.....

Saturday, February 18, 2012

Berpisah FI Sabilillah..

entah kenapa
hati kian sayu
melihat wajahnya
meninggalkan insan yang tercinta

 reaksinya hari ini
sungguh berbeza
kulihat saja
tak bisa juga 
menahan perasaan ini

kalah dengan
linangan air mata
dia melihatku
dengan wajah kosong

terdiam aku tanpa kata
terus berlalu
meninggalkannya sepi

sekali terdengar suaranya
memanggilku
aku menyahut jauh
tanpa mendekatinya
sungguh pilu sanubari ini

hanya tinggal beberapa detik
dia bakal keluar
BERPISAH UNTUK BERJIHAD
aku masih di situ
tidak berganjak

sesekali terdengar tapak kakinya
berjalan
aku masih membisu
masih di situ

masanya tiba jua
sangat pantas
aku membantu mana yang perlu
 dengan reaksi ceria

kereta itu meluru laju
perginya hanya kerana satu
berjihad di jalanNya
hantaran terakhir dengan  pandangan mata
sehingga hilang begitu saja

 Moga Allah merahmati
dan mengira setiap hembusan nafas
serta setiap langkahmu
dalam 
KERJA DA'WAH TARBIYAH
 ini..


2 comments:

  1. assalamualaikum sofea..

    tersentuh di hati ana dengan kata-kata di atas...mungkin pembaca lain ada yang tak faham apakah yang dimaksudkan di sebalik bait-bait di atas...

    kita perlu berkorban...tarbiyah memerlukan pengorbanan..mana mungkin kita peroleh sesuatu kejayaan tanpa pengorbanan kan?

    semoga amalan-amalan kita diterima RABBUL A'LAMIN...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TO ANONYMOUS..

      waalaikumussalam..

      jazakillahu khair atas respon anti...ya, tarbiyah memerlukan pengorbanan..saya suka ayat tu..terima kasih sekali lagi..

      Delete