.....

Wednesday, November 30, 2011

HANYA HAMBA HINA



Andai dia dicipta dari cahaya
Pastilah dia digelar 
MALAIKAT

Andai dia dicipta dari api
Mestilah dia menjadi
SYAITAN

Andai dia dicipta tanpa akal
Moleklah dia dipanggil
BINATANG

Andai dia dicipta menjadi
BATU
Benarlah sifatnya keras

Andai dia dicipta menjadi
MATAHARI
Wajarlah dia bercirikan panas

Andai dia dicipta sebagai
TUMBUH-TUMBUHAN
Memanglah akannya mengeluarkan oksigen
Untuk kebaikan dunia sejagat

NAMUN...
Dia hanya hamba
Hamba Ilahi yang hina
Tak mampu berdiri tanpa kuasaNya
Tak mampu berfikir melainkan izinNya
Tak mampu mengenal apa itu Ad-Deen tanpa hidayahNya
Tak mampu merasai apa itu cinta kecuali dengan rahimNya

Mengapa mereka suka memandang hina pabila
dia melakukan kesalahan??
Menunding segala kesilapan ke arahnya??
Menghebahkan kekhilafannya??
Mereka pun ada melakukan dosa
Pernah melakukan kesalahan

Mengapa mereka suka dia dicaci??
Sedangkan dia sedang berusaha kembali kepadaNya!
Dia bangkit tanpa bantuan mereka
Mengapa masih membencinya??
Layakkah mereka menghinanya??

Bukankah mereka juga ciptaan sama sepertinya??
Dicipta dari tanah dan air mani yang hina
Digelar jua MANUSIA

Pantaskah mereka menjauhinya??
Seakan-akan jijiknya dia bak bangkai di tepian
Patutkah mereka membiarkannya??
Terkapai-kapai melawan arus jahiliyyah yang nyata
Mengapa mereka masih begitu rupa??
Seperti yakin dapat mencium haruman syurga

Sunday, November 27, 2011

KHAS BUAT TEMAN-TEMAN



WALAUPUN LAGU NI CAM  TAK SYARA'...TAPI LAGU NI KHAS UNTUK SAHABAT-SAHABAT SOFEA YANG KENAL BETUL-BETUL SIAPA SOFEA MAHUPUN TAK...ANGGAPLA NI HADIAH UKHWAH SOFEA BUAT KALIAN..KHASNYA UNTUK GENERASI 18_MATRI...YANG PINDAH MAHUPUN YANG MASIH BERGELAR "PELAJAR MATRI"
ENJOY HEARING~


Get More Islamic Testi Here!


salam sayang,
SOFEA QISTINA a.k.a _ _ _    _ _ _ _ _ _

Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah 1433

Get More Islamic Testi Here!

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu'minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu'min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu'min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya."
(Riwayat Muslim)
Perjuangan melawan kemungkaran adalah menjadi dasar utama para nabi dan orang-orang yang beriman. Nabi Muhammad saw, seperti halnya nabi-nabi sebelumnya, menghadapi berbagai kesukaran sepanjang hidup baginda. Baginda berkorban meninggalkan harta dan berhijrah ke Madinah demi kelangsungan dakwah Islam.

Ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud :"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218)

Sebagai balasan atas pengorbanan tersebut, Allah memberikan khabar gembira dengan limpahan kebaikan dan rezeki di dunia. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100)

Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman sama sekali tidak merasa takut atau gementar apabila menghadapi musuh. Semuanya adalah kerana keyakinan pada Allah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang benar seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya, 'Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah: 40)





إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)

maaf...ni COPY PASTE ja dari iluvislam...tak sempat nak menaip...SALAM MAAL HIJRAH 1433....

Thursday, November 24, 2011

CINTA REMAJA

Bismillah...alhamdulillah..
hari ni,saya nak kongsi satu artikel yang dicipta khas dari sahabat saya...^_*

 karya asal


'BERCINTA DI ALAM PERSEKOLAHAN ADALAH SATU PERKARA YANG SEMAKIN MENULAR DI ZAMAN KINI.CINTA ADALAH ANUGERAH ALLAH,NAMUN JANGAN MENCEMARKAN CINTA DENGAN SYAHWAT DAN NAFSU"

Percayalah,seseorang itu akan melakukan segalanya seandainya perasaan kasih dan cinta sudah bersemadi dalam jiwanya.Hingga sanggup membelah badai, menongkah arus,mencantas ribut dan memagar beliung demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kekasih.

Bolehkah kita mengelakkan hati kita daripada syahwat LELAKI @ PEREMPUAN apabila kita sudah mengikat cinta?Adakah cinta kita boleh menambahkan kecintaankita kepada ALLAH?Atau lebih melalaikan kita daripadaNya?Bagaimana pula pelajaran kita?

Banyak persoalan dan tanggungjawab yang perlu kita fikirkan.Nasihat saya, lebih baik "FOKUSKAN" dahulu terhadap pelajaran dan pendidikan di sekolah yang lebih menjamin masa hadapa.Perjalanan remaja masih panjang dan penuh dengan ranjau dan duri.Jangan lalaikan diri kita dengan cinta terlarang dan 'CINTA MONYET' yang tidak berkesudahan.Bercintalah dengan ILMU,bertunanglah dengan BUKU dan berkahwinlah dengan KEJAYAAN.

 "ORANG YANG MELAKUKAN DOSA AKAN RESAH KERANA SENTIASA DIBURU RASA BERSALAH,BUKAN SAHAJA KEPADA ALLAH TETAPI KEPADA DIRI-SENDIRI"

Sememangnya perasaan cinta sukar dikawal tetapi percayalah, dengan doa kepada Maha Pencipta dan tekad yang ada dalam diri,Insya-Allah dengan izinNya ia bukanlah sesukar mana.Lihatlah harapan yang diletakkan ke bahu kita oleh IBU BAPA yang telah membesarkan kita..



WALLAHUA'LAM~

RAS_95

Tuesday, November 22, 2011

UWAIS AL-QARNI

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.
Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.

Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.

Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...

Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.
Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.

Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:

"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."

Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.

Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.

Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.

Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.

Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?

Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.
Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.

Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"

Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,

"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."

Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.

Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.

Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.

Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.

"Engkau harus lekas pulang."

Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.
Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.

Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.

Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya." 

Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:

"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."

Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.

Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.

Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.

Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.

Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.

Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,

"Siapakah nama saudara?"

"Abdullah." Jawab Uwais.

Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,

"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"

Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.

Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."

Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,
"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."

Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,

"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.

Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.

Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.

Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.

"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,

"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"

Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
"Apa yang terjadi?"
"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.
"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.
"Kami telah melakukannya."
"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"

Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami,

"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."
"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.
"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."
"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.
"Ya!" Jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.

Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,

"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."

(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)

Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"

"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."

Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.

"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."

Sunday, November 20, 2011

BERWASPADA TERHADAP DUA PERKARA-2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Insya-Allah hari ni saya akan sambung pada JANGAN PANJANG ANGAN-ANGAN
Tanya diri kita kenapa Rasulullah SAW tak benarkan kita pangjang angan-angan?mesti ada sebab-musabab yang akan melemahkan jati diri kita..

Sifat panjang angan-angan ini merupakan suatu perbuatan yang sia-sia...KENAPA?sebab bila panjang sangat angan-angan kita...mesti kita tidak bergerak..macam mana nak majukan diri?kalo angan-angan saja yang tinggi...tapi usaha yang dilakukan hanya sekecil semut.



Sifat ini juga berkait rapat dengan sifat suka menangguh-nagguhkan sesuatu pekerjaan..TAK PERCAYA?jom kita lihat contoh yang paling berkesan,insya-Allah..:)sebagai contoh,diri saya sendiri..masih memakai baju uniform sekolah..masih memegang gelaran "STUDENT"...masih MUDA(ehem2...tapi tahun depan paling TUA!!tak termasuk Tingkatan 6 yea..hekhek~)mestila ada cita-cita yang saya nak capai..macam kawan-kawan saya yang lain...

Insya-Allah tahun 2012(.....tahun depanla....)saya bakal duduki Peperiksaan SPM..kalo saya tak PULUN dari sekarang,masih goyang kaki,masih buka rancangan-rancangan yang tak berfaedah di kaca TV,masih berCHATTING-CHATTING berjam-jam...masih makan tidur makan tidur...macam mana saya nak berjaya??walaupun saya bercita-cita nak jadi seorang AKAUNTAN<hanya contoh..,tapi kalo Allah nak bagi jadi,alhamdulillah...>ANGAN-ANGAN ja lebih..usaha tak sampai pun tahap yang nak dicapai...mesti tak akan dapat capai punya cita-cita tu...

Jadi,tak payah la panjang sangat angan-angan tu...kalo kita cakap kita sayang Rasulullah,elakkanla dari melakukan perbuatan yang baginda tak suka...

POST kali ni,sikit ja...tapi harap ia memberi manfaat buat semua...insyaAllah...

Thursday, November 17, 2011

BERWASPADA TERHADAP DUA PERKARA-1

Rasulullah SAW bersabda:
"Dalam banyak-banyak perkara yang aku bimbangi berlaku kepada umatku ialah perbuatan menurut hawa nafsu dan panjang angan-angan"

alhamdulillah...sudah lama saya tidak menarikan jari-jemari saya untuk berkongsi sesuatu yang boleh meningkatkan iman kita...insya-Allah..terusik di hati untuk saya berkongsi SUATU PERKARA yang sering kita lakukan tetapi sebenarnya tidak menjamin apa-apa terhadap diri kita..

sebelum saya mengetengahkan topik ini,saya ingin mengajak diri saya dan kalian semua beristighfar 7x terlebih dahulu...

sudah lama sebenarnya saya tidak beristighfar...terasa hati ini sangat kotor!!jijik!!
(YA ALLAH, ampunilah dosa-dosaku..amin)entah kenapa hati ini tidak tenteram..

OK,insya-Allah balik pada topik asal,baru saja saya membaca BUKU TUNDUKKAN HATI..Dalam Subtopik 4(Jangan ikut hawa nafsu,Jangan panjang angan-angan),penulis menjelaskan bahawa Rasulullah SAW sangat mengkhuatiri umatnya yang suka menurut hawa nafsu dan panjang angan-angannya..untuk POST kali ini saya hanya akan berkongsi mengenai MENURUT HAWA NAFSU...

Perbuatan menurut hawa nafsu ini menyebabkan manusia berada dalam kesesatan.Mereka sering melakukan perkara yang dilarang Allah dan meninggalkan perintahNya..Kenapa hal sebegini boleh terjadi?Sebagai contoh, dalam dunia realiti hari ini, rata-rata manusia meminati DRAMA KOREA dan JEPUN...Mereka terlalu mencintai para artis ini sehinggakan mereka mengikut,meniru atau COPY PASTE cara kehidupan artis-artis tersebut.Adakah yang membaca sekarang ini tergolong dalam mereka yang sedang merugikan diri mereka sendiri?

Bukan saya menghalang kalian semua menonton drama-drama atau MOVIE-MOVIE seperti ini.Andai cerita-cerita itu boleh mengingatkan kita kepada Sang Pencipta,teruskanlah.Tetapi jika kita sudah mengikut cara pakaian mereka,boleh menari seperti mereka, style rambut mereka,UBAHLAH..jika kita hanya menurut hawa nafsu semata,binasalah akhirat kita..Tak salah jika menonton sekali-sekala,tapi ada ka orang akan berhenti menonton selagi tak habis sampai EPISODE AKHIR,betul tak?(saya tahu la,dulu pun saya FANATIC dengan mende2 nih...)



Salah satu sifat mereka yang suka menurut hawa nafsu ialah sikap MALAS!malas berusaha...suka menangguh-nangguhkan sesuatu pekerjaan..Bagaimana hendak menarik perhatian Allah kepada kita andai sifat kita sendiri sudah membuktikan kita mempunyai ciri-ciri yang dimurkai Allah?



Ambil semula contoh di atas,disebabkan TERGILA-GILAKAN KOREA/JEPUN(maaf sesiapa yang terasa),
SOLAT LEWAT,MANDI LEWAT,BACA AL-QURAN mungkin baca atau tak baca langsung,MASA MAKAN tak tetap,KERJA SEKOLAH TERTANGGUH.....apa lagi kesan-kesan jika kita terlalu menurut perintah hawa nafsu tu?banyak kan?sekiranya ibu kita meminta tolong,mesti akan jawab, 

"JAP BU...","LIMA MINIT LIMA MINIT","JAP JAP...NAK HABIS DAH NI..."

andainya ungkapan-ungkapan seperti ini yang kita ungkapkan,muhasabahlah kembali...takut kita menjadi ANAK DERHAKA...na'uzubillah...

Sebelum saya merehatkan jari-jemari ini,ingin saya memetik satu kata-kata daripada BUKU KUNCI KEJAYAAN MINDA,Dr Aidh Abdullah Al-Qarni,

KELMARIN sudah berlalu,
HARI INI sedang berjalan,
ESOK belum tiba.
Maka gunakanlah kesempatan 
HARI INI kerana kesempatan itu
ialah HARTA YANG TERPENDAM.

Saturday, November 12, 2011

1 SOALAN,10 JAWAPAN

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk menaip bagi mengUPDATE blog ini..
Ingin saya kongsikan bersama saudara-saudari sekalian mengenai suatu topik YANG......Saya amat suka topik ini..

Oleh sebab itu, saya membuat kajian ( SURVEY ) kepada 11 orang sahabat-sahabat saya yang terpilih..Untuk pengetahuan kalian semua, saya memberi SMS kepada mereka sebelum saya tidur semalam..Pagi ni, apabila mata dibuka,sebelum melihat jam pada skrin HANDPHONE..Ini yang saya lihat dulu..

(hanya gambar hiasan,bukan HANDPHONE saya nihh...^_*)


 saya mendapat _ _ MESSAGES..tapi tak semua yang jawab pertanyaan saya tu..ada yang tak REPLY sampai sekarang..ada yang balas MESSAGE yang sama sampai tiga kali(cukup 1 jawapan ye..tak perlu ulang MESSAGE..*_^)ada yang baru balas hari ini.. malah ada yang TANYA saya pulak...SOALAN DIBALAS DENGAN JAWAPAN la....ni SOALAN DIBALAS DENGAN SOALAN pulak..&_& tapi kadang-kadang soalan perlu dibalas dengan soalan juga kan??tak pa..tak pa..saya terima...

saya kasi soalan yang berbunyi begini,
 Apa nak jawab bila orang tanya,
'KAU BAHAGIA TAK DENGAN KEHIDUPAN SEKARANG INI?,
JAWAB SEJUJUR-JUJURNYA'

sebab tu TITLE saya kat atas tu...1 SOALAN 10 JAWAPAN...nak tahu apa diorang balas???jom baca!!!

1st message: Well, klau lifestyle yg 'solehah'...Alhmdlilah bhagia....Y?

2nd message: Bahagia?herm..Siape yg betnye?

3rd message: Jwb la bahagia...knpe? 
 
4th message: Kdg2 ye kdg2 x.lumrah khidupn

5th message:  Wallahua'lam bissowab...kta xkn bhgia slagi x dpt apa yg kta plg ignkn dlm hdup ni

6th message: 50 bhgia 50 mrana...Y?

7th message: Not realy

8th message:  Bahagia bla ada Allah dlm hati,bla tk rsa prsaan tu,hidup mmg tk tng..sbb tkda prgntgn kt Allah..jka Allah bri ujian sbrt mna pn,jka dltkkn yg terats, hidup pasti lbh bermakna.........(message tambahan..PRIVATE!!)

9th message: Ha!Sapa tanya?

10th message: Klu ana la, ana akn jwb..."Kebahagiaan e2 ad plbg tafsiran.Bgku hdupku bahagia..."Tak kan nak hebohkn kat org prob we r facing..Pelek lah question 2..

(mesej ke 9 dan 10 adalah orang yang sama..harap maklum) 

11th message: Ya...Kalau...Kalau...Ada IMan sbagai pembimbing dn ISlam sebagai deen

12th message:  Of course la (nama SI PENGIRIM) jwb bhgia...Sbb b'ada dlm nikmat t'besar iaitu nikmat iman dn Islam

Ni la antara balasan-balasan SMS dari mereka yang saya sayang!!!sebenarnya ada lagi SMS-SMS yang berlanjutan mengenai soalan ni..tapi biarkanlah yea...



















Sekiranya saya beri soalan yang sama kepada kalian yang belum menerima soalan ini lagi daripada saya,apakah agaknya jawapan kalian ya??

Saya amat tertarik dengan jawapan MESSAGE-8...yang lain saya terima jugak...tapi saya amat tertarik dengan kata-katanya yang menyentuh jiwa saya...(bagi saya..bagi anda,...TERSERAH!!)

Bahagia apabila ada Allah dalam hati,apabila tak terasa perasaan itu,hidup memang tidak tenang..sebab tiada pergantungan kepada Allah..jika Allah beri ujian seberat mana pun,jika diletakkan yang teratas, hidup pasti lebih bermakna........

Saya setuju dengan pengirim ni...pabila kita letak yang paling utama di tempat yang paling utama (faham ke tak nih???),iaitu ALLAH TA'ALA..sudah pasti kehidupan akan bahagia walau perit untuk kita hadapinya...

Rasulullah SAW pernah bersabda...

 "Amat menakjubkan kehidupan orang mukmin seluruh urusannya membawa kebaikan.Sekiranya dia mendapat kegembiraan,dia bersyukur, maka dia mendapat kebaikan.Sekiranya dia ditimpa kesusahan dari ujian dan bencana, dia bersabar, dia bersabar.Maka dia mendapat kebaikan.Mukmin sahaja yang dapat merasai keadaan ini."

Justeru,pilihlah jalan yang pengakhirannya mendapat kebahagiaan di DUNIA dan AKHIRAT....Bak kata senior saya..THE CHOICE IS IN YOUR HAND..Jika mahu kehidupan yang bahagia selamanya..maka bahagialah kehidupan kita selamanya,INSYA-ALLAH...Jika kita ingin memilih jalan yang bahagia sementara,maka dapatlah apa yang kita impikan di dunia..


Get More Islamic Testi Here!

Friday, November 11, 2011

AL-WAQTU

ASSALAM QABLA AL-KALAM...

ASSALAMUALAIKUM WBT...

alhamdulillah...hari ini..pada tanggal yang menakjubkan 11/11/11..pada hari yang mulia bagi para mukmin mukminah sekalian...YAUMUL JUMUAH...ingin saya kongsikan bersama anda sekalian...

MASA.

Kenapa dengan masa?mesti ada yang tertanya-tanya...ada yang mengibaratkan MASA SPERTI EMAS, MASA SEPERTI PERMATA, MASA SEPERTI BERLIAN, MASA IBARAT PEDANG...tapi hari ini..saya mahu menyatakan bahawa MASA ITU KEHIDUPAN.

Seperti yang sering kita dengar di dalam SURAH AL-ASR...Allah sendiri bersumpah dengan MASA..Mari kita teliti semula maksud surah ini..

"DEMI MASA.SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KEADAAN KERUGIAN.KECUALI BAGI MEREKA YANG BERIMAN, BERAMAL SOLEH, BERPESAN-PESAN KEPADA KEBENARAN DAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN KEPADA KESABARAN"

Adakah kita mahu tergolong dalam kalangan yang RUGI??tepuk dada,tanya iman..Masa berlalu.Kita tidak mampu menghalangnya bahkan kita boleh mengisinya..Masa yang berlalu itu tidak akan pernah sesekali kembali.Buktinya,adakah kita mampu kembali ke zaman kanak-kanak kita dahulu?atau paling kurang,adakah kita mampu kembali kepada sesaat yang telah berlalu ini?TIDAK!!seseorang yang berpendidikan tinggi mahupun mereka yang seperti katak di bawah tempurung pun tidak mampu mengembalikan masa yang kian pergi.

Saudara seaqidah sekalian,
ayuh kita mulakan pagi ini dengan semangat dan azam yang baru..usahlah terleka dengan hiburan-hiburan dunia yang melalaikan..semakin kita suka kepada hiburan dunia,semakin hati menjadi kosong dan gelap..semakin banyak titik-titik hitam yang melekat padanya..semakin jauh kita dengan Sang Pencipta..semakin banyak malaikat mencatat amalan keburukan kita..semakin parah hati kita untuk dilembutkan...

Jika MASA dahulu kita sering leka dan alpa dengan hal-hal dunia.Sekarang tibalah masanya untuk kita berubah..Masa yang berlalu biarkan berlalu..Masa sekarang dan akan datang mesti kita isikan dengan perkara yang bermanfaat.. segalanya bermula dengan langkah PERTAMA...mari kita menuju dan mengejar cinta Ilahi..

Teringat saya akan satu kata-kata ni...
ALLAH KAGUM DENGAN REMAJA YANG MASA MUDANYA DIHABISKAN UNTUK BERJIHAD DI JALAN ALLAH.

siapa kata kita tidak berjihad sekarang ini?sedangkan jihad melawan hawa nafsu yang paling sukar untuk ditandingi..mulakan sekarang!kita sudah tidak banyak masa...kita tidak tahu bila kita akan meninggal dunia, bila malaikat maut mahu menjemput kita..bila kita akan menghembuskan nafas yang terakhir...

rancanglah untuk kehidupan selepas mati...jangan tunggu hari tua..tidak tahu kita akan hidup lagi atau sudah tiada di bumi ini...sekadar perkongsian dari saya hamba yang amat dhaif..mohon maaf andai tersalah bicara...perbetulkan apa yang saya salah ya...wallahua'lam~

Thursday, November 10, 2011

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..

hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..


selamt mencuba

seronoknya pabila berukhwah fillah

alhamdulillah...setelah selesai menyambut raya korban atau raya haji...rasa diri ini terpanggil untuk berkongsi satu kisah dengan pembaca sekalian...

seperti yang tertera pada tajuk yang diutarakan,SERONOKNYA PABILA BERUKHWAH FILLAH...saya ingin berkongsi dengan semua ukhwah saya dengan seorang junior...seronok berkenalan dengan dia...dia seorang adik yang sporting...kali ke berapa bertemu sua dalam CHATTING ROOM,kami dah boleh bersembang seperti telah berkenal lama...

secara jujur,saya tak pernah lihat junior ni dalam alam realiti...amat sukar sekiranya ingin berbuat sedemikian...sebab...saya menetap di utara manakala junior ni menetap di negeri pantai timur...bila tengok adik-adik Tingkatan 1 2011 di MATRI,mesti teringat kat junior ni...macam adik sendiri pun ada(ehem2...perbetul ayat balik...ADIK SEISLAM...nanti ada orang marah pulak..:) )

pernah tengok gambar dia ja...hmm...kalo boleh,nak ja tulis nama dia...tapi..takut dia marah or tak izinkan pulak...s0,BIARLAH RAHSIA...huhu~cerita siket la mengenai dia...dia ni memang budak genius...5A UPSR...tahniah2!!!(lambat suda...)rasanya la...dulu dia kurang la faham berkaitan dengan DEEN ni...saya tak kata saya mahir dalam bidang agama yea..:)tapi alhamdulillah,ibu ayah dia hantar dia sekolah TAHFIZ...tak tau la pulak nama penuh sekolah tu...hehe~sekarang,saya rasa saya yang malu...sekolah kat MATRI dah 4 tahun...surah Al-Baqarah tak habis2 gi...saya rasa dia mesti dah 2-5 juzu' dah...yea la..sekolah TAHFIZ...kalo quran dah banyak hafal,mesti syakhsiah p0n MOLEK!!insya-Allah..

stop cerita tu...

dia selalu share apa-apa cerita..chatting dengan dia membuatkan saya ingat kepada Allah..SUBHANALLAH...manisnya ukhwah yang Allah berikan...YA ALLAH,rahmatilah dia dengan rahmat yang luas...ameen^_*

saya harap la sangat2,junior ni boleh teruskan kehidupan dia dengan penuh keimanan dan ketaatan kepada RABBUL 'ALAMIN...NGAJI BIAR PANDE,PRANGAI BIAR JJURUH,ISLAM BOLEH TUMPE!!!
wa ai ni fillah...semoga Allah meredhai ukhuwah kita..insya-Allah...

Saturday, November 5, 2011

akhirnya....

bismillah...alhamdulillah..
sudah lama blog ini tidak disentuh,dicantikkan mahupun dibelek..Allah jua tempat kita kembali...alhamdulillah...syukur tak terhingga kepada Ilahi kerana masih memberi saya peluang untuk pulang ke rumah...sudah lama wajah-wajah tenang itu tidak ditatap,dicium...rindunya!!!

semoga Allah meredhai setiap perjalanan hidup kita...kali ni MATRI kasi cuti akhir tahun awal sangat!!!alhamdulillah....seronok memang seronok tapi...risau jugak...risau kecundang dalam arus jahiliah ni....Ya Allah,tetapkanlah hatiku di atas jalan MU....

kalo Yahudi dah jadualkan pelbagai aktiviti untuk rosakkan MUSLIM,takkan saya nak biar diorang golongkan saya dalam menjadi mangsa-mangsa diorang????TIDAK!!!saya mesti penuhkan jadual harian saya dengan sebaiknya!!!dan bukan buat ja,saya akan cuba disiplinkan diri untuk melaksanakan jadual tersebut...

adakah pembaca yang lain mahu menjadi FOLLOWER YAHUDI??kalo tak mahu,apa tunggu lagi, jom penuhkan masa-masa yang Allah bagi kepada kita secara percuma ni dengan baik!!kikiskan sedikit demi sedikit karat-karat jahiliah dalam diri kita...ini juga dinamakan JIHAD!!!JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU...



 jom lakukan sekarang!!!jangan membazir masa dengan satu perkara yang tidak diredhai Allah...wallahua'lam~