.....

Sunday, August 28, 2011

isu terkini...SAMBUTAN HARI RAYA

BISMILLAHIRAAHMANIRRAHIM

segala urusan kita kembali kepada Allah...alhamdulillah..hari ini Allah memberi keizinan kepada saya untuk berkongsi tentang SAMBUTAN HARI RAYA...

sepertimana yang kita tahu,semua orang akan gembira untuk menyambut hari raya...dan ada juga segelintir daripada kita akan mengalir air mata kerana RAMADHAN akan meninggalkan kita....suasana di tanah air kita..semakin dekat dengan SYAWAL,semakin kita lupa RAMADHAN...ini hakikat!

disebabkan penat mengemas rumah,membuat kuih raya dan pelbagai aktiviti lagi...QIAMULLAIL diketepikan...LAILATUL QADAR  sudah tidak diendahkan...patutkah begitu sikap kita?Allah mahu tunjukkan kasih sayang Dia pada kita,kita yang alpa...ya!perkara2 yang dilakukan itu juga dikira ibadah..tapi cukupkah setakat itu saja?

tak salah saya katakan kita kena bersedia menyambut SYAWAL..tapi jangan dilupakan RAMADHAN...bukan senang kita bertemu dengannya...alangkah ruginya kita mensia-siakan kedatangannya...belum pasti kita akan bertemu dengan RAMADHAN yang akan datang...ajal maut di tangan Allah...

di sini,saya menyeru kepada semua pembaca...isilah Ramadhan yang berbaki ini dengan sebaiknya...tingkatkan hubungan kita dengan Allah....semoga keluarnya kita ke bulan Syawal dan bulan2 seterusnya,kita dapat tingkatkan kualiti ibadah kita kepada Allah..dan berdoalah moga kita dipertemukan lagi pada Ramadhan berikutnya..insyaAllah...

sekadar perkongsian...yang lemah,saya mohon maaf..segala yang baik datang dari Allah...andai ada yang kurang,tegurlah...agar boleh diperbaiki,insya-Allah...

No comments:

Post a Comment