menangis Terapi Dalam Islam Dan Perubatan



Tuhan menganugerahkan dua biji mata kepada manusia untuk menikmati keindahan ciptaan dan melihat semua kebaikan yang telah diberikan. 
Di sebalik kenikmatan yang dilihat, terkadang itu manusia tidak dapat lari dari memandang keperitan dan seksaan di dunia hingga mampu mengeluarkan air mata.

Namun, menangis itu merupakan anugerah dan terapi yang berkesan menurut agama Islam dan kajian perubatan.
Telah bersabda Rasulullah SAW, “Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

Menangis itu merupakan pelajaran terpenting dalam Islam sebagai Muslim untuk bermuhasabah diri dan mengingatkan diri dengan segala seksaan yang Allah turunkan. 
Maka bagi setiap diri yang bergelar hamba, wajarlah bagi kita semua meluangkan waktu untuk menangis. Jikalau belum mampu untuk menangis, belajarlah untuk menangis, atau bermulalah dengan berpura-pura menangis.

Tidak dinafikan, para Nabi dan Rasul serta para sahabat di zaman mereka sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat-solat, doa-doa dan zikir-zikir mereka kerana takutkan kepada Allah SWT.
Telah diriwayatkan dalam hadis, ”Barangsiapa yang menangis kerana takutkan Allah sehingga berlinangan air matanya dan air matanya membasahi tanah maka dia tidak akan diazab pada hari kiamat.”

Dari segi amalan perubatan, menangis itu dapat menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan.
 Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.

Menangis juga akan meningkatkan kadar degupan jantung. 
Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu.

Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.
Selain itu, tangisan akan menghalang penyakit menyerang tubuh badan kita.
Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat.

Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan.
Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. 
Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

Tidak ramai yang mengetahui, air mata mengandungi 25% protein. Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium.
Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ia dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

Oleh itu, tidak salah untuk manusia menggunakan tangisan sebagai salah satu cara untuk menghadapi sesuatu perkara tidak kiralah perkara yang sedih mahu pun gembira.
Seharusnya kita menggunakan anugerah yang Tuhan berikan supaya dapat memberikan kebaikan kepada diri kita. Insyallah.

Friday, December 30, 2011

LOVE is CINTA



cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula...

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahgia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa merawat luka
damai di jiwa

terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan pula kerana bercinta
kita pun leka entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi
cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cinta kan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan



PERSOLAN: 

APAKAH TUJUAN KITA DICIPTAKAN DI DUNIA INI??
ADAKAH KELAKUAN KITA INI DIREDHAI OLEH ALLAH DAN RASULULLAH SAW
SETELAH BAGINDA MEMPERJUANGKAN ISLAM BERSAMA PARA SAHABAT???

FIKIRKANLAH.....

"Perumpamaan seperti sebatang pensel dicipta untuk menulis, tetapi apabila digunakan untuk membaling dan mengetuk-ngetuk, nescaya pensel itu akan patah dan rosak.Serta kemungkinan tidak boleh digunakan lagi...Begitulah juga dengan diri kita yang diciptakan untuk menghambakan diri kepada Allah, tetapi apabila kita melakukan perkara yang songsang, nescaya KITA akan rosak(rugi)"
Rasa cinta adalah satu anugerah Tuhan pada hambaNya, kerananya manusia sanggup apa saja asalkan dia memiliki apa yang dicinta.Cinta juga merupakan fitrah kepada setiap manusia sama ada tua mahupun muda.Sifat cinta ini semestinya adalah sifat yang baik dan ia juga memberi manfaat kepada setiap mereka yang merasainya.

Apabila sifat cinta ini dikawal oleh nafsu dan didorong oleh syaitan, maka hilanglah sifat kesucian cinta itu.Apabila hilang kesucian itu, maka ia membawa dorongan kepada maksiat.Jika sifat cinta yang suci ini dikawal oleh iman dan didorong oleh taqwa, insya-Allah Allah akan memberi petunjuk dan mendapat kebahagiaan di dalam jiwa mereka yang memilikinya.

'Rasa cinta adalah satu anugerah Tuhan pada hambaNya
Kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicinta
................

Tetapi pastikah cintamu dihargai
Setelah kau serahkan jiwa dan ragamu
Mungkinkah si dia kan tetap setia
.....................'

BENARLAH CINTA YANG MELALAIKAN
TANPA DIFIKIRKAN BATAS SYARIATNYA
SEMUA ITU HANYA UJIAN DI DUNIA
IA ADALAH MAHAR UNTUK KITA KE SYURGA

HASIL NUKILAN,
MAS_95

Monday, December 19, 2011

keajaiban RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR

assalamualaikum..

sering kita ungkapkan doa ini kan???
"RABBI YASSIR WALA TUA'SSIR RABBI THAM-MIM BILKHAIR"

percayalah, doa ini sangat ajaib buat saya...ayah saya sering ingatkan saya dan keluarga supaya jangan lupa membacakan doa ini...pelbagai situasi yang boleh kita gunakan doa ini kan??saya nak kongsi beberapa pengalaman yang dihadapi oleh keluarga saya...

situasi 1: sangat susah mencari tempat letak kereta yang berdekatan dengan SHOPPING COMPLEX kan??
satu hari kami (saya dan keluarga ea..) pergi ALOR STAR MALL..ye la...tengah SALE 
kan...mana tak ramai orangnya...??bila kereta kami meluru masuk ja kat bahagian 
CAR PARKING sambil ayah baca 'RABBI YASSIR WALA TUA'SSIR....'
terus nampak satu kereta nak keluar....
alhamdulillah...Allah yang memudahkan urusan kami..

situasi 2: kakak saya nak cari satu benda yang penting dalam masa yang agak genting...
sangat tertekan..bila
masa yang menekan....pasti kalian pernah merasainya kan??
pastu kakak baca doa 'RABBI YASSIR...'
terus kakak jumpa benda yang dicari....secara automatik!!
saya tak tipu tau!!ni KISAH BENAR!!!cewah!

situasi 3: saya sendiri...waktu menghadapi peperiksaan...mestila ada soalan-soalan yang SUKAR!!!!soalan
-soalan macam ni...selalunya saya akan ketepikan dulu...bila dah habis semua soalan lain
yang saya jawab...baru RETURN pada soalan-soalan yang susah....
ada sekali tu..memang have NO IDEA...macam mana nak jawab..??!!
MASA DAH SUNTUK SANGAT DAH!!!
saya tawakal ja...
memang 'RABBI YASSIR WALA TUA'SSIR...'
otak pon dah macam.....
minda pun...AAAAAAHHHHHH!!!!!!!
TETIBA....
TING!!!!
idea terus datang!!!
apa lagi...jawab la cepat2...
masa ada dalam tiga minit tak silap saya....tulisan pun memang dah elok sangat...
(paham-paham ja lew...)
ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH....
memang seronok sangat bila dapat habiskan jawab soalan tu...
WALAUPUN TAK PASTI JAWAPAN tu BETUL atau TIDAK...
saya dah buat yang terbaik.....

bila result dah keluar...waktu subjek tu...terus saya cari soalan tu dulu...
SANGAT-SANGAT TAK SANGKA...FULL MARK saya dapat...
alhamdulillah...

ketiga-tiga situasi ni sangat membuatkan saya TERuja, TERkesima, TERpegun dan segala TER..TER la....doa tersebut sangat memberi keajaiban pada saya...MIRACLE!!!!jadi, saya nak ajak semua pembaca...semua saudara seislam saya sekalian...jom sama-sama kita amalkan doa ini...yakinlah KEAJAIBAN pasti berlaku kalo kita yakin pada PEMILIK DOA ini...ALLAH TAA'LA....benda yang kita tak percaya ia akan terjadi pun...pasti akan terjadi kalo kita yakin hanya padaNYA!!!INSYA-ALLAH....

Setakat ini dulu perkongsian untuk kali ini...moga dapat memberi manfaat buat semua..wallahua'lam~

Tuesday, December 13, 2011

HATI

Assalamualaikum....hari ni saya nak berkongsi satu artikel lain hasil daripada sahabat yang saya kasihi....
Jom BACA!!!

Hati ialah bahagian penting dalam hidup kita.Hati terkenal dengan fungsinya sebagai tempat menyimpan segala rasa.Kita selalu mendengar orang menuduh seseorang itu tiada perasaan.Dan apabila diberitahu kepadanya, mukanya berubah riak.Dia ada perasaan?!MESTI!!Rasa marah, geram dan banyak lagi mereka bercampur menjadi satu.Jadi, ingin ditegaskan di sini, tiada manusia tanpa perasaan.Cuma yang membezakan manusia itu, sama ada dia menunjukkan perasaannya atau tidak.Ada orang yang menzahirkan kasih sayangnya, ada yang tidak.Ada juga yang menonjolkan kemarahannya dan ada juga yang memendam sahaja.Jadi mempunyaiperasaan itu bukannya JENAYAH kerana ianya FITRAH.Cumanya diterjemah atau hanya didiamkan.



Sedar atau tidak, berapa banyak sudah kitamenyalah gunakan fungsi hati?Diakui hati yang melahirkan rasa takut, suka, benci, cinta, marah, geram, sayang dan rindu.Tetapi sejauh mana kita meletakkan perasaan-perasaan itu di tempatnya?Adakah kita takut pada yang selayakNya?Suka pada yang selayakNya?FIKIRKANLAH!Hati itu sendiri mempunyai rasa.Ada masa, hati ingin rasa bahagia.Ada masa ia berduka.Lalu pada kedua-dua situasi ini,ia ingin mengalirkan air mata.Hati terseksa.Tiada siapa yang tahu melainkan PenciptaNya.Lama-lama hati menjadi keras kerana tidak lagi dilembutkan dengan air mata hanya kerana ego tuannya.Hati bertungkus-lumus menyuruh tuannya mengalirkan air mata.Maka apabila air mata telah dilepaskan, hati berasa aman, tenang dan bahagia.



Tuannya mulai sedar,hati juga perlukan perhatian.Dia membelai hati dengan curahan Iman, limpahan Ilmu, zahirkan Amal.Dia mengisi hati dengan ayat-ayat cinta dari Pencipta Hati dan Perasaan.Disimbahi hati dengan peringatan-peringatan berguna dari TuhanNya.Hati rasa terhibur.Hati menjadi peneman setia tuannya hingga akhir hayat.Maka tamatlah fungsi hati.

karya asal
Istimewa dari:
-Hawysan-

*anti mintak ana REWRITE kan??jadi ana REWRITE kat sini...thanks for this articel*

Friday, December 2, 2011

AKHIRAT

Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillah..Masih lagi Allah memberi peluang kepada saya untuk berkongsi rasa, berbual bicara....Segala-gala yang terjadi pada diri saya dan kalian semua adalah dengan izinNya..Selawat dan salam buat KEKASIHNYA yang tercinta,Rasulullah SAW...Hadirnya baginda menyampaikan berita gembira iaitu ISLAM...alhamdulillah..sama-sama dapat kita merasai nikmat ISLAM itu dalam kehidupan.Berdoalah pada Yang Esa dapat kita bertemu sua dengan baginda dan Dia...insya-Allah...amin~

AKHIRAT??kalian semua percaya tak adanya Hari Akhirat tu?atau mulut saja yang mengatakan "YA SAYA PERCAYA" tapi hati berkata "BETUL KE ADA AKHIRAT???"ragu-ragu..waktu saya tadika dulu..saya belajar nama-nama malaikat...apa tugas-tugas mereka...tapi hanya sekadar hafal la...sebab tak nampak,jadi bila cikgu cakap "MALAIKAT MALIK tu GARANG SANGAT!!!"saya tak rasa takut pun...budak lagi namanya...

Janji Allah itu PASTI kan???

"Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu pasti datang dan kamu sekali-kali tidak mampu melepaskan diri"
SURAH AL-AN'AM:134

Dalam Al-Furqan,banyak sangat nas-nas Allah yang menyebut tentang akhirat.SYURGA, NERAKA, HARI PEMBALASAN.....Allah dah sebut semua tu dalam Al-Quran...Maka,percayalah kita bahawa AKHIRAT itu suatu yang pasti berlaku!Dunia ini hanya tempat persinggahan kita untuk memenuhi bekalan untuk AKHIRAT...

AD-DUNYA MAZRA'ATIL AKHIRAH



Saya petik salah satu ayat dalam Al-Quran.....Kalian semua boleh rujuk dalam Surah Ar-Rum ayat 11 dan 12:
"Allah yang memulakan penciptaan (makhluk) kemudian mengulanginya kembali kemudian kepadaNya kamu dikembalikan.-11-"
"Dan pada hari ketika terjadi Hari Kiamat, orang-orang yang berdosa (kaum musyrik) terdiam berputus asa.-12-" 

Sesiapa di kalangan kita yang tidak percaya akan adanya YAUMUL AKHIRAH itu,maka sudah tentulah imannya goyah...Bukankah PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT merupakan salah satu rukun iman??
  • Pecaya kepada Allah
  • Percaya kepada Malaikat
  • Percaya kepada Kitab
  • Percaya kepada Rasul
  • Percaya kepada Hari Kiamat
  • Percaya kepada Qada' dan Qadar
Yakinlah kita akan tibanya hari di mana menentukan kita dapat memasuki gerbang syurga atau sebaliknya..Kita hanyalah hambaNya...Tak layak untuk kita bermegah-megah di dunia ini...Sia-sia saja perbuatan tersebut..Kembalilah kita kepada RABBUL A'LAMIN...Jauhilah diri kita dari melakukan perkara-perkara mungkar...Elakkan diri kita dari dicatit oleh Malaikat A'tid sebagai kesalahan melakukan dosa...

 DUNIA AKAN MATI,AKHIRAT ITU PASTI!!!
 
Renungilah ayat-ayat Allah...bagaimana Dia menceritakan seksanya API NERAKA itu dan bahagianya di ALAM SYURGA...banyak sungguh dosa-dosa kita kan??Hapuskanlah dosa-dosa kecil kita dengan mengambil wudhu' yang sempurna, sentiasa beristighfar...Jangan pandang remeh terhadap dosa-dosa kecil...Ia boleh menyebabkan menjadi DOSA BESAR jika kita sering melakukannya...

Sekadar ini dahulu perkongsian saya...Sama-sama kita mengejar TAQWA..untuk mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah...Biarlah di dunia kita dipandang hina tetapi sangat mulia di pandangan Ilahi...seperti  TABIIN UWAIS AL-QARNI...insya-Allah...Yang lemah,harap dimaafi dan dibetulkan...Semoga ini juga dikira amalan yang memberatkan timbangan kebaikan kita di YAUMUL QIAMAH...

WALLAHUA'LAM...

Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah 1433

Get More Islamic Testi Here!

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu'minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu'min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu'min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya."
(Riwayat Muslim)
Perjuangan melawan kemungkaran adalah menjadi dasar utama para nabi dan orang-orang yang beriman. Nabi Muhammad saw, seperti halnya nabi-nabi sebelumnya, menghadapi berbagai kesukaran sepanjang hidup baginda. Baginda berkorban meninggalkan harta dan berhijrah ke Madinah demi kelangsungan dakwah Islam.

Ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud :"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218)

Sebagai balasan atas pengorbanan tersebut, Allah memberikan khabar gembira dengan limpahan kebaikan dan rezeki di dunia. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100)

Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman sama sekali tidak merasa takut atau gementar apabila menghadapi musuh. Semuanya adalah kerana keyakinan pada Allah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang benar seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya, 'Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah: 40)





إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)

maaf...ni COPY PASTE ja dari iluvislam...tak sempat nak menaip...SALAM MAAL HIJRAH 1433....

Thursday, November 24, 2011

CINTA REMAJA

Bismillah...alhamdulillah..
hari ni,saya nak kongsi satu artikel yang dicipta khas dari sahabat saya...^_*

 karya asal


'BERCINTA DI ALAM PERSEKOLAHAN ADALAH SATU PERKARA YANG SEMAKIN MENULAR DI ZAMAN KINI.CINTA ADALAH ANUGERAH ALLAH,NAMUN JANGAN MENCEMARKAN CINTA DENGAN SYAHWAT DAN NAFSU"

Percayalah,seseorang itu akan melakukan segalanya seandainya perasaan kasih dan cinta sudah bersemadi dalam jiwanya.Hingga sanggup membelah badai, menongkah arus,mencantas ribut dan memagar beliung demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kekasih.

Bolehkah kita mengelakkan hati kita daripada syahwat LELAKI @ PEREMPUAN apabila kita sudah mengikat cinta?Adakah cinta kita boleh menambahkan kecintaankita kepada ALLAH?Atau lebih melalaikan kita daripadaNya?Bagaimana pula pelajaran kita?

Banyak persoalan dan tanggungjawab yang perlu kita fikirkan.Nasihat saya, lebih baik "FOKUSKAN" dahulu terhadap pelajaran dan pendidikan di sekolah yang lebih menjamin masa hadapa.Perjalanan remaja masih panjang dan penuh dengan ranjau dan duri.Jangan lalaikan diri kita dengan cinta terlarang dan 'CINTA MONYET' yang tidak berkesudahan.Bercintalah dengan ILMU,bertunanglah dengan BUKU dan berkahwinlah dengan KEJAYAAN.

 "ORANG YANG MELAKUKAN DOSA AKAN RESAH KERANA SENTIASA DIBURU RASA BERSALAH,BUKAN SAHAJA KEPADA ALLAH TETAPI KEPADA DIRI-SENDIRI"

Sememangnya perasaan cinta sukar dikawal tetapi percayalah, dengan doa kepada Maha Pencipta dan tekad yang ada dalam diri,Insya-Allah dengan izinNya ia bukanlah sesukar mana.Lihatlah harapan yang diletakkan ke bahu kita oleh IBU BAPA yang telah membesarkan kita..



WALLAHUA'LAM~

RAS_95

Sunday, November 20, 2011

BERWASPADA TERHADAP DUA PERKARA-2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Insya-Allah hari ni saya akan sambung pada JANGAN PANJANG ANGAN-ANGAN
Tanya diri kita kenapa Rasulullah SAW tak benarkan kita pangjang angan-angan?mesti ada sebab-musabab yang akan melemahkan jati diri kita..

Sifat panjang angan-angan ini merupakan suatu perbuatan yang sia-sia...KENAPA?sebab bila panjang sangat angan-angan kita...mesti kita tidak bergerak..macam mana nak majukan diri?kalo angan-angan saja yang tinggi...tapi usaha yang dilakukan hanya sekecil semut.



Sifat ini juga berkait rapat dengan sifat suka menangguh-nagguhkan sesuatu pekerjaan..TAK PERCAYA?jom kita lihat contoh yang paling berkesan,insya-Allah..:)sebagai contoh,diri saya sendiri..masih memakai baju uniform sekolah..masih memegang gelaran "STUDENT"...masih MUDA(ehem2...tapi tahun depan paling TUA!!tak termasuk Tingkatan 6 yea..hekhek~)mestila ada cita-cita yang saya nak capai..macam kawan-kawan saya yang lain...

Insya-Allah tahun 2012(.....tahun depanla....)saya bakal duduki Peperiksaan SPM..kalo saya tak PULUN dari sekarang,masih goyang kaki,masih buka rancangan-rancangan yang tak berfaedah di kaca TV,masih berCHATTING-CHATTING berjam-jam...masih makan tidur makan tidur...macam mana saya nak berjaya??walaupun saya bercita-cita nak jadi seorang AKAUNTAN<hanya contoh..,tapi kalo Allah nak bagi jadi,alhamdulillah...>ANGAN-ANGAN ja lebih..usaha tak sampai pun tahap yang nak dicapai...mesti tak akan dapat capai punya cita-cita tu...

Jadi,tak payah la panjang sangat angan-angan tu...kalo kita cakap kita sayang Rasulullah,elakkanla dari melakukan perbuatan yang baginda tak suka...

POST kali ni,sikit ja...tapi harap ia memberi manfaat buat semua...insyaAllah...