.....

Thursday, September 15, 2011

Erti kata " Bertanggungjawab"

Kita sering menggunakan perkataan "tanggungjawab" dan "bertanggungjawab" dalam perbualan dan amalan harian kita. Namun pernahkah kita renung sejenak maksud "tanggungjawab" dan "bertanggungjawab" dalam erti kata yang sebenarnya?

Dalam sebuah buku "Will POWER" yang ditulis oleh Dr. George Weinberg menyatakan bahawa maksud "bertanggungjawab" ialah "taking responsibility for every detail of your life"(mengambil tanggungjawab setiap butir dalam kehidupan) dan " People become leaders by being responsible in even the smallest moments of their lives. They establish themselves not in major crises, as one might think, but by the cumulative effect of how they act in everyday life" ( Manusia akan menjadi pemimpin jika dia bertanggungjawab walaupun dalam perkara kecil dalam hidupnya. Mereka menjadi terkenal  bukan  menyelesaikan krisis besar, yang menjadi satu kelaziman, tetapi kesan yang berpanjangan dengan cara bijak mereka bertindak dalam kehidupan harian).

Kata-kata ini mengingatkan saya ketika belajar sebuah institusi pengajian tinggi apabila saya menyatakan hasrat untuk menjadi seorang wartawan atau kolumnis. Seorang rakan senior berkata kepada saya " to be a reporter or a journalist, you must be responsible for every words that you write, every conjunctions that you use, whether it is a "full-stop" or a "comma" you put, you are fully responsible for everything you write".

Oleh itu, sifat "bertanggungjawab" ini bukanlah satu perkataan retorik yang boleh dikatakan atau ditulis tanpa rasa bertanggungjawab atau melihat kesan baik buruknya tetapi ia perlu kepada tanggungjawab iman kita di depan Allah SWT.

Tanyalah diri kita sejauh mana kita bertanggungjawab setiap perkataan:
  1. Dalam perbualan harian kita?
  2. Dalam perbualan dengan keluarga kita?
  3. Dalam perbualan dengan rakan kita?
  4. Dalam perbualan dengan saudara kita?
  5. Dalam tulisan kita?
  6. (Yang besar sekali) dalam solat dan doa kita?
 Jangan ada seluruh atau sebahagian kata-kata kita selama ini mengajak kita ke jurang api neraka.

1 comment:

  1. Asm, satu peringatan yang baik. Tetapi sukar dilaksanakan kecuali kita ada rakan-rakan yang sering ingat-mengingati kita.

    ReplyDelete