.....

Friday, December 30, 2011

LOVE is CINTA



cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula...

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahgia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa merawat luka
damai di jiwa

terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan pula kerana bercinta
kita pun leka entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi
cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cinta kan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan



PERSOLAN: 

APAKAH TUJUAN KITA DICIPTAKAN DI DUNIA INI??
ADAKAH KELAKUAN KITA INI DIREDHAI OLEH ALLAH DAN RASULULLAH SAW
SETELAH BAGINDA MEMPERJUANGKAN ISLAM BERSAMA PARA SAHABAT???

FIKIRKANLAH.....

"Perumpamaan seperti sebatang pensel dicipta untuk menulis, tetapi apabila digunakan untuk membaling dan mengetuk-ngetuk, nescaya pensel itu akan patah dan rosak.Serta kemungkinan tidak boleh digunakan lagi...Begitulah juga dengan diri kita yang diciptakan untuk menghambakan diri kepada Allah, tetapi apabila kita melakukan perkara yang songsang, nescaya KITA akan rosak(rugi)"
Rasa cinta adalah satu anugerah Tuhan pada hambaNya, kerananya manusia sanggup apa saja asalkan dia memiliki apa yang dicinta.Cinta juga merupakan fitrah kepada setiap manusia sama ada tua mahupun muda.Sifat cinta ini semestinya adalah sifat yang baik dan ia juga memberi manfaat kepada setiap mereka yang merasainya.

Apabila sifat cinta ini dikawal oleh nafsu dan didorong oleh syaitan, maka hilanglah sifat kesucian cinta itu.Apabila hilang kesucian itu, maka ia membawa dorongan kepada maksiat.Jika sifat cinta yang suci ini dikawal oleh iman dan didorong oleh taqwa, insya-Allah Allah akan memberi petunjuk dan mendapat kebahagiaan di dalam jiwa mereka yang memilikinya.

'Rasa cinta adalah satu anugerah Tuhan pada hambaNya
Kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicinta
................

Tetapi pastikah cintamu dihargai
Setelah kau serahkan jiwa dan ragamu
Mungkinkah si dia kan tetap setia
.....................'

BENARLAH CINTA YANG MELALAIKAN
TANPA DIFIKIRKAN BATAS SYARIATNYA
SEMUA ITU HANYA UJIAN DI DUNIA
IA ADALAH MAHAR UNTUK KITA KE SYURGA

HASIL NUKILAN,
MAS_95

Saturday, December 24, 2011

Mari Menuntut Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk terus beristiqamah dalam penulisan ini...Hari ini, hari yang paling bahagia buat saya...ALHAMDULILLAH....gembira sangat!!!

ingin saya kongsikan bersama saudara-saudari sekalian mengenai MENUNTUT ILMU....Diadaptasikan dari sahabat saya sendiri...

 karya asal berbentuk MIND MAP

Kata-kata ulama':
"BUAH AKAL            .....     ILMU PENGETAHUAN
 BUAH JIWA             .....     IMAN
 BUAH FIZIKAL       ......     KEMAJUAN


ALANGKAH INDAHNYA JIKA KETIGA-TIGA ITU MELAHIRKAN BUAH DI DALAM KEHIDUPAN..."

Orang yang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalan tetapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana hendak memulihkan kembali kegagalan yang dideritainya....


CHANGE TO


 RESEPI BELAJAR;

-Segumpal kerajinan
-6 ulas keinsafan
-8 kilo doa
-Sepinggan taat setia
-Segenggam cita-cita
-Ditapis angan-angan
-Sekepal kecekalan
-7 helai kasih sayang
-Beberapa hiris nasihat
-Secebis dendam
-Dicincang lumat
-Secawan air mata


Katanya lagi...

YOU NEED TO BE SHINING LIKE MY NAME 'NUR' AND SUCCEED IN EVERYTHING YOU DO BECAUSE MY MOTHER PUT HER TRUST IN MY SECOND NAME, 'NAJIHAH'

Jadi, saya nak ajak semua yang baca blog saya, tambahan yang baru dapat result PMR (kalo terbaca post ni...) jom kita usaha sungguh-sungguh dari sekarang...mungkin ada result kalian yang agak mengecewakan..Jangan rasakan itulah kegagalan hidup kalian.TIDAK SAMA SEKALI!!itu hanyalah PMR..banyak lagi peluang yang boleh kita cari dan dapatkannya...kehidupan kita tetap terus berjalan seperti sedia kala...tidak boleh berulang...teruskanlah dengan semangat yang baru...

Buat kengkawan saya yang bakal kita duduki peperiksaan SPM 2012...sama-sama kita berusaha dari sekarang...tiada yang mustahil untuk berjaya jika kita yakin, percaya dan sentiasa berusaha...bukan untuk diri kita saja, bahkan untuk deen ISLAM jua...
 
Sincere from;
BINTUROSDAN

Tuesday, December 20, 2011

BERSIHKAN JIWAMU DAHULU, PASTI TUHAN MEMBANTU

BERSIHKAN JIWAMU DAHULU, PASTI TUHAN MEMBANTU



Orang yang bersih dan hidup hatinya
Sentiasa rendah diri dengan Allah
Sering saja bersangka baik dengan TuhanNya
Jika mendapat ujian kesusahan, hatinya berkata
'Kerana dosakulah ujian ini datang'
'Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku'
'Moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat'

Tatkala dirinya mendapat nikmat
Dia berasa malu dengan TuhanNya
Kerana berasa dirinya tidak layak
Menerima nikmat itu

Hatinya gelisah
'Apa maksud TuhanNya memberi nikmat itu?'
'Apakah untuk aku bersyukur atau kufur?'
Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara
Kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya

Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya
Dia redha
Sentiasa berbaik sangka dengan TuhanNya
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
Kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana
Mentakdirkan segala sesuatu

Apabila disusahkan orang
Terus teringat akan dosanya
'Kerana dosa akulah, aku disusahkan'
Dia tidak berdendam
Bahkan mendoakan orang itu dengan kebaikan

Nikmat Tuhan disyukuri
Pemberian dan pertolongan orang diingati dan dibalasinya
Hatinya sentiasa cemas dengan kematian
Terasa begitu hampir dengannya
Bila-bila masa sahaja akan dijemput

Dia gelisah dengan dosa
Amal ibadahnya
Terus dilupakan sahaja
Kerana dia tidak tahu
Apakah diterima atau sebaliknya

Kakinya di dunia
Namun hatinya sentiasa bersama Allah
Perasaannya sering memikirkan akhirat
Dan acapkali rindu akan pertemuan dengan TuhanNya

BEGITULAH HATI ORANG YANG BERSIH DAN HIDUP DENGAN TUHANNYA

Nukilan,
~SNAMA95~ 

Monday, December 19, 2011

keajaiban RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR

assalamualaikum..

sering kita ungkapkan doa ini kan???
"RABBI YASSIR WALA TUA'SSIR RABBI THAM-MIM BILKHAIR"

percayalah, doa ini sangat ajaib buat saya...ayah saya sering ingatkan saya dan keluarga supaya jangan lupa membacakan doa ini...pelbagai situasi yang boleh kita gunakan doa ini kan??saya nak kongsi beberapa pengalaman yang dihadapi oleh keluarga saya...

situasi 1: sangat susah mencari tempat letak kereta yang berdekatan dengan SHOPPING COMPLEX kan??
satu hari kami (saya dan keluarga ea..) pergi ALOR STAR MALL..ye la...tengah SALE 
kan...mana tak ramai orangnya...??bila kereta kami meluru masuk ja kat bahagian 
CAR PARKING sambil ayah baca 'RABBI YASSIR WALA TUA'SSIR....'
terus nampak satu kereta nak keluar....
alhamdulillah...Allah yang memudahkan urusan kami..

situasi 2: kakak saya nak cari satu benda yang penting dalam masa yang agak genting...
sangat tertekan..bila
masa yang menekan....pasti kalian pernah merasainya kan??
pastu kakak baca doa 'RABBI YASSIR...'
terus kakak jumpa benda yang dicari....secara automatik!!
saya tak tipu tau!!ni KISAH BENAR!!!cewah!

situasi 3: saya sendiri...waktu menghadapi peperiksaan...mestila ada soalan-soalan yang SUKAR!!!!soalan
-soalan macam ni...selalunya saya akan ketepikan dulu...bila dah habis semua soalan lain
yang saya jawab...baru RETURN pada soalan-soalan yang susah....
ada sekali tu..memang have NO IDEA...macam mana nak jawab..??!!
MASA DAH SUNTUK SANGAT DAH!!!
saya tawakal ja...
memang 'RABBI YASSIR WALA TUA'SSIR...'
otak pon dah macam.....
minda pun...AAAAAAHHHHHH!!!!!!!
TETIBA....
TING!!!!
idea terus datang!!!
apa lagi...jawab la cepat2...
masa ada dalam tiga minit tak silap saya....tulisan pun memang dah elok sangat...
(paham-paham ja lew...)
ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH....
memang seronok sangat bila dapat habiskan jawab soalan tu...
WALAUPUN TAK PASTI JAWAPAN tu BETUL atau TIDAK...
saya dah buat yang terbaik.....

bila result dah keluar...waktu subjek tu...terus saya cari soalan tu dulu...
SANGAT-SANGAT TAK SANGKA...FULL MARK saya dapat...
alhamdulillah...

ketiga-tiga situasi ni sangat membuatkan saya TERuja, TERkesima, TERpegun dan segala TER..TER la....doa tersebut sangat memberi keajaiban pada saya...MIRACLE!!!!jadi, saya nak ajak semua pembaca...semua saudara seislam saya sekalian...jom sama-sama kita amalkan doa ini...yakinlah KEAJAIBAN pasti berlaku kalo kita yakin pada PEMILIK DOA ini...ALLAH TAA'LA....benda yang kita tak percaya ia akan terjadi pun...pasti akan terjadi kalo kita yakin hanya padaNYA!!!INSYA-ALLAH....

Setakat ini dulu perkongsian untuk kali ini...moga dapat memberi manfaat buat semua..wallahua'lam~

Saturday, December 17, 2011

SEKALI AIR BAH, SEKALI TANAH BERUBAH

adopted from : ILUVISLAM

Air? Setiap hari kita pasti meneguknya. Cuma yang berbeza adalah perisa dan warnanya. Bila tekak sudah kembali sejuk, dan dahaga sudah hilang kita sering lupa asal usul air yang diminum itu. Air yang kita teguk itu sebenarnya diturunkan daripada langit sebagai hujan oleh Allah S.W.T kemudian ia melalui pelbagai proses kitaran alam semulajadi untuk kepentingan alam ciptaan-Nya.

Begitulah ciptaan Allah yang serba unik. Sama juga seperti api, air boleh menjadi kawan dan boleh juga membawa kemudaratan pada masa-masa tertentu.

Air yang bersih dijadikan minuman oleh manusia. Air yang kelihatan ringkas tersebut sebenarnya merupakan satu ciptaan yang sangat istimewa buat seluruh alam termasuk manusia. Ia mampu membekalkan oksigen kepada tubuh badan manusia dan menghilangkan rasa haus tekak kita.
Selain itu air juga berfungsi menghidratkan semula tubuh anda setelah bergerak aktif. Air juga berfungsi sebagai laluan untuk pergerakan zat-zat makanan dan ia turut membantu untuk mengangkut sisa-sisa proses kehidupan sel di dalam badan.

Air yang diturunkan oleh Allah S.W.T sebagai hujan pula berfungsi menyuburkan tanam-tanaman dan menjadi minuman untuk haiwan-haiwan. Air yang sedia ada di muka bumi melalui proses penyejatan, lalu ia diturunkan kembali sebagai hujan dan mengalir daripada tempat yang tinggi dan kemudian membentuk sungai yang panjang dan lebar.

Disebabkan air, hidupan laut mempunyai habitat yang sempurna dan boleh bergerak bebas. Di hujung sungai terdapat muara, terbentuk di sebelah pantai yang menjadi kawan kepada lautan. Dengan air juga, wujudnya pulau-pulau yang indah di kelilingi keindahan kebiruan. Kata orang, indah pantai kerana airnya. Tidak akan wujud istilah pantai sekiranya tidak dilengkapi air laut.

Lautan yang luas ini pula menghubungkan satu benua dengan benua yang lain dan menjadi laluan penting untuk manusia berhubung sesama manusia di kawasan lain. Begitulah hikmahnya Allah menjadikan lautan sebagai penghubung, manakala manusia itu berbeza sama sekali paras rupanya.

Air juga boleh berubah sifatnya menjadi ais yang pejal. Allah itu Maha Bijaksana. Dia menjadikan udara yang sejuk agar dapat membekukan air menjadi ais. Dengan adanya ais, air yang panas boleh bertukar menjadi sejuk dan menyegarkan. Ais juga turun dalam bentuk salji di sesetengah kawasan yang ditakdirkan Allah. Salji yang turun menjadikan pemandangan lebih indah dan menarik. Iklim yang sejuk ini juga menjadi habitat kepada penguin dan beruang kutub untuk hidup dan mencari makanan.

Namun, air yang banyak memberikan manfaat ini juga mampu berubah sifat menjadi ganas. Pepatah mengatakan, "Sekali air bah, sekali tanah berubah".

 Contohnya, hujan yang terlalu lebat, akan mengakibatkan banjir kilat dan banjir yang berpanjangan. Air banjir inilah yang telah mampu menenggelamkan seluruh kaum Nabi Nuh A.S yang ingkar pada perintah Allah S.W.T termasuk anak dan isteri baginda pada ketika zaman kenabian baginda dahulu. Pada masa yang sama juga air itu telah menjadi penyelamat kepada orang-orang yang beriman dan Nabi Nuh A.S kerana ia telah melayarkan bahtera Nabi Nuh A.S.

Hari ini, kita telah menyaksikan pelbagai musibah yang Allah S.W.T turunkan melalui air. Musibah-musibah ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita agar usah lalai dan leka dengan dunia sehingga lupa pada Allah Yang Esa. Marilah kita sama-sama berusaha menjadi hamba Allah yang bertaqwa kerana kita telah menyaksikan bagaimana air yang begitu kuat berupa Tsunami mampu menghayutkan dan menenggelamkan Kota Acheh, Kota Muda, Sri Lanka, Fukushima, Miyagi dan lain-lain tempat didunia. Mahukah kita sekiranya Allah menurunkan bala yang sedemikian rupa ke atas negara kita?

Selain itu, salji yang turun dari langit juga mampu mengakibatkan kemudaratan. Salji yang turun tanpa henti dengan lebat boleh menyebabkan cuaca sejuk yang melampau dan ini boleh mengakibatkan kematian dan kemusnahan alam. Salji yang membeku dan terapung di atas permukaan lautan juga boleh menjadi penyebab kepada karamnya sesebuah kapal dan lain-lain lagi.

Lihat, betapa sesuatu yang dianggap kecil mampu memberi impak yang sangat besar kepada seluruh alam baik impak positif mahupun impak negatif. Sungguh, Allah menjadikan sesuatu itu dengan penuh hikmah agar kita berfikir tentang kekuasaan-Nya.

Lihatlah dengan mata hati. Fikirlah dengan Iman dan taqwa. Dengan itu, insya-Allah kita akan beroleh teladan.

"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"- (Surah al-Anbiya ayat 30)

"Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." - (Surah an-Nur ayat 45)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaran-Nya dan kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan) dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya." - (Surah ar-Rum ayat 24)

Thursday, December 15, 2011

s-0-L-u-S-1



Dunia makin racau,
Manusia telanjang tanpa malu,
Sang adil dituduh penipu,
Maksiat itu menjadi perlu,
Oh duniaku!

Maka harus ditanya pada diri,
Apa tugas kita disini?,
Lalu tiada syak lagi,
Kita mesti baikinya kembali!

Tapi semudah itu?
Semudah mengetuk beduk?
Semudah mulut melepas lelah mengucap kata?
Semudah lidah belitmu menipu pada kertas?

Bagi hati yang tahu beratnya amanah ini,
Jiwa suci yang benar faham akibatnya,
Bersiap dengan zirah iman yang tegar,
Berbaris soldadu pada saf yang utuh.

Dan deruan nafas senantiasa ghairah,
Ingin melihat dunia ini damai,
Ghairah ini dipateri kuat pada sanubari,
Api tak mampu cairkannya,
Karat tak mampu gugatnya.

Lantas,
Mereka bekerja,
Mereka bertindak,
Sehabis upaya mereka,
(ku ulang) Sehabis upaya mereka.

Dengan tenaga,
Dan masa,
Dan darah,
Dan harta,
Dan nyawa,
Tertumpu pada satu matlamat.

Biar dihina orang menghina,
Dimaki orang yang memaki,
Mereka tetap keras-tidak berganjak.

Kita?
Ah! Lemparkan ketepi sepatu penakutmu,
Biar berkaki ayam namun biarkan jiwamu bebas,
Sebebas helang di udara,
Tiada rasa takut pada ketinggian.

Dan,
Tempatkan dirimu dalam kelompok mereka.

Yang hati mereka hanya ada Tuhan yang Esa.

Dalam,
Setiap penjuru ruang oksigen hidup.

Itu solusi,
Itu jawapan,
Untuk membaiki dunia kembali.

Tuesday, December 13, 2011

HATI

Assalamualaikum....hari ni saya nak berkongsi satu artikel lain hasil daripada sahabat yang saya kasihi....
Jom BACA!!!

Hati ialah bahagian penting dalam hidup kita.Hati terkenal dengan fungsinya sebagai tempat menyimpan segala rasa.Kita selalu mendengar orang menuduh seseorang itu tiada perasaan.Dan apabila diberitahu kepadanya, mukanya berubah riak.Dia ada perasaan?!MESTI!!Rasa marah, geram dan banyak lagi mereka bercampur menjadi satu.Jadi, ingin ditegaskan di sini, tiada manusia tanpa perasaan.Cuma yang membezakan manusia itu, sama ada dia menunjukkan perasaannya atau tidak.Ada orang yang menzahirkan kasih sayangnya, ada yang tidak.Ada juga yang menonjolkan kemarahannya dan ada juga yang memendam sahaja.Jadi mempunyaiperasaan itu bukannya JENAYAH kerana ianya FITRAH.Cumanya diterjemah atau hanya didiamkan.



Sedar atau tidak, berapa banyak sudah kitamenyalah gunakan fungsi hati?Diakui hati yang melahirkan rasa takut, suka, benci, cinta, marah, geram, sayang dan rindu.Tetapi sejauh mana kita meletakkan perasaan-perasaan itu di tempatnya?Adakah kita takut pada yang selayakNya?Suka pada yang selayakNya?FIKIRKANLAH!Hati itu sendiri mempunyai rasa.Ada masa, hati ingin rasa bahagia.Ada masa ia berduka.Lalu pada kedua-dua situasi ini,ia ingin mengalirkan air mata.Hati terseksa.Tiada siapa yang tahu melainkan PenciptaNya.Lama-lama hati menjadi keras kerana tidak lagi dilembutkan dengan air mata hanya kerana ego tuannya.Hati bertungkus-lumus menyuruh tuannya mengalirkan air mata.Maka apabila air mata telah dilepaskan, hati berasa aman, tenang dan bahagia.



Tuannya mulai sedar,hati juga perlukan perhatian.Dia membelai hati dengan curahan Iman, limpahan Ilmu, zahirkan Amal.Dia mengisi hati dengan ayat-ayat cinta dari Pencipta Hati dan Perasaan.Disimbahi hati dengan peringatan-peringatan berguna dari TuhanNya.Hati rasa terhibur.Hati menjadi peneman setia tuannya hingga akhir hayat.Maka tamatlah fungsi hati.

karya asal
Istimewa dari:
-Hawysan-

*anti mintak ana REWRITE kan??jadi ana REWRITE kat sini...thanks for this articel*

Saturday, December 10, 2011

I GOT IT!!!

alhamdulillah....thanks to Allah....i dont know what to say except

ALHAMDULILLAH-ALHAMDULILLAH-ALHAMDULILLAH

finally i found it!!!YES!!!very happy... it lost about two years ago...last year i didn't use it...i cried when it lost!!so upset..s0 scared if my mom asked me about it....i have no idea...i just SHUT my mouth...didn't tell anybody...but my family include mom know i had lost it...hehehe...

WHEN I FOUND "IT"?
WHAT "IT" THAT I MEAN??
WHY "IT" SO SPECIAL FOR ME???

when i come back from ProCAST camp, my sis gave it to me...she said she found at my mom's room....near the mirror corner...i'm very shocked!!!like that was a dream...you know, its about two years it lost...i didn't expect i can got it back...so amazing!!!

IT IS A WATCH...!!!!
SEIKO 5 WATCH!!
just a picture!!!

on 8th of December 2011...finally i got the watch back!!!ALHAMDULILLAH!!!

Its very special for me!!!!!because it was a present's birthday from my mom...WHEN I WAS FORM 2
( 2009 ) i love it so much..hehehe:)...thanks to my sister...but the IMPORTANT...thanks to Allah...HE hide it...and HE give it...i'll try to keep it safely...BEWARE!!!hekhek....ALHAMDULILLAH....

Thursday, December 8, 2011

BE GOOD TO YOURSELF




Trust yourself. You know what you want and need.

Put yourself first. You can't be anything for anybody else unless you take care of yourself.

Let your feelings be known. They are important.Express your opinions. It's good to hear yourself talk.

Value your thinking. You do it well. Take the time and space you need. Even if other people are wanting something from you.

When you need something, don't talk yourself out of it. Even if you can't have it, it's ok to need.When you are scared, let someone know. Isolating yourself when you're scared makes it worse.


When you feel like running away, let yourself feel the scare. Think about what you fear will happen and decide what you need to do. When you're angry, let yourself feel the anger.

Decide what you want to do. Just feel it, express it, or take some action. When you're sad, think about what would be comforting.

When you're hurt, tell the person who hurt you. Keeping it inside makes it grow. When you have work to do and you don't want to do it, decide what really needs to be done and what can wait.

When you want something from someone else, ask. You'll be okay if they say no. Asking is being true to yourself. When you need help, ask. Trust people to say no if they don't want to give.

When people turn you down, it usually has to do with them, and not with you. Ask someone else for what you need. When you feel alone, know there are people who want to be with you. Fantasize what it would be like to be with each of them. Decide if you want to make that happen.

 When you feel anxious, let yourself know that in your head. You've moved into the future to something scaryand your body has gotten up the energy for it. Come back to the present. When you want to say something loving to someone, go ahead. Expressing your feeling is not a commitment

 When someone yells at you, physically support yourself by relaxing into your chair or putting your feet firmly on the floor. Remember to breathe. Think about the message they are trying to get across to you.

 When you're harassing yourself, stop. You do it when you need something. Figure out what you need and get it. When everything seems wrong, you are overwhelmed and need some comforting. Ask for it. Afterwards, you can think about what you need to do.

Friday, December 2, 2011

AKHIRAT

Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillah..Masih lagi Allah memberi peluang kepada saya untuk berkongsi rasa, berbual bicara....Segala-gala yang terjadi pada diri saya dan kalian semua adalah dengan izinNya..Selawat dan salam buat KEKASIHNYA yang tercinta,Rasulullah SAW...Hadirnya baginda menyampaikan berita gembira iaitu ISLAM...alhamdulillah..sama-sama dapat kita merasai nikmat ISLAM itu dalam kehidupan.Berdoalah pada Yang Esa dapat kita bertemu sua dengan baginda dan Dia...insya-Allah...amin~

AKHIRAT??kalian semua percaya tak adanya Hari Akhirat tu?atau mulut saja yang mengatakan "YA SAYA PERCAYA" tapi hati berkata "BETUL KE ADA AKHIRAT???"ragu-ragu..waktu saya tadika dulu..saya belajar nama-nama malaikat...apa tugas-tugas mereka...tapi hanya sekadar hafal la...sebab tak nampak,jadi bila cikgu cakap "MALAIKAT MALIK tu GARANG SANGAT!!!"saya tak rasa takut pun...budak lagi namanya...

Janji Allah itu PASTI kan???

"Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu pasti datang dan kamu sekali-kali tidak mampu melepaskan diri"
SURAH AL-AN'AM:134

Dalam Al-Furqan,banyak sangat nas-nas Allah yang menyebut tentang akhirat.SYURGA, NERAKA, HARI PEMBALASAN.....Allah dah sebut semua tu dalam Al-Quran...Maka,percayalah kita bahawa AKHIRAT itu suatu yang pasti berlaku!Dunia ini hanya tempat persinggahan kita untuk memenuhi bekalan untuk AKHIRAT...

AD-DUNYA MAZRA'ATIL AKHIRAH



Saya petik salah satu ayat dalam Al-Quran.....Kalian semua boleh rujuk dalam Surah Ar-Rum ayat 11 dan 12:
"Allah yang memulakan penciptaan (makhluk) kemudian mengulanginya kembali kemudian kepadaNya kamu dikembalikan.-11-"
"Dan pada hari ketika terjadi Hari Kiamat, orang-orang yang berdosa (kaum musyrik) terdiam berputus asa.-12-" 

Sesiapa di kalangan kita yang tidak percaya akan adanya YAUMUL AKHIRAH itu,maka sudah tentulah imannya goyah...Bukankah PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT merupakan salah satu rukun iman??
  • Pecaya kepada Allah
  • Percaya kepada Malaikat
  • Percaya kepada Kitab
  • Percaya kepada Rasul
  • Percaya kepada Hari Kiamat
  • Percaya kepada Qada' dan Qadar
Yakinlah kita akan tibanya hari di mana menentukan kita dapat memasuki gerbang syurga atau sebaliknya..Kita hanyalah hambaNya...Tak layak untuk kita bermegah-megah di dunia ini...Sia-sia saja perbuatan tersebut..Kembalilah kita kepada RABBUL A'LAMIN...Jauhilah diri kita dari melakukan perkara-perkara mungkar...Elakkan diri kita dari dicatit oleh Malaikat A'tid sebagai kesalahan melakukan dosa...

 DUNIA AKAN MATI,AKHIRAT ITU PASTI!!!
 
Renungilah ayat-ayat Allah...bagaimana Dia menceritakan seksanya API NERAKA itu dan bahagianya di ALAM SYURGA...banyak sungguh dosa-dosa kita kan??Hapuskanlah dosa-dosa kecil kita dengan mengambil wudhu' yang sempurna, sentiasa beristighfar...Jangan pandang remeh terhadap dosa-dosa kecil...Ia boleh menyebabkan menjadi DOSA BESAR jika kita sering melakukannya...

Sekadar ini dahulu perkongsian saya...Sama-sama kita mengejar TAQWA..untuk mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah...Biarlah di dunia kita dipandang hina tetapi sangat mulia di pandangan Ilahi...seperti  TABIIN UWAIS AL-QARNI...insya-Allah...Yang lemah,harap dimaafi dan dibetulkan...Semoga ini juga dikira amalan yang memberatkan timbangan kebaikan kita di YAUMUL QIAMAH...

WALLAHUA'LAM...

Wednesday, November 30, 2011

HANYA HAMBA HINA



Andai dia dicipta dari cahaya
Pastilah dia digelar 
MALAIKAT

Andai dia dicipta dari api
Mestilah dia menjadi
SYAITAN

Andai dia dicipta tanpa akal
Moleklah dia dipanggil
BINATANG

Andai dia dicipta menjadi
BATU
Benarlah sifatnya keras

Andai dia dicipta menjadi
MATAHARI
Wajarlah dia bercirikan panas

Andai dia dicipta sebagai
TUMBUH-TUMBUHAN
Memanglah akannya mengeluarkan oksigen
Untuk kebaikan dunia sejagat

NAMUN...
Dia hanya hamba
Hamba Ilahi yang hina
Tak mampu berdiri tanpa kuasaNya
Tak mampu berfikir melainkan izinNya
Tak mampu mengenal apa itu Ad-Deen tanpa hidayahNya
Tak mampu merasai apa itu cinta kecuali dengan rahimNya

Mengapa mereka suka memandang hina pabila
dia melakukan kesalahan??
Menunding segala kesilapan ke arahnya??
Menghebahkan kekhilafannya??
Mereka pun ada melakukan dosa
Pernah melakukan kesalahan

Mengapa mereka suka dia dicaci??
Sedangkan dia sedang berusaha kembali kepadaNya!
Dia bangkit tanpa bantuan mereka
Mengapa masih membencinya??
Layakkah mereka menghinanya??

Bukankah mereka juga ciptaan sama sepertinya??
Dicipta dari tanah dan air mani yang hina
Digelar jua MANUSIA

Pantaskah mereka menjauhinya??
Seakan-akan jijiknya dia bak bangkai di tepian
Patutkah mereka membiarkannya??
Terkapai-kapai melawan arus jahiliyyah yang nyata
Mengapa mereka masih begitu rupa??
Seperti yakin dapat mencium haruman syurga

Sunday, November 27, 2011

KHAS BUAT TEMAN-TEMAN



WALAUPUN LAGU NI CAM  TAK SYARA'...TAPI LAGU NI KHAS UNTUK SAHABAT-SAHABAT SOFEA YANG KENAL BETUL-BETUL SIAPA SOFEA MAHUPUN TAK...ANGGAPLA NI HADIAH UKHWAH SOFEA BUAT KALIAN..KHASNYA UNTUK GENERASI 18_MATRI...YANG PINDAH MAHUPUN YANG MASIH BERGELAR "PELAJAR MATRI"
ENJOY HEARING~


Get More Islamic Testi Here!


salam sayang,
SOFEA QISTINA a.k.a _ _ _    _ _ _ _ _ _

Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah 1433

Get More Islamic Testi Here!

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu'minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu'min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu'min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya."
(Riwayat Muslim)
Perjuangan melawan kemungkaran adalah menjadi dasar utama para nabi dan orang-orang yang beriman. Nabi Muhammad saw, seperti halnya nabi-nabi sebelumnya, menghadapi berbagai kesukaran sepanjang hidup baginda. Baginda berkorban meninggalkan harta dan berhijrah ke Madinah demi kelangsungan dakwah Islam.

Ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud :"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218)

Sebagai balasan atas pengorbanan tersebut, Allah memberikan khabar gembira dengan limpahan kebaikan dan rezeki di dunia. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100)

Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman sama sekali tidak merasa takut atau gementar apabila menghadapi musuh. Semuanya adalah kerana keyakinan pada Allah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang benar seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya, 'Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah: 40)





إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)

maaf...ni COPY PASTE ja dari iluvislam...tak sempat nak menaip...SALAM MAAL HIJRAH 1433....

Thursday, November 24, 2011

CINTA REMAJA

Bismillah...alhamdulillah..
hari ni,saya nak kongsi satu artikel yang dicipta khas dari sahabat saya...^_*

 karya asal


'BERCINTA DI ALAM PERSEKOLAHAN ADALAH SATU PERKARA YANG SEMAKIN MENULAR DI ZAMAN KINI.CINTA ADALAH ANUGERAH ALLAH,NAMUN JANGAN MENCEMARKAN CINTA DENGAN SYAHWAT DAN NAFSU"

Percayalah,seseorang itu akan melakukan segalanya seandainya perasaan kasih dan cinta sudah bersemadi dalam jiwanya.Hingga sanggup membelah badai, menongkah arus,mencantas ribut dan memagar beliung demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kekasih.

Bolehkah kita mengelakkan hati kita daripada syahwat LELAKI @ PEREMPUAN apabila kita sudah mengikat cinta?Adakah cinta kita boleh menambahkan kecintaankita kepada ALLAH?Atau lebih melalaikan kita daripadaNya?Bagaimana pula pelajaran kita?

Banyak persoalan dan tanggungjawab yang perlu kita fikirkan.Nasihat saya, lebih baik "FOKUSKAN" dahulu terhadap pelajaran dan pendidikan di sekolah yang lebih menjamin masa hadapa.Perjalanan remaja masih panjang dan penuh dengan ranjau dan duri.Jangan lalaikan diri kita dengan cinta terlarang dan 'CINTA MONYET' yang tidak berkesudahan.Bercintalah dengan ILMU,bertunanglah dengan BUKU dan berkahwinlah dengan KEJAYAAN.

 "ORANG YANG MELAKUKAN DOSA AKAN RESAH KERANA SENTIASA DIBURU RASA BERSALAH,BUKAN SAHAJA KEPADA ALLAH TETAPI KEPADA DIRI-SENDIRI"

Sememangnya perasaan cinta sukar dikawal tetapi percayalah, dengan doa kepada Maha Pencipta dan tekad yang ada dalam diri,Insya-Allah dengan izinNya ia bukanlah sesukar mana.Lihatlah harapan yang diletakkan ke bahu kita oleh IBU BAPA yang telah membesarkan kita..



WALLAHUA'LAM~

RAS_95

Tuesday, November 22, 2011

UWAIS AL-QARNI

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.
Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.

Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.

Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...

Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.
Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.

Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:

"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."

Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.

Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.

Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.

Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.

Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?

Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.
Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.

Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"

Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,

"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."

Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.

Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.

Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.

Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.

"Engkau harus lekas pulang."

Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.
Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.

Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.

Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya." 

Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:

"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."

Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.

Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.

Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.

Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.

Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.

Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,

"Siapakah nama saudara?"

"Abdullah." Jawab Uwais.

Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,

"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"

Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.

Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."

Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,
"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."

Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,

"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.

Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.

Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.

Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.

"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,

"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"

Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
"Apa yang terjadi?"
"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.
"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.
"Kami telah melakukannya."
"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"

Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami,

"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."
"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.
"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."
"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.
"Ya!" Jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.

Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,

"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."

(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)

Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"

"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."

Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.

"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."

Sunday, November 20, 2011

BERWASPADA TERHADAP DUA PERKARA-2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Insya-Allah hari ni saya akan sambung pada JANGAN PANJANG ANGAN-ANGAN
Tanya diri kita kenapa Rasulullah SAW tak benarkan kita pangjang angan-angan?mesti ada sebab-musabab yang akan melemahkan jati diri kita..

Sifat panjang angan-angan ini merupakan suatu perbuatan yang sia-sia...KENAPA?sebab bila panjang sangat angan-angan kita...mesti kita tidak bergerak..macam mana nak majukan diri?kalo angan-angan saja yang tinggi...tapi usaha yang dilakukan hanya sekecil semut.



Sifat ini juga berkait rapat dengan sifat suka menangguh-nagguhkan sesuatu pekerjaan..TAK PERCAYA?jom kita lihat contoh yang paling berkesan,insya-Allah..:)sebagai contoh,diri saya sendiri..masih memakai baju uniform sekolah..masih memegang gelaran "STUDENT"...masih MUDA(ehem2...tapi tahun depan paling TUA!!tak termasuk Tingkatan 6 yea..hekhek~)mestila ada cita-cita yang saya nak capai..macam kawan-kawan saya yang lain...

Insya-Allah tahun 2012(.....tahun depanla....)saya bakal duduki Peperiksaan SPM..kalo saya tak PULUN dari sekarang,masih goyang kaki,masih buka rancangan-rancangan yang tak berfaedah di kaca TV,masih berCHATTING-CHATTING berjam-jam...masih makan tidur makan tidur...macam mana saya nak berjaya??walaupun saya bercita-cita nak jadi seorang AKAUNTAN<hanya contoh..,tapi kalo Allah nak bagi jadi,alhamdulillah...>ANGAN-ANGAN ja lebih..usaha tak sampai pun tahap yang nak dicapai...mesti tak akan dapat capai punya cita-cita tu...

Jadi,tak payah la panjang sangat angan-angan tu...kalo kita cakap kita sayang Rasulullah,elakkanla dari melakukan perbuatan yang baginda tak suka...

POST kali ni,sikit ja...tapi harap ia memberi manfaat buat semua...insyaAllah...

Thursday, November 17, 2011

BERWASPADA TERHADAP DUA PERKARA-1

Rasulullah SAW bersabda:
"Dalam banyak-banyak perkara yang aku bimbangi berlaku kepada umatku ialah perbuatan menurut hawa nafsu dan panjang angan-angan"

alhamdulillah...sudah lama saya tidak menarikan jari-jemari saya untuk berkongsi sesuatu yang boleh meningkatkan iman kita...insya-Allah..terusik di hati untuk saya berkongsi SUATU PERKARA yang sering kita lakukan tetapi sebenarnya tidak menjamin apa-apa terhadap diri kita..

sebelum saya mengetengahkan topik ini,saya ingin mengajak diri saya dan kalian semua beristighfar 7x terlebih dahulu...

sudah lama sebenarnya saya tidak beristighfar...terasa hati ini sangat kotor!!jijik!!
(YA ALLAH, ampunilah dosa-dosaku..amin)entah kenapa hati ini tidak tenteram..

OK,insya-Allah balik pada topik asal,baru saja saya membaca BUKU TUNDUKKAN HATI..Dalam Subtopik 4(Jangan ikut hawa nafsu,Jangan panjang angan-angan),penulis menjelaskan bahawa Rasulullah SAW sangat mengkhuatiri umatnya yang suka menurut hawa nafsu dan panjang angan-angannya..untuk POST kali ini saya hanya akan berkongsi mengenai MENURUT HAWA NAFSU...

Perbuatan menurut hawa nafsu ini menyebabkan manusia berada dalam kesesatan.Mereka sering melakukan perkara yang dilarang Allah dan meninggalkan perintahNya..Kenapa hal sebegini boleh terjadi?Sebagai contoh, dalam dunia realiti hari ini, rata-rata manusia meminati DRAMA KOREA dan JEPUN...Mereka terlalu mencintai para artis ini sehinggakan mereka mengikut,meniru atau COPY PASTE cara kehidupan artis-artis tersebut.Adakah yang membaca sekarang ini tergolong dalam mereka yang sedang merugikan diri mereka sendiri?

Bukan saya menghalang kalian semua menonton drama-drama atau MOVIE-MOVIE seperti ini.Andai cerita-cerita itu boleh mengingatkan kita kepada Sang Pencipta,teruskanlah.Tetapi jika kita sudah mengikut cara pakaian mereka,boleh menari seperti mereka, style rambut mereka,UBAHLAH..jika kita hanya menurut hawa nafsu semata,binasalah akhirat kita..Tak salah jika menonton sekali-sekala,tapi ada ka orang akan berhenti menonton selagi tak habis sampai EPISODE AKHIR,betul tak?(saya tahu la,dulu pun saya FANATIC dengan mende2 nih...)



Salah satu sifat mereka yang suka menurut hawa nafsu ialah sikap MALAS!malas berusaha...suka menangguh-nangguhkan sesuatu pekerjaan..Bagaimana hendak menarik perhatian Allah kepada kita andai sifat kita sendiri sudah membuktikan kita mempunyai ciri-ciri yang dimurkai Allah?



Ambil semula contoh di atas,disebabkan TERGILA-GILAKAN KOREA/JEPUN(maaf sesiapa yang terasa),
SOLAT LEWAT,MANDI LEWAT,BACA AL-QURAN mungkin baca atau tak baca langsung,MASA MAKAN tak tetap,KERJA SEKOLAH TERTANGGUH.....apa lagi kesan-kesan jika kita terlalu menurut perintah hawa nafsu tu?banyak kan?sekiranya ibu kita meminta tolong,mesti akan jawab, 

"JAP BU...","LIMA MINIT LIMA MINIT","JAP JAP...NAK HABIS DAH NI..."

andainya ungkapan-ungkapan seperti ini yang kita ungkapkan,muhasabahlah kembali...takut kita menjadi ANAK DERHAKA...na'uzubillah...

Sebelum saya merehatkan jari-jemari ini,ingin saya memetik satu kata-kata daripada BUKU KUNCI KEJAYAAN MINDA,Dr Aidh Abdullah Al-Qarni,

KELMARIN sudah berlalu,
HARI INI sedang berjalan,
ESOK belum tiba.
Maka gunakanlah kesempatan 
HARI INI kerana kesempatan itu
ialah HARTA YANG TERPENDAM.

Saturday, November 12, 2011

1 SOALAN,10 JAWAPAN

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk menaip bagi mengUPDATE blog ini..
Ingin saya kongsikan bersama saudara-saudari sekalian mengenai suatu topik YANG......Saya amat suka topik ini..

Oleh sebab itu, saya membuat kajian ( SURVEY ) kepada 11 orang sahabat-sahabat saya yang terpilih..Untuk pengetahuan kalian semua, saya memberi SMS kepada mereka sebelum saya tidur semalam..Pagi ni, apabila mata dibuka,sebelum melihat jam pada skrin HANDPHONE..Ini yang saya lihat dulu..

(hanya gambar hiasan,bukan HANDPHONE saya nihh...^_*)


 saya mendapat _ _ MESSAGES..tapi tak semua yang jawab pertanyaan saya tu..ada yang tak REPLY sampai sekarang..ada yang balas MESSAGE yang sama sampai tiga kali(cukup 1 jawapan ye..tak perlu ulang MESSAGE..*_^)ada yang baru balas hari ini.. malah ada yang TANYA saya pulak...SOALAN DIBALAS DENGAN JAWAPAN la....ni SOALAN DIBALAS DENGAN SOALAN pulak..&_& tapi kadang-kadang soalan perlu dibalas dengan soalan juga kan??tak pa..tak pa..saya terima...

saya kasi soalan yang berbunyi begini,
 Apa nak jawab bila orang tanya,
'KAU BAHAGIA TAK DENGAN KEHIDUPAN SEKARANG INI?,
JAWAB SEJUJUR-JUJURNYA'

sebab tu TITLE saya kat atas tu...1 SOALAN 10 JAWAPAN...nak tahu apa diorang balas???jom baca!!!

1st message: Well, klau lifestyle yg 'solehah'...Alhmdlilah bhagia....Y?

2nd message: Bahagia?herm..Siape yg betnye?

3rd message: Jwb la bahagia...knpe? 
 
4th message: Kdg2 ye kdg2 x.lumrah khidupn

5th message:  Wallahua'lam bissowab...kta xkn bhgia slagi x dpt apa yg kta plg ignkn dlm hdup ni

6th message: 50 bhgia 50 mrana...Y?

7th message: Not realy

8th message:  Bahagia bla ada Allah dlm hati,bla tk rsa prsaan tu,hidup mmg tk tng..sbb tkda prgntgn kt Allah..jka Allah bri ujian sbrt mna pn,jka dltkkn yg terats, hidup pasti lbh bermakna.........(message tambahan..PRIVATE!!)

9th message: Ha!Sapa tanya?

10th message: Klu ana la, ana akn jwb..."Kebahagiaan e2 ad plbg tafsiran.Bgku hdupku bahagia..."Tak kan nak hebohkn kat org prob we r facing..Pelek lah question 2..

(mesej ke 9 dan 10 adalah orang yang sama..harap maklum) 

11th message: Ya...Kalau...Kalau...Ada IMan sbagai pembimbing dn ISlam sebagai deen

12th message:  Of course la (nama SI PENGIRIM) jwb bhgia...Sbb b'ada dlm nikmat t'besar iaitu nikmat iman dn Islam

Ni la antara balasan-balasan SMS dari mereka yang saya sayang!!!sebenarnya ada lagi SMS-SMS yang berlanjutan mengenai soalan ni..tapi biarkanlah yea...



















Sekiranya saya beri soalan yang sama kepada kalian yang belum menerima soalan ini lagi daripada saya,apakah agaknya jawapan kalian ya??

Saya amat tertarik dengan jawapan MESSAGE-8...yang lain saya terima jugak...tapi saya amat tertarik dengan kata-katanya yang menyentuh jiwa saya...(bagi saya..bagi anda,...TERSERAH!!)

Bahagia apabila ada Allah dalam hati,apabila tak terasa perasaan itu,hidup memang tidak tenang..sebab tiada pergantungan kepada Allah..jika Allah beri ujian seberat mana pun,jika diletakkan yang teratas, hidup pasti lebih bermakna........

Saya setuju dengan pengirim ni...pabila kita letak yang paling utama di tempat yang paling utama (faham ke tak nih???),iaitu ALLAH TA'ALA..sudah pasti kehidupan akan bahagia walau perit untuk kita hadapinya...

Rasulullah SAW pernah bersabda...

 "Amat menakjubkan kehidupan orang mukmin seluruh urusannya membawa kebaikan.Sekiranya dia mendapat kegembiraan,dia bersyukur, maka dia mendapat kebaikan.Sekiranya dia ditimpa kesusahan dari ujian dan bencana, dia bersabar, dia bersabar.Maka dia mendapat kebaikan.Mukmin sahaja yang dapat merasai keadaan ini."

Justeru,pilihlah jalan yang pengakhirannya mendapat kebahagiaan di DUNIA dan AKHIRAT....Bak kata senior saya..THE CHOICE IS IN YOUR HAND..Jika mahu kehidupan yang bahagia selamanya..maka bahagialah kehidupan kita selamanya,INSYA-ALLAH...Jika kita ingin memilih jalan yang bahagia sementara,maka dapatlah apa yang kita impikan di dunia..


Get More Islamic Testi Here!