.....

Tuesday, December 20, 2011

BERSIHKAN JIWAMU DAHULU, PASTI TUHAN MEMBANTU

BERSIHKAN JIWAMU DAHULU, PASTI TUHAN MEMBANTU



Orang yang bersih dan hidup hatinya
Sentiasa rendah diri dengan Allah
Sering saja bersangka baik dengan TuhanNya
Jika mendapat ujian kesusahan, hatinya berkata
'Kerana dosakulah ujian ini datang'
'Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku'
'Moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat'

Tatkala dirinya mendapat nikmat
Dia berasa malu dengan TuhanNya
Kerana berasa dirinya tidak layak
Menerima nikmat itu

Hatinya gelisah
'Apa maksud TuhanNya memberi nikmat itu?'
'Apakah untuk aku bersyukur atau kufur?'
Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara
Kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya

Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya
Dia redha
Sentiasa berbaik sangka dengan TuhanNya
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
Kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana
Mentakdirkan segala sesuatu

Apabila disusahkan orang
Terus teringat akan dosanya
'Kerana dosa akulah, aku disusahkan'
Dia tidak berdendam
Bahkan mendoakan orang itu dengan kebaikan

Nikmat Tuhan disyukuri
Pemberian dan pertolongan orang diingati dan dibalasinya
Hatinya sentiasa cemas dengan kematian
Terasa begitu hampir dengannya
Bila-bila masa sahaja akan dijemput

Dia gelisah dengan dosa
Amal ibadahnya
Terus dilupakan sahaja
Kerana dia tidak tahu
Apakah diterima atau sebaliknya

Kakinya di dunia
Namun hatinya sentiasa bersama Allah
Perasaannya sering memikirkan akhirat
Dan acapkali rindu akan pertemuan dengan TuhanNya

BEGITULAH HATI ORANG YANG BERSIH DAN HIDUP DENGAN TUHANNYA

Nukilan,
~SNAMA95~ 

2 comments:

  1. Assalamualaikum dik..

    amboi dia makin mantaplah perkongsian..
    Tahniah ya.. teruskan, k.fatin sentiasa sokong ^_^

    Ya, hati blh bersih dgn istighfar dan taubat..
    Moga Allah kasih kpd kita yang sntiasa berusaha membersihkan hati, InsyaAllah.. =)

    p/s: macam biasalah sofea, k.fatin nak ajak sofea kunjung ke blog k.fatin tinggalkan jejak di kotak komentar.. k.fatin menanti komen sofea ni.. ^_^

    ~permata yng dicari~

    ReplyDelete
  2. to wafa zinnirah92

    Waalaikumussalam..

    Alhamdulillah..ini bukan hasil puisi sofea...
    ni daripada kawan sofea...

    Hati perlu sentiasa disirami dengan istighfar dan zikir untuk menyegarkannya...

    jazakillahu khair selalu memberi komentar di sini..moga hati kita sentiasa bersatu dalam memantapkan ukhuwah dan cinta kepadaNya dan mereka yang beriman...

    ReplyDelete