WAHAI SETIAP DIRI YANG DIPERHATI!
WAHAI SETIAP DIRI YANG DIKASIHI...
Wahai setiap diri yang dirindui,
Wahai setiap diri yang diharapkan meneruskan perjuangan!...
Wahai setiap diri yang menjadi tulang belakang...,
Wahai setiap diri yang saling berganding bahu menyeru kebenaran!...
Fahamilah maksud firman Allah;
"Wahai
orang-orang yang beriman,bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah
setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari
esok(akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(QS Al-Hasyr:18)
Wahai setiap diri yang melaksanakan amanah Allah!...
Ayat tersebut mengingatkan kita agar selalu menghitung diri yang diibaratkan sebagai pedagang di dunia ini;
Syariat Islam adalah modal kita. Keikhlasan, ketaqwaan dan istiqamah adalah strategi kita.
Pahala, keampunan dan hidayah Allah adalah keuntungan.
Keredhaan Allah adalah matlamat kejayaan.
Tempoh perjanjian perniagaan kita adalah sepanjang hayat kita di dunia.
Wahai pemburu kasih Ilahi!...
Sentiasalah fikirkan ahkikat hidup dan penciptaan diri kita untuk, apakah?...
Usah
dibiarkan masa terbazir begitu saja walau hanya beberapa detik...!
Sentiasalah menghitung diri dan memperelok amalan. Darinya nanti akan
terbit iman yang mantap yang mampu menghadapi hari-hari esok yang lebih
mencabar akal, jiwa dan tingkah laku.
Ingatlah pesanan Umar Al-Faruk r.a;
"Hisablah(hitunglah) dirimu sebelum kamu dihisab Allah.
Serta bersiap sedialah untuk menghadapi peperiksaan yang paling besar(hari kiamat)."
Wahai perindu syafaat rasul junjungan...!
Fikirkanlah sedalam-dalamnya...;
1.
Gerak hatimu yang menimbulkan niat samaada ikhlas atau sebaliknya
dalam mengerjakan sesuatu amal. Perhatikan adakah hatimu dikuasai riya,
takabbur dan 'ujub.
2. Perkara
yang memenuhi akalmu. Apakah yang difikirkan setiap detik dalam hidupmu?
Adakah hanya memberi tumpuan urusan dunia dengan melupakan persiapan
akhirat?
3. Kerja yang dibuat
oleh tulang empat kerat, apakah melupakan amanah menegakkan kebenaran?
Sangat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup insan sejagat.
4. Ibadah kepada Allah sudahkah ditunaikan tepat pada waktunya dan dengan khusyuk?
Peliharalah hubungan yang akrab dengan Allah SWT.
5. Rezekimu adakah dari sumber yang halal. Sudahkah menafkahkannya di jalan Allah. Awas dari sifat bakhil.
6.
Dalam kesibukan harian, usah berlengah melaksanakan tanggungjawab
terhadap orang tua dan kerabat. Juga sahabat handai, anak yatim dan
masyarakat sekeliling.
Wahai semua yang dikasihi kerana Allah...
Mari sama-sama kita berdoa...;
"Ya Rabb! Ampuni bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan
kami dan matikanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbuat bakti." Amiin.
No comments:
Post a Comment