.....

Tuesday, March 13, 2012

ARE YOU A MUSLIM??




JIKA benar anda adalah MUSLIM,buktikan!!

ramai manusia hari ini mengaku Islam hanya pada IC...(identity card) ramai manusia hari ini mengamalkan sikit-sikit saja apa yang dituntut syariat...adakah benar anda REAL MUSLIM???jika hanya setakat nak ambil yang wajib ataupun yang mana kita suka...(ikut kata hati),itu bukan menunjukkan kita MUSLIM SEJATI..

LA ILAHAILLAH MUHAMMAD RASULULLAH

lafaz tersebut menjelaskan kita bahawa tiada siapa yang kita berharap...bergantung,memohon perlindungan mahupun pertolongan melainkan ALLAH SWT...ini bermakna kita sudah berjanji dengan Allah kita akan menurut segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya...Dia adalah segala-galanya..bukan BOYFRIEND/GIRLFRIEND yang sering dipuja-puja pada saat ini..

Kenapa nak ambil orang lain sebagai ROLE MODEL???Rasulullah SAW memang kita ketahui bahawa AKHLAK baginda adalah AL-QURAN...

Saidatina Aishah RA berkata yang bermaksud
" AKHLAK RASULULLAH ADALAH AL-QURAN"

kenapa masih suka untuk mencari MANUSIA yang tak bermoral sebagai contoh ikutan kita??Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya..
"Sesiapa yang mengikut sunnahKu,dia adalah dari kalangan ummatKu,dan sesiapa yang mengingkari sunnahKu maka dia bukanlah dari golongan ummatKu"
 Cuba kita fikir sejenak, jika kita fanatic sangat dengan sekumpulan manusia yang melanggar sunnah Rasulullah bahkan tidak mengaku Allah sebagai ILAH,adakah kita tergolong dalam ummat baginda??renung-renungkan dan fikirkanlah...Moga kita termasuk dalam mereka yang beiman,beramal soleh,berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran..sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al-Asr:
"DEMI MASA.SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN KECUALI MEREKA YANG BERIMAN,BERAMAL SOLEH,BERPESAN-PESAN KEPADA KEBENARAN DAN BERPESAN-PESAN KEPADA KESABARAN"
 Rasulullah SAW ada bersabda lagi...
"Aku tinggalkan dua perkara supaya kamu tidak sesat iaitu KITAB ALLAH(AL-QURAN) dan SUNNAHKU"
Jika benar kita MUSLIM,berpegang teguhlah pada ajaran Allah dan sunnah Rasulullah SAW...Hiasilah kehidupan kita dengan melakukan perkara yang disuruh olehNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya..Buktikan kita adalah MUSLIM!

Bawalah ISLAM ke mana saja kita pergi kerana ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG TINGGI DARINYA...Moga kita beserta dengan Rasulullah,para sahabat dan orang-orang soleh di akhirat nanti..Dalamilah sirah-sirah terdahulu agar hati kita sentiasa subur dengan keimanan dan tertingkatnya kerinduan kita kepada Rasulullah...

PERBAIKI DIRI dan AJAKLAH ORANG LAIN...
Tidak rugi pun kita mengajak orang melakukan kebaikan malah ia menjadi saham kepada kita di akhirat kelak...insyaAllah...

Allah juga menyuruh kita mempersiapkan diri agar tidak sesat...mempersiapkan diri dengan ILMU...sebab itulah MENUNTUT ILMU ITU WAJIB KE ATAS SETIAP MUSLIM....

Dalam Surah Al-Maidah:105 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang beriman!Jagalah dirimu kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakanmu apabila kamu telah mendapat petunjuk.Hanya kepada Allah kamu semua akan kembali, kemudian Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan"
 Suka saya ulang ayat di atas,
JIKA KAMU ADALAH MUSLIM SEJATI, BUKTIKAN!!!

Monday, March 12, 2012

SIKAP MUKMIN SEBENAR

Sikap orang mukmin yang benar
 


 

1.Kenapa aku diuji?
 
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: ‘kami telah beriman’, sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang  yang dusta.” (QS Al-Ankabut: 2-3)

 2.Kenapa tidak beroleh yang aku harapkan?

 “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia sangat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia sangat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (QS Al-Baqarah: 216)
 
 3. Kenapa aku diuji seberat ini?

 Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan  kesanggupannya.” (QS Al-Baqarah: 286)
 
 4. Aku rasa kecewa…
 
 “Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman.” (QS Ali-Imran :139)
 
 5. Bagaimana sebaik cara aku menghadapinya?
 
 “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan) serta bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (QS Ali-Imran: 200)
 

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, kerana sesungguhnya solat itu sangatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (QS Al-Baqarah: 45)
 
 6. Apakah yang aku peroleh daripada semua ini?
 
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (QS At-Taubah: 111)

 7.  Kepada siapa patut aku berharap?
 
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.” (QS At-Taubah:129)
 


 

 8.  Aku tidak dapat bertahan lagi…
 
 “…dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (QS Yusuf: 12)

I WANNA GO THERE!!!


Ya Allah...
rindunya nak ke sana...
tahun ni kawan saya ramai jadi tetamu Allah..
cemburu sangat!!!
bila lagi saya boleh pergi????

Sesapa yang ke sana...
tolong doakan saya...
untuk menjadi tetamu Dia suatu hari nanti...
kirim salam pada Rasulullah SAW...

.................................................................................

Sunday, March 11, 2012

ALHAMDULILLAH....

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah...Allah masih meminjamkan mata untuk melihat,meminjamkan tangan untuk menaip,meminjamkan akal untuk berfikir...alhamdulillah....syukur padaMu Ya Allah...Kau masih memberi pelbagai nikmat untukku terus bergantung harap hanya padaMu....

cuti yang Allah beri pada saya dan rakan-rakan yang lain sangat berharga...saya sangat menghargainya kali ini  sebab...sebelum-sebelum ni...cuti saya penuh dengan RELAX...tak perlu kalot-kalot nak buat sesuatu perkara...tetapi kali ni, Allah memberi saya sedikit kesibukan dalam menjayakan satu rehlah yang bakal berlangsung nanti...

terus terang saya katakan, saya bukanlah dari kalangan mereka-meraka yang bergerak aktif dalam mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh satu badan NGO,HALUAN...sehinggakan ramai kawan saya tak percaya saya tak pernah sertai satu kem ni(KMK)...kem ni diadakan pada tiap-tiap tahun...dalam satu tahun, 2 kali kem ni akan berlangsung...tapi saya tak pernah pergi...hebatkan??

cuti kali ini,Allah izin saya terlibat dalam satu rehlah...perlu mencari fasilitator di kalangan kawan sendiri,senior-senior dan peserta di kalangan tingkatan 1-tingkatan 6...memang susah pada mulanya...saya dah la tak berpengalaman nak buat kerja-kerja ni semua...Allah saja mengetahui macam mana saya buat kerja..

seronok apabila hidup dipenuhi dengan da'wah dan tarbiyah ni sebenarnya...pergi sana-sini....saya suka TRAVEL dan lakukan sesuatu yang baru...sejak kebelakangan ni baru saya berjinak-jinak untuk menyertai apa-apa yang dianjurkan...



jazakillahu khair kepada kawan-kawan saya...secara antunna tak sedar...dengan antunna selalu ke Kem KMK,KAHFI,RIMBA,ProCAST...menyebabkan ana pun nak join...walaupun ana agak lewat untuk turut serta dengan antunna..barakallahufikunna..

nanti saya cuba promote ea kalo ada kem2 yang lain dalam blog nih...saya pun baru mula beberapa langkah awal...doakan saya ea..untuk terus berkecimpong dalam perkara-perkara kebaikan ni....
wallahua'lam...

Saturday, March 10, 2012

5 PUNCA MATA CEPAT LETIH


Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca-punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih dan penat.
Antaranya ialah:-



1.Terlalu fokus
Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.



2.Masalah mata
Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.



4.Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.

5.Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

-dipetik dari ILUVISLAM-