.....

Sunday, January 1, 2012

THANK YOU ALLAH..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Assalamualaikum wbt...

alhamdulillah...syukur pada Allah...dapat juga kita menghirup oksigen dalam tahun 2012 yang baru ini...
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW dan para sahabat..

kita baru mengorak langkah dalam tahun baru, hari baru, tarikh baru dan segala-galanya BARU...tetapi jangan dilupakan jua untuk memperbaharui IMAN kita...niat kita...HDA kita...dan semualah lah..

jalan menuju ke syurga ni bukan seperti gambar di bawah:


ditaburi dengan bunga-bunga mewangi...senanglah semua orang nak masuk syurga kan??tapi Allah itu Maha Adil...Dia nak tengok siapa hamba-hambaNya yang betul-betul taat pada perintahNya...Dia sediakan pelbagai jenis ujian...ada yang mudah, sederhana, susah...


mesti ada halangan dan rintangannya...kan??
"BUKAN MUDAH NAK SENANG, BUKAN PAYAH NAK SUSAH"
jadi, biarlah tahun 2012 yang baru saja menjelma ni, kita penuhi dengan perkara-perkara yang Allah sukai, Allah sayangi...biarlah manusia tak suka, asalkan Allah suka...ada satu kata-kata saya petik dari blog seseorang...(mintak izin yea tuannye nak cilok AYAT...terima kasih..:) )
“Daripada kita berazam untuk tambah amalan, lebih baik berazam meninggalkan keburukan.. apalah gunanya kita tambah amalan sunat banyak2, sedang maksiat turut seiring..
sama-sama kita perbaiki diri...untuk lebih maju pada tahun 2012 ini... 
TAKMIL-WA ISTIKMAL...
saya bukanlah malaikat yang SIFAR dosanya...saya hanya manusia biasa yang dicipta dari air mani yang hina, darah,tanah dan sebagainya...saya juga punya dosa...
kita cuba untuk tarik perhatian Allah dengan perlbagai amalan-amalan kebaikan yea...

rasanya setakat ini dulu dari saya...bersyukurlah kita masih boleh menikmati NIKMAT IMAN dan ISLAM dalam kehidupan seharian kita, insya-Allah...

maaf andai ada bait-bait di atas tersinggung mana-mana hati...moga Allah ampunkan dosa saya dan kalian(AMIN...:) )
doakan saya dalam meleyari kehidupan yang entah berbaki berapa hari, bulan, tahun.....
wallahua'lam~

~salam tahun baru 2012~