.....

Tuesday, March 13, 2012

ARE YOU A MUSLIM??




JIKA benar anda adalah MUSLIM,buktikan!!

ramai manusia hari ini mengaku Islam hanya pada IC...(identity card) ramai manusia hari ini mengamalkan sikit-sikit saja apa yang dituntut syariat...adakah benar anda REAL MUSLIM???jika hanya setakat nak ambil yang wajib ataupun yang mana kita suka...(ikut kata hati),itu bukan menunjukkan kita MUSLIM SEJATI..

LA ILAHAILLAH MUHAMMAD RASULULLAH

lafaz tersebut menjelaskan kita bahawa tiada siapa yang kita berharap...bergantung,memohon perlindungan mahupun pertolongan melainkan ALLAH SWT...ini bermakna kita sudah berjanji dengan Allah kita akan menurut segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya...Dia adalah segala-galanya..bukan BOYFRIEND/GIRLFRIEND yang sering dipuja-puja pada saat ini..

Kenapa nak ambil orang lain sebagai ROLE MODEL???Rasulullah SAW memang kita ketahui bahawa AKHLAK baginda adalah AL-QURAN...

Saidatina Aishah RA berkata yang bermaksud
" AKHLAK RASULULLAH ADALAH AL-QURAN"

kenapa masih suka untuk mencari MANUSIA yang tak bermoral sebagai contoh ikutan kita??Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya..
"Sesiapa yang mengikut sunnahKu,dia adalah dari kalangan ummatKu,dan sesiapa yang mengingkari sunnahKu maka dia bukanlah dari golongan ummatKu"
 Cuba kita fikir sejenak, jika kita fanatic sangat dengan sekumpulan manusia yang melanggar sunnah Rasulullah bahkan tidak mengaku Allah sebagai ILAH,adakah kita tergolong dalam ummat baginda??renung-renungkan dan fikirkanlah...Moga kita termasuk dalam mereka yang beiman,beramal soleh,berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran..sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al-Asr:
"DEMI MASA.SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN KECUALI MEREKA YANG BERIMAN,BERAMAL SOLEH,BERPESAN-PESAN KEPADA KEBENARAN DAN BERPESAN-PESAN KEPADA KESABARAN"
 Rasulullah SAW ada bersabda lagi...
"Aku tinggalkan dua perkara supaya kamu tidak sesat iaitu KITAB ALLAH(AL-QURAN) dan SUNNAHKU"
Jika benar kita MUSLIM,berpegang teguhlah pada ajaran Allah dan sunnah Rasulullah SAW...Hiasilah kehidupan kita dengan melakukan perkara yang disuruh olehNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya..Buktikan kita adalah MUSLIM!

Bawalah ISLAM ke mana saja kita pergi kerana ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG TINGGI DARINYA...Moga kita beserta dengan Rasulullah,para sahabat dan orang-orang soleh di akhirat nanti..Dalamilah sirah-sirah terdahulu agar hati kita sentiasa subur dengan keimanan dan tertingkatnya kerinduan kita kepada Rasulullah...

PERBAIKI DIRI dan AJAKLAH ORANG LAIN...
Tidak rugi pun kita mengajak orang melakukan kebaikan malah ia menjadi saham kepada kita di akhirat kelak...insyaAllah...

Allah juga menyuruh kita mempersiapkan diri agar tidak sesat...mempersiapkan diri dengan ILMU...sebab itulah MENUNTUT ILMU ITU WAJIB KE ATAS SETIAP MUSLIM....

Dalam Surah Al-Maidah:105 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang beriman!Jagalah dirimu kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakanmu apabila kamu telah mendapat petunjuk.Hanya kepada Allah kamu semua akan kembali, kemudian Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan"
 Suka saya ulang ayat di atas,
JIKA KAMU ADALAH MUSLIM SEJATI, BUKTIKAN!!!

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt dik..

    Ya, bukti itu perlu hatta hendak menjadi saksi pun memerlukan bukti..

    Jika sekadar bemain di mulut sahaja, ianya belum sempurna.. kerana Islam itu perlu diakui dgn mulut(lidah), hati dan ianya terzahir dgn amal perbuatan.. barulah ianya sepurna..

    betulkan dik?^_^
    Manfaatkan cuti yg ada dng perkara yg bermnfaat..

    p/s: jika berkesempatan nnt singgahlah meninggalkan jejak di kotak komentar akak pulu.. ^_^ Mg Allah kasihkan adik.. =)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
    Replies
    1. >wafa zinnirah92

      waalakumussalam...^_^

      jzk atas komentar di atas...betul apa yang ukhti katakan..IMAN yang kita miliki perlu dibuktikan dengan amalan...
      bukan setakat bermain di bibir...

      doakan moga ukhwah kita diberkati Allah...insyaAllah*_*

      wallahua'lam~

      Delete