.....

Friday, December 30, 2011

LOVE is CINTA



cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula...

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahgia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa merawat luka
damai di jiwa

terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan pula kerana bercinta
kita pun leka entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi
cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cinta kan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan



PERSOLAN: 

APAKAH TUJUAN KITA DICIPTAKAN DI DUNIA INI??
ADAKAH KELAKUAN KITA INI DIREDHAI OLEH ALLAH DAN RASULULLAH SAW
SETELAH BAGINDA MEMPERJUANGKAN ISLAM BERSAMA PARA SAHABAT???

FIKIRKANLAH.....

"Perumpamaan seperti sebatang pensel dicipta untuk menulis, tetapi apabila digunakan untuk membaling dan mengetuk-ngetuk, nescaya pensel itu akan patah dan rosak.Serta kemungkinan tidak boleh digunakan lagi...Begitulah juga dengan diri kita yang diciptakan untuk menghambakan diri kepada Allah, tetapi apabila kita melakukan perkara yang songsang, nescaya KITA akan rosak(rugi)"
Rasa cinta adalah satu anugerah Tuhan pada hambaNya, kerananya manusia sanggup apa saja asalkan dia memiliki apa yang dicinta.Cinta juga merupakan fitrah kepada setiap manusia sama ada tua mahupun muda.Sifat cinta ini semestinya adalah sifat yang baik dan ia juga memberi manfaat kepada setiap mereka yang merasainya.

Apabila sifat cinta ini dikawal oleh nafsu dan didorong oleh syaitan, maka hilanglah sifat kesucian cinta itu.Apabila hilang kesucian itu, maka ia membawa dorongan kepada maksiat.Jika sifat cinta yang suci ini dikawal oleh iman dan didorong oleh taqwa, insya-Allah Allah akan memberi petunjuk dan mendapat kebahagiaan di dalam jiwa mereka yang memilikinya.

'Rasa cinta adalah satu anugerah Tuhan pada hambaNya
Kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicinta
................

Tetapi pastikah cintamu dihargai
Setelah kau serahkan jiwa dan ragamu
Mungkinkah si dia kan tetap setia
.....................'

BENARLAH CINTA YANG MELALAIKAN
TANPA DIFIKIRKAN BATAS SYARIATNYA
SEMUA ITU HANYA UJIAN DI DUNIA
IA ADALAH MAHAR UNTUK KITA KE SYURGA

HASIL NUKILAN,
MAS_95

6 comments:

  1. Assalamualaikum wbt,

    Wah, mantaplah sofea.. K.fatin suka sangat2..
    Ya, cinta yang sici itu adalah cinta yang tidak dinodai dgn dosa.. =)

    Mg kita mampu memperoleh cinta yang HAKIKI.. ^_^
    Teruskan berkarya, tapi pelajaran jgn diabaikan ya dik.. (",)

    Sayang sofea fillah.. =)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  2. Askm...

    perkongsian yg best!! alhmdllah.. kte suke post nie.. semoga kita sama2 berusaha utk mencapai cinta ILAHI..
    AMIN..

    wassalam..

    ReplyDelete
  3. to Hikarime Seiko...

    alhamdulillah....our friend's creativity...

    ReplyDelete
  4. to wafa zinnirah92...

    waalaikumussalam...

    saya tak abaikan insya-Allah pelajaran...sebab dengan menulis ni pun...banyak jugak idea-idea yang datang(walaupun ada yang karya kengkawan) rasa macam buat karangan pun ada...

    semoga kita semua mendapat CINTA yang HAKIKI...moga Allah mempertemukan kita tak di dunia...insya-Allah di akhirat kelak...

    uhibbuki fillah,la tansani fi du'aiki...

    ReplyDelete
  5. to anonymous...

    wa'alaikumussalam..

    simpan dan sebarkanlah yang mana mendatangkan kebaikan kepada kamu...

    buang dan jauhilah perkara-perkara yang Allah murkai...

    ReplyDelete