.....

Sunday, December 23, 2012

sakit tanda Allah sayang...ye tak?

assalamualaikum..
alhamdulillah Allah masih lagi memberi saya peluang
untuk terus berjuang dalam medan maya ni..
ALHAMDULILLAH:)

sepertimana yang dijanjikan...saya nak cita waktu saya sakit tu kan...?

ringkas je yea ceritanya...AL-KISAH.....

masih saya ingat hari Rabu,28 november 2012....hari di mana pelajar-pelajar PRINSIP PERAKAUNAN mengambil peperiksaan..






 semua gambar...without AMAK...;(
sebelum hari rabu tu,ada gap lebih kurang seminggu jugakla untuk sambung periksa..saya bawa balik kawan sorang ke rumah...mestila saya balik sebab gap periksa sangat lama...saya blaja akaun dengan SIFU NABILA AHMAD...:)hehe...thanks k.bil tolong ajarkan akaun..saya memang lemah akaun nih...k.bil la banyak tolong saya dan kawan waktu cuti tu....moga Allah terima jasa baik k.bil...ameen..

ooppss!!lari sikit cerita...ok2..kita MAKE A U-TURN balik!!!hehe...(biasalah...tengah blaja pandu kereta and motor..masok siket ilmu kat siniey...hehe..)

hari akaun tiba jua...seramai 13 orang puteri MATRI yang ambil akaun..kami buat row-call sendiri disebabkan pelajar putera x mo buat..its OK...x kisah sangat pun..




sebelum masuk dewan tu...saya dah mula rasa sakit...sakit apa???Allah izin hari tu saya sakit perut yang amat sangat!!!hanya Allah ja yang tau betapa sakitnya waktu tu...sebelum masuk dewan tu,dah nangis2 dah..sebab tahan sakit...then bila masuk dewan tu...ok siket..paper 1 alhamdulillah saya jawab dengan baik walaupun saya x tahu berapa banyak yang saya betul dan yang salah...risau jugak tuh!!!

alhamdulillah...paper 1 selesai...

sebelum masuk dewan untuk paper two,sakit tu bertambah dan lagi teruk...sebelum kaki melangkah ke dewan,sempat saya berjumpa dengan cikgu fuad(guru akaun)waktu tu,saya tak nak bagitau cikgu yang saya sakit..sempat buat lawak lagi dengan cikgu...tapi tak tahan sangat,kawan saya tolong bagitau kat cikgu yang saya sakit..mintak cikgu fuad bagtau kat ketua pengawas dalam dewan untuk saya dikuarantinkan...

alhamdulillah...ketua pengawas tu prihatin...saya diletakkan di belakang sekali sebab bilangan pelajar yang ambil akaun tak ramai...jarak saya dengan kawan2 sangat jauh...waktu saya jawab tu,memang TAWAKKAL TUALALLAH...dah la saya lemah subjek ni,Allah bagi nikmat sakit plak kat saya time tu...memang terasa sungguh kasih sayangNya....air mata saya sampai terkena kertas jawapan...

tapi waktu tu saya dah tak kisah dah...basah ke tak kertas,yang penting saya jawab ja..saya dah tak kira jawapan tu betul ke salah..imbang ke tak imbang baki akhir....saya dah tak fikir menda2 tu..yang saya tau,tahan sakit dan JAWAB jea!!ada sorang pengawas tu siap carikan saya air panas untuk saya..alhamdulillah..syukur sangat waktu tu...memang terhutang budi sangat dengan cikgu tu...CIKGU WIDAD...terima kasih cikgu atas bantuanmu...:)moga Allah membalas budi pekerti cikgu...mau tak nya,kantin dah tutup,cikgu tu cari merata air panas..alhamdulillah di pejabat sekolah ada...

lupa pulak nak tulis....disebabkan saya sakit sangat...ketua pengawas pindahkan saya ke tingkat atas..waktu tu saya pikir..atas???dah la tak larat nak naik...jalan p0n macam dengan apa....tapi terpaksa gagahkan jua kaki untuk terus melangkah...(cewah!ayat perghhh...!!!hehe...)

alhamdulillah...saya diberi masa tambahan...waktu tu memang tak sempat nak habiskan jawapan2 akhir...tapi bila dapat masa tambahan,saya dah tak hirau dah...tulis jea apa yang ada dalam kepala nieyh...

bila habis jawab...lega sangat...tapi ada sikit la tak puas hati dengan jawapan yang saya buat..tapi apapun..memang syukur sangat..memang first time saya sakit teruk macam tu sekali...yang saya tak boleh lupa,cikgu2 n kengkawan banyak bantu saya...dan yang PALING tak boleh lupa adalah...kertas jawapan saya BASAH dengan titisan2 air mata...hehehe...alhamdulillah dakwat pen tak kembang..

kat sini,saya nak ucap terima kasih banyak2 kepada yang membantu saya secara saya sedar ataupun tak sedar...x nak la mentioned nama kat sini..takot ada yang tertinggal nama plak...jzaka/illahu khairun jaza' atas keprihatinan kalian...Allah saja yang dapat membalas kebaikan antum semua...

alhamdulillah jugak gap antara akaun dengan subjek seterusnya 4 hari..saya sakit lebih kurang 2 hari lebih...sempatla nak study jugak siket2...

moralnya di sini,kita mestilah bersangka baik dengan qada' dan qadar Allah..macam saya,prepare akaun selama hampir seminggu,tapi Allah izin kejap ja saya sakit..sakit hari akaun pulak tu...nikmat Allah terlalu banyak..jadi,janganlah kita menjadi hamba yang tidak pandai bersyukur...

dan saya yakin,akan ada hikmah di sebalik ujian yang saya terima ni....ujian Allah menandakan Dia sayang kita kan??sakit pun salah satu ujian daripadaNya...

mintak maaf andai p0st kali ni tak memuaskan hati mana2 pembaca...:)

wallahua'lam

Tuesday, December 11, 2012

akhirnya aku........

assalamualaikum...

waa...sudah lama x update blog ni...kalo update pon,just copy paste artikel orang jerk!!ish3..terox2!!jangan ikut sikap yang tak baik ni...hehe...

apa khbar kalian?iman bertambah gemuk atau kurus?sudah lama studentS cuti..tapi bagi kami X-CANDIDATE spm BARU SAHAJA MENIKMATI cuti stelah berhempas-pulas memerah otak yang beku dalam dewan peperiksaan..ALHAMDULILLAH..genap sebulan sofea bergelut dalam menjadi mangsa SPM dari 5 november sampailah 5 disember...berjuang bersama-sama rakan seangkatan...
hari ni sofea nak tunjukkan hari terakhir kami di dewan periksa..saksikanlah...

 actually ni gambar poyo
 kami dah habis peksa,so semua pakat berlakon balik
macam tengah peksa..hehe..
tu yang ada macam main2
 salam dengan TEACHER DAMIA





 studentS lebih tinggi dari pengawas peksa..




 kami kasi kek kat pengawas peksa..
 yang pakai tudung purple hitam tu...ketua pengawas..x garang p0n..very sporting!!
 huhu..sebenarnya kek ni k.nasyrah yang kasi kat kami..sebab rajin beli kek kat kedai dia..
tapi kami nak kongsi our HAPPINESS dengan para pengawas yang penat layan karenah kami selama sebulan ni...
 barisan pengawas peperiksaan
 yang comel-comel
 ha!lupa pulak..selain kek,kami bagi hadiah buku LA TAHZAN kat setiap pengawas
 pengawas perempuan kurang seorang...:(cikgu widad...dia gi kursus

 raut wajah yang puas kegembiraan meraikan kemerdekaan SPM..haha

 tangan sapa ni???pastikan tak kena kek yea...
 cikgu lelaki yang hujung ni,dia(opps!silap)beliau jaga kami jugak waktu PMR 2010







 menikmati kek yang kiut..huhu

 air kasi lewat..tercekik ketua pengawas..haha..sori yer cikgu..
 cara-cara nak habiskan kek??suap beberapa orang student..hekhek..
 nak suap saya yea??x pe la..segan!haha...cikgu makanla puas-puas
 sesi fotografi bersama pengawas peperiksaan SPM 2012

thanks PARA PENGAWAS PEPERIKSAAN SPM 2012
moga Allah membalas kebaikan kalian dengan balasan syurgaNya..
maafkan kami atas lewat masuk dewan dan sebagainya..hehe..
moga ukhuwah yang terbina dengan kalian selama sebulan ini mekar mewangi..

habis sudah SPM...graduasi pul0k!!tapi nanti yea saya update...x best la semua nak share hari ni...
banyak pengalaman sepanjang SPM ni...pengalaman yang tak leh saya lupa adalah hari peksa PRINSIP PERAKAUNAN...hari di mana saya kena kuarantin sebab sakit..nantikan my story...hehe..

kenapa tajuk AKHIRNYA AKU.....?
meh nak sambung ayat..

AKHIRNYA AKU TERLEPAS JUA DARI IKATAN DAN PELUKAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

moga keputusan yang bakal keluar nanti yang terbaik...insya-Allah..amin...^_*

rasanya setakat ni dulu...nanti kita story-mory lain..banyak masa lagi saya boleh update...almaklumlah dah tak perlu balik asrama dah pas ni..hehehe...wallahua'lam~

Thursday, November 22, 2012

hakikat sebuah DOA



 Setiap manusia dilahirkan mempunyai masalah. Pelbagai persoalan muncul di depan mata, seakan tiada habisnya. Lebih daripada itu, masalah itu semakin menenggelamkan manusia pada penderitaan yang tidak berkesudahan.
Ramai di antara mereka yang berputus asa. Perintah solat mula ditinggalkan, bersedekah apatah lagi. Bahkan ironinya, ada yang pergi ke tok bomoh, mencuri, menjual diri dan pelbagai bentuk kejahatan lain yang dianggap sebagai solusi untuk menyelesaikan krisis yang melanda diri mereka.
Hidup pun tiada terasa indahnya lagi. Lihat ke kanan masalah, ke kiri masalah, atas dan bawah pun masalah yang seakan-akan datang menghimpit seluruh jiwa dan raga.
Lalu apa yang patut kita lakukan ketika ini? Adakah kita hanya bersembunyi di balik masalah ini? Menjerumuskan diri pada bentuk maksiat yang menjanjikan keuntungan besar dalam masa singkat? Minum minuman keras yang dapat melupakan masalah kita dalam masa sementara? Atau bunuh diri agar masalah yang dihadapi selesai setelah kita mati?
Semua perkara di atas amat mudah terlintas dalam fikiran manusia kerana pada prinsipnya manusia sangat mudah berputus asa. Alangkah meruginya kita kalau fikiran-fikiran seumpama ini kita ikuti.
Koreksi Diri Sentiasa
Di saat manusia ditimpa pelbagai musibah dan masalah, tindakan bijak yang perlu kita lakukan adalah memuhasabah hubungan kita dengan Allah swt. Salah satu bentuk komunikasi yang perlu kita lakukan adalah berdoa.
Doa hakikatnya adalah penuntun kita untuk melakukan perubahan diri. Hidup kita bukanlah sestatis laut mati. Ia sentiasa bergerak dan berubah dari masa ke semasa. Banyak cabaran yang perlu kita hadapi setiap hari. Melalui musibah inilah, Allah akan melihat siapa hamba-Nya yang sebenarnya. Siapakah hamba-Nya yang bagus kualiti peribadinya? Siapakah hamba-Nya yang mahu melakukan perubahan? Dan perubahan inilah yang menjadi esensi dari doa yang kita panjatkan.
Ibnu Ata'illah menukilkan sesuatu yang amat berharga dalam kitabnya al-Hikam :
"Bagaimana engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tidak merubah dirimu dari kebiasaanmu? Kita banyak meminta dan banyak berharap kepada Allah swt, tetapi kerana sibuk meminta terkadang membuat kita tidak sempat menilai diri sendiri. Padahal kalau kita meminta dan akibatnya kita merubah diri sendiri, Allah akan memberikan apa yang kita minta kerana sebenarnya doa itu adalah pengiring agar kita dapat merubah diri kita. Jika kita tidak pernah mahu merubah diri kita menjadi lebih baik, tentu ada yang salah dengan permintaan kita."



Berdoa berjuta sekalipun, kalau kita tidak melakukan perubahan diri, ianya tidak akan berubah kerana sememangnya itulah ketetapan-Nya. Kekuatan seseorang untuk merubah dirinya dapat menjadi salah satu faktor yang menentukan kejayaan seseorang. Jika hidup selalu ditimpa musibah, hutang tidak pernah terlansaikan, pelajaran pun tidak dapat diikuti dengan baik, jelas itu menunjukkan ada yang tidak kena dengan diri kita.
Adakah semua ini kerana Allah tidak memakbulkan doa kita? Cubalah kita muhasabah diri. Tinggalkan kebiasaan-kebiasaan buruk yang selama ini sebati dengan diri kita. Tingkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kita. Jika dulu kita orang yang panas baran, cubalah perbaiki sifat ini dengan mengingat-ingat akibat yang akan berlaku jika kita selalu marah kepada orang lain hatta masalah sekecil manapun.
Firman Allah dalam surah al-Ra'd ayat 11 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib suatu kaum sehingga dia sendiri yang merubahnya"
Allah sendiri telah menjamin akan mengabulkan doa setiap hamba-Nya sebagaimana termaktub dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud :
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
Oleh itu kita kena muhasabah diri. Lihatlah kekurangan yang ada pada diri kita. Jika kita inginkan kejayaan dalam peperiksaan, tapi tidak meningkatkan usaha dalam mengulang kaji pelajaran, jangan salahkan sesiapapun jika kita gagal kelak.
Doa yang kita panjatkan kepada Allah swt ibarat tanaman. Kekuatan kita untuk mahu berubah adalah benihnya. Manakala doa itu sendiri adalah bajanya. Baja akan membuat benih tumbuh, berbuah banyak dan berdaun lebat. Akan tetapi, jika kita hanya menebar baja tanpa sedikitpun benih yang kita tanam, apa yang akan tumbuh?
Jika doa semakin bagus, ini menunjukkan bahawa perubahan telah terjadi dalam diri kita secara perlahan-lahan. Jika kita meminta tiada henti, dalam masa yang sama kita pun bermaksiat, jangan salahkan siapapun kerana doa seperti ini ibarat gema kosong yang hanya memantulkan suara sahaja.
Demikianlah formulanya yang sangat sederhana. Siapapun yang ingin doanya dimakbulkan oleh Allah, jangan perhatikan apa yang kita minta, tetapi perhatikanlah apa yang dapat kita rubah dari diri kita sendiri. Misalnya, hidup kita sentiasa ditimpa masalah, hutang keliling pinggang dan sebelumnya jarang ke masjid dan mengikuti tazkirah agama. Mulailah dari sekarang, jika terlintas dalam fikiran kita
"Takkan lah saya ke masjid supaya Allah langsaikan hutang saya?". Cuba alihkan fikiran seumpama ini
 "Mengapa saya harus malu diundang oleh Allah ke rumah-Nya? Mudah-mudahan setelah hutang saya langsai, saya akan lebih rajin lagi ke masjid."
Doa Tidak Dimakbulkan
Kadang kita berburuk sangka dengan Allah tanpa kita menyedarinya. Sudah banyak kali kita berdoa. Tapi mengapa doa kita tidak kunjung dimakbulkan. Tak kan Allah tidak dengar doa kita sedangkan Allah Maha Mendengar. Mungkin ada yang salah dengan doa kita.
Doa kita tidak akan dimakbulkan jika minda kita tidak percaya apa yang kita minta. Doa kita tidak akan dimakbulkan jika hati kita tidak rasa apa yang kita minta. Doa kita tidak akan dimakbulkan jika komitmen kita tidak dijalankan dengan sepenuhnya.
Apa yang kita minta, apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, dan apa tindakan yang kita lakukan, disitulah kunci makbul. Itulah sunnatullah. Ada sebab, ada akibatnya.
Jika kita minta dengan jelas, seiring dengan apa yang kita rasa, apa yang kita fikirkan, dan komitmen dengan tindakan yang kita lakukan, ianya akan membuka pintu rezeki atau peluang seperti yang kita kehendaki. Kadang-kadang peluang itu datang daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
"Dan dia memberi rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak menjangkakan. Dan sesiapa mempercayakan (tawakkal) kepada Allah, Dia akan mencukupnya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan ukuran bagi segala sesuatu."
(Surah at-Talaq ayat  2-3)
Teringat pada satu kisah penduduk Basra yang pada masa itu sedang dilanda masalah sosial. Kebetulan mereka didatangi oleh ulama besar yang bernama Ibrahim bin Adham. Penduduk Basra pun mengadukan nasibnya kepada Ibrahim bin Adham.
"Wahai Abu Ishak (gelaran Ibrahim bin Adham), Allah berfirman dalam al-Qur'an agar kami berdoa. Kami penduduk Basra sudah bertahun-tahun berdoa, tetapi mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah?".
Ibrahim bin Adham menjawab, "Wahai penduduk Basra, kerana hati kalian telah mati dalam sepuluh perkara. Bagaimana mungkin doa kalian akan dimakbulkan oleh Allah?".
1. Kalian mengakui kekuasaan Allah, tetapi kalian tidak memenuhi hak-hak-Nya.
2. Setiap hari kalian membaca al-Qur'an, tetapi kalian tidak mengamalkan isinya.
3. Kalian selalu mengaku cinta kepada Rasul, tetapi kalian meninggalkan sunnahnya.
4. Setiap hari kalian membaca ta'awuz, berlindung kepada Allah dari syaitan yang kalian sebut sebagai musuh, tetapi setiap hari pula kalian memberi makan syaitan dan mengikut langkahnya.
5. Kalian selalu mengatakan ingin masuk syurga, tetapi perbuatan kalian justeru bertentangan dengan keinginan itu.
6. Kalian takut masuk neraka, tetapi kalian justeru mencampakkan diri kalian sendiri ke dalamnya.
7. Kalian mengakui bahawa maut adalah satu kepastian, tetapi pada kenyataannya kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8. Kalian sibuk mencari-cari kesalahan orang lain, tetapi terhadap kesalahan sendiri kalian tidak mampu melihatnya.
9. Setiap saat kalian menikmati kurniaan Allah, tetapi kalian lupa mensyukurinya.
10. Kalian sering menguburkan jenazah saudara kalian, tetapi kalian tidak mengambil pelajaran daripadanya.
"Wahai penduduk Basra, ingatlah sabda Rasulullah saw, "Berdoalah kepada Allah, tetapi kalian harus yakin akan dimakbulkan. Kalian harus tahu bahawa Allah tidak berkenan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan main-main".
Usaha Dan Doa
Usaha tanpa doa adalah kesombongan dan doa tanpa usaha adalah kebohongan. Doa dan usaha adalah dua hal yang tidak mungkin dipisahkan. Kita tidak boleh hanya berdoa sahaja tanpa melakukan usaha semaksimal mungkin untuk mencapai tujuan kita. Kita juga tidak boleh hanya berusaha sahaja tanpa berdoa dan mengabaikan Allah sebagai penentu sama ada usaha kita berjaya atau tidak.
Sesetengah manusia terlalu sombong, tidak mahu berdoa. Seolah-olah ia dapat menghasilkan sesuatu tanpa pertolongan daripada Allah swt.



Sesetengah manusia terlalu sombong, tidak mahu berdoa. Seolah-olah ia dapat beribadah tanpa pertolongan daripada Allah swt.
Sesetengah manusia terlalu sombong, jarang berdoa. Seolah-olah kekuatan manusiawinyalah yang dapat mewujudkan seluruh asanya tanpa pertolongan daripada Allah swt.
Dan rabbmu berfirman yang bermaksud:
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."
(Surah al-Mukmin ayat 60)
Al-Syaukani rahimahullah berkata, "Ayat ini memberikan pengajaran kepada kita bahawa doa adalah ibadah dan bahawa meninggalkan doa kepada Rabb Yang Maha Suci adalah sebuah kesombongan. Tidak ada kesombongan yang lebih buruk daripada kesombongan seperti ini. Bagaimana mungkin seorang hamba dapat berlaku sombong, tidak berdoa kepada Zat yang merupakan Penciptanya, Pemberi rezeki kepadanya, Yang mengadakannya dari tiada dan Pencipta alam semesta ini, Yang Menghidupkan, Yang Mematikan, Yang memberi ganjaran dan Yang memberi balasan. Maka tidak diragukan lagi bahawa kesombongan ini adalah bahagian dari kegilaan dan kekufuran terhadap nikmat Allah swt."
 Dengan berdoa bererti kita merendahkan diri kepada Allah swt. Ia merupakan sesuatu yang paling mulia di sisi Allah SWT dibandingkan yang lainnya. Allah swt sangat suka kepada hamba-Nya yang merendah diri kepada-Nya dan menunjukkan bahawa hanya Allahlah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Pengatur, Yang Maha Pencipta, tiada sekutu bagi-Nya.
Doa Mendekat Diri Kepada Allah
Allah sentiasa inginkan hamba-Nya dekat dengan-Nya. Pelbagai cara disediakan oleh Allah untuk mendekatkan hamba-Nya dengan-Nya. Antaranya dengan mendatangkan musibah. Tidak ada sedikitpun maksud Allah untuk menzalimi hamba-Nya kerana Maha Suci Dia dari sifat zalim.
Jangan berburuk sangka dengan Allah bahawa setiap musibah yang didatangkan kepada kita menunjukkan Allah sedang marah dan menzalimi kita. Ketika berdoa, yang paling utama adalah bukanlah dimakbulkannya doa kita atau hilangnya derita yang kita alami, tapi adalah meningkatnya kedekatan kita kepada Allah.
Betapa banyak orang yang hidup dengan limpahan harta kekayaan, jawatan yang tinggi, pujian dan penghargaan terus datang mewarnai kehidupannya. Namun semua itu tidak menjanjikan kebahagiaan kepadanya. Itu kerana dia mendapatkannya tanpa doa.
Berbeza halnya dengan orang yang mengenal Allah dalam setiap langkah kehidupannya. Itulah kekayaan yang hakiki.
Jadi hakikat doa adalah bagaimana dengan doa itu kita semakin dekat dengannya. Refleksi dari doa ini nampak pada akhlak yang tercermin dalam kehidupan harian kita yang menjadikan kita lebih baik di masa hadapan.
Ingatlah Allah itu Maha Memberi. Dia tidak lupa untuk memberi. Kita tidak minta diberi makanan, tapi Dia tidak lupa untuk memberi makanan kepada kita. Kita tidak minta diberi pakaian, tapi Dia tidak lupa untuk memberi pakaian kepada kita.
Ibnu Ata'illah menyatakan: "Bukan tujuan utama itu hanya sekadar berdoa. Tapi tujuan yang utama adalah agar engkau mengetahui adab terhadap Tuhanmu."

Wednesday, October 31, 2012

buatmu sahabatku:)


istimewa buatmu dariku...
saksikanlah dengan mata hati...
moga ikatan kita senantiasa kukuh hingga ke akhirnya..
insyaAllah..






jazakunnalhu khair atas kesudian menjadi
teman,rakan,kawan dan
SAHABAT 
dalam kehidupanku...


salam sayang fillah wa lillah,
~SOFEA QISTINA~